Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Saturday, December 19, 2009

Apakah nasib Bumi kita akhirnya?? Part 2.

Kita hanyalah peminjam.. Tetapi tidak ramai yang menghargai nikmat pinjaman yang diberikan.. Malah ramai pula yang lupa diri dan menganggap nikmat pinjaman itu adalah hak milik mutlak mereka sehinggakan mereka turut mengheret orang disekeliling mereka terhadap kemudaratan yang telah mereka lakukan..

Pelepasan karbon yang tinggi melalui pembakaran bahan bakar merupakan penyumbang utama kepada pemanasan dan perubahan iklim global.. Selama ni barat telah mengaburi penglihatan dan minda kita dengan menguar- uarkan penebangan hutan adalah punyumbang utama kepada isu ini. Namun adakah kita sedar bahawasannya penebangan hutan hanya menyubang peratusan yang kecil berbanding pelepasan karbon??

Oleh kerana pelepasan karbon yang rakus, maka barulah diuar- uarkan penebangan hutan merupakan punca pemanasan dan perubahan iklim.. Tumbuhan hijau diharap dapat menutup kesilapan ini.. Namun jumlah tumbuhan hijau di dunia sekarang sememangnya tidak mampu menampung semua itu..

Persoalannya, apakah kita hanya mengharapkan tumbuhan hijau untuk menutup kesilapan ini?? Tidak adakah jalan lain?? Negara- negara maju, anda bertanggungjawab terhadap segala kekusutan ini!! Kurangkan pelepasan bahan berunsurkan karbon ke udara. Jalankan R&D untuk penghasilan produk- produk yang tidak berasaskan karbon dengan lebih meluas. Hentikan perang!! Wujudkan dan rangka sistem yang lebih mesra alam!!

Sememangnya usaha ini akan membabitkan kos yang mahal. Tetapi untuk kesan jangka masa panjang, usaha ini memang berbaloi. Bumi kita ini tiada galang gantinya. Bumi hanya 1. Tidak perlu melakukan eksplorasi angkasa untuk mencari planet serupa bumi sedangkan kita boleh menggunakan dana itu untuk menyelamatkan Bumi kita. Jikalau jumpa pun, adalah mustahil untuk jasad manusia menampung jangkamasa perjalanan yang lama ke sana. Malah kita tidak akan mampu memindahkan semua umat manusia di Bumi ke sana..

Selamatkan Bumi kita.. Kita mampu melakukannya.. =_=

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431 Hijrah..

Saya Ariff Putera Tun Tuah aka ... ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1431 Hijrah kepada seluruh umat Islam dunia amnya dan kepada seluruh umat Islam Malaysia khasnya. Semoga dengan bertambahnya usia kita makan akan bertambah matang kita dalam menghadapi kehidupan yang mendatang.. Mudah- mudahan, insyaAllah.

Apakah nasib Bumi kita akhirnya??

Apabila duduk di rumah sewa berhampiran kampus, segala maklumat mengenai perkembangan global tertutup.. Ketiadaan televisyen secara tidak langsung menyumbang kepada perkara ini.. Jarang sekali dapat menonton berita di telivisyen.. Apabila berada di rumah ibu- bapa di kampung, pelbagai maklumat mengenai perkembangan dunia dapat dihadam..

Sebenarnya saya agak terperanjat apabila menonton rancangan National Geographic di saluran RTM1 beberapa hari yang lepas.. Ia memaparkan mengenai krisis pencairan ais dan peningkatan air lautan dunia yang teramat serius! Perubahan iklim global yang tidak menentu juga amat membimbangkan. Tidak hairan mengapa baru- baru ini pemimpin dunia berkumpul di Denmark bermula 7hb Disember hingga esok, 18 Disember untuk membincangkan mengenai isu ini..

Malah, filem 2012 yang diilhamkan daripada ramalan kaum purba mayan juga mengambarkan pada tahun tersebut, bumi akan menemui kiamatnya.. Ia digambarkan seperti banjir besar dunia kedua seperti yang pernah dialami oleh Nabi Nuh as. dan kaumnya dahulu..

Sekarang saya ingin menarik perhatian anda kepada program dokumentari yang telah saya sebutkan sebelum ini, National Geeographic.. Dalam dokumentari tersebut, dikatakan berjuta- juta tahun dahulu, permukaan Bumi diliputi oleh jumpah karbon yang sangat banyak.. Seperti yang kita tahu, karbon menyebabkan kesan rumah hijau yang mana ia memerangkap haba di permukaan Bumi. Hidupan di dalam laut yang dikenali sebagai alga telah menyedut sumber karbon yang banyak ini sebagai makanan mereka.. Apabila mereka mati, alga akan termendap ke dasar lautan bersama- sama lumpur dan mendapan laut yang lain.. Setelah berjuta- juta tahun, hasil tekanan dan haba yang berterusan daripada kerak bumi, alga ini kemudiannya membentuk oil crude ataupun petroleum mentah..

Terima kasih kepada alga- alga ini. Disebabkan mereka, permukaan bumi menjadi sejuk dan ketulan- ketulan ais mula terbentuk di beberapa kawasan di permukaan Bumi terutamanya di kawasan pergununga tinggi, Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Seterusnya, manusia menyedut minyak mentah ini ke permukaan bumi dan menggunakan minyak mentah ini dalam pelbagai industri terutamanya permotoran dalam kehidupan seharian. Pembakaran bahan api ini seterusnya membebaskan semula karbon ke udara dan menyebabkan Bumi kembali panas seperti berjuta- juta tahun dahulu!


Gmbar sumber daripada http://news.nationalgeographic.com/news/2009/12/photogalleries/091215-environmental-losses-2009/index.html

Kita harus sedar, pemanasan global dan perubahan drastik cuaca dunia bukan sahaja disebabkan oleh penebangan hutan. Penebangan hutan dan beberapa aktiviti lain hanya merupakan peratusan kecil yang menyumbang kepada pemanasan globan dan perubahan drastik iklim global. Sumbangan terbesar sebenarnya disumbangkan oleh penggunaan sumber berasaskan petroleum yang berleluasa. Malah apa sahaja yang boleh membebaskan karbon ke udara mampu menyumbang kepada perkara- perkara tersebut!!

Saya tidak boleh menulis panjang di sini. Ia hanya akan melumpuhkan perhatian dan minat pembaca.. Dokumentari mengenai petroleum tersebut sepatutnya diulang- tayang supaya pembaca akan lebih faham.. Malah, banyak lagi perkara- perkara yang boleh menyumbang kepada isu ini tidak dapat saya sertakan.. Anda semua akan benar- benar terkejut jika anda tahu!! (sepatutnya anda mengambil berat dan tahu)Kerana ribut taufan yang kerap berlaku beberapa tahun kebelakangan ini juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan isu ini!!

Persoalannya, adakah kita benar- benar mengambil berat mengenai Bumi yang kita huni??

Wednesday, December 16, 2009

Sebuah pengumuman..

Selepas beberapa ketika sesudah mencelikkan mata ke dalam dunia yang fana ini pagi td, aku mengaktifkan laptop.. Sesudah itu, ku aktifkan pula celcom broadband milikku.. Selepas beberapa ketika, keluar satu mesej seperti berikut:

Government seeks your feedback to transform M'sia. Visit GTP Open Day on 18/12 @ Sunway Convention Center from 9am-5:30pm, register@transformation.gov.my


Cuma menyampaikan.. Mungkin ada yang berminat untuk ke sana kemudian.. =_=

Tuesday, December 15, 2009

Tidak!! Tidak sama sekali!!

Tidak!!
Mengapa harus dikaitkan diriku ini dengan guru disiplin?? Apakah sinonimnya perwatakanku ini dengan guru disiplin yang secara psikologinya ditakuti oleh para pelajar? Nama guru disiplin secara sinonimnya amat ditakuti dan digeruni oleh pelajar sekolah.. Apabila mendengar sahaja nama guru disiplin, perasaan mereka akan menjadi gentar dengan serta- merta.. Ini tidak boleh jadi..

Diriku ini lebih suka digandingkan dengan perkataan kaunselor.. Ya, guru kaunseling adalah lebih sesuai.. Pelajar tidak perlu takut kepada guru kaunseling.. Nama guru kaunseling tidak segerun nama guru disiplin.. Dengan menjadi guru kaunseling, aku boleh psiko pelajar2 bermasalah!! Hahah~~

Apa jua hakikatnya, suatu hari dengan izinNya, aku tetap akan menjadi seorang guru.. Seharusnya menjadi seorang guru yang dihormati kerana kredibilitiku dan bukan kerana kegerunan mereka terhadapku.. (=_=')V

Monday, December 14, 2009

Segalanya mungkin..

Segalanya mungkin..
Apa yang mungkin tu?? Ntah.. Aku pun kurang pasti.. Mesti pembaca blog aku pun x faham gak.. Hahah~~~ Lantak ar..

Urm.. Yang penting, cuti aku kali ni agak membosankan.. Tataw nak buat apa weh.. Last sekali aku masok Peraduan Jejaka Tough!! Sebab apa aku join?? Sebab kriteria2 yang ditetapkan amat memenuhi tabiat aku sepanjang cuti neh.. Hahah~~

Antara kriteria yang telah ditetapkan oleh penganjur termasuklah:

1. Routine exercise yang maintain.. Iaitu tidoq!!
2. Routine makan yang maintain..
3. Addicted to fesbok.
4. Melekat depan tv.. (kena buat rekod 24 jam tanpa lelap mata sambil mengunyah..)

Para pemenang akan ditentukan apabila balik ke kampus sem depan dengan mempertaruhkan perut siapa paling ke depan!! Cogan kata contest ini adalah, "Boroi is Tough!!"

Monday, August 10, 2009

Berakhirnya Dunia Travian Server Malaysia 1

Para pemain Travian yang dikasihi,

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga zaman ini. Sebaik sahaja Raja Sulaiman diberikan cincin, terukir diatasnya pesanan yang boleh mengambil semua kegembiraan dan kesedihan di dunia ini. Oleh itu, adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyedihkan untuk kami mengumumkan yang dunia Travian ini juga sudah berlalu!



Keputusan: Matahari sudah lama terbenam, tetapi para pekerja kampung Read my profile meneruskan kerja mereka dalam kedinginan malam, tanpa menghiraukan musuh yang tidak terkira yang sedang mara untuk menghancurkan segala usaha yang telah dicurahkan, mengetahui yang mereka sedang berlumba dengan masa dan ancaman terbesar dalam hidup mereka. Akhirnya, segala onak duri berkahir pada 20:47 selepas seorang pekerja meletakkan batu terakhir pada apa yang disifatkan sebagai ciptaan terbaik dan termasyur yang pernah wujud dalam sejarah sejak kejatuhan Puak Natar.

Bersama dengan persekutuan "SS - WW", "kungfu master" merupakan orang pertama yang berjaya menyiapkan Keajaiban Dunia, menggunakan berjuta-juta sumber dan juga melindunginya dengan beratus-ratus ribu askar yang gagah dan berani. Oleh itu, "kungfu master" menerima gelaran "Pemenang Era Ini"!

"Hazell" merupakan pemerintah empayar peribadi yang terbesar, diikuti oleh "Mavik" dan "Ainc".
"botol" ialah penyerang paling gagah dan terkuat pada zaman ini, komander yang paling menakutkan.
"kungfu master" ialah pembela yang cemerlang, membunuh musuh-musuhnya di pagarnya, melumurkan kawasan sekeliling kampungnya dengan darah mereka.

Kami berharap anda menikmati masa gembira seperti mana kami menikmati masa melayani pemain pemain dan syabas kami ucapkan kepada pemain pemain yang bertahan sehingga akhir.

Tulus Ikhlas,
Pasukan Travian Anda

Salam perkhabaran..

Salam perkhabaran dari hamba yang berada di perantauan (Dalam Malaysia jek.. Tapi sebab bukan dalam negeri tanah tumpah darah, di sini hamba sebutkan sebagai perantauan).

Adapun dengan ini, telah lama benar hamba tidak menulis di sini. Di sini kerana adanya kesempatan, maka hamba mengambil peluang yang terhidang untuk mencoretkan tinta hamba di laman ini buat sekian kalinya.

Arakian, hamba kini berada di SKPP, sebuah tempat untuk mengajar orang belajar. Pendek kata, tempat seorang pendidik mencurahkan ilmunya untuk mendidik anak bangsa. Hanya praktikal selama sahaja buat dua bulan sahaja bulan buat kali ini.

Berada di daerah ini, sungguh banyak cabarannya. Baru kini hamba sedar betapa perit dan payahnya menjadi seorang pendidik.

Adapun ditakdirkan, terjadilah suatu kejadian. Negeri Malaysia telah diserang wabak Influenza A aka swine flu aka H1N1!!



Telah banyak institusi pendidikan ditutup kerananya. Setakat hari ini, sebanyak 26 korban telah dicatatkan. Berbalik kepada cerita hamba tadi. Hamba di sini juga tidak terlepas daripada tempias wabak ini. Orang- orang di sini telah digesa untuk memakai topeng untuk membendung wabak tersebut. Bak kata pujangga, mencegah adalah lebih molek daripada membendung! Wallahualam.

Tuesday, June 30, 2009

Blogger appreciation Award!

Tengah hamba dok belek- belek blog- blog yang ada dalam senarai ikutan hamba, tetiba mata hamba tertangkap mata satu catatan. Blogger Apreciation Award! Menatang apakah gerangannya ni??



Hamba pun x faham bagaimana dan mengapa. Ia hanyalah satu penghargaan yang dibuat- buat oleh seseorang yang hamba kenal. Haha..

Messy Quotations Regarding Love Matter

Have u ever been in love my friends? I do think so. Most of us in this age had been in love since early secondary. Wait up, don't be shy. This is not a ridiculous thing. That's just normal. Here I have several messy quotations regarding love. Although I am not in love for the present. But I love to tells u bout this God dammed messy things. Enjoy it!
Cupid's Arrow

One, if you find yourself in love with someone who does not love you, be gentle with yourself. There is nothing wrong with you. Love just didn't choose to rest in the other person’s heart.

Two, if you find someone else in love with you and you don't love him/her, feel honored that love came and called at your door, but gently refuse the gift you cannot return. Do not take advantage, do not cause pain.

Three, how you deal with love is how you deal with you, and all our hearts feel the same pains and joys, even if our lives and ways are different.

Four, if you fall in love with another, and he/she falls in love with you, and then love chooses to leave, do not try to reclaim it or to assess blame, let it go. There is a reason and there is a meaning. You will know in time.


Five, remember that you don't choose love. Love chooses you. All you can really do is accept it for all its mystery when it comes into your life. Feel the way it fills you to overflowing, then reach out and give it away.

Six, Give it back to the person who brought it alive in you.


Seven, give it to others who deem it poor in spirit. Give it to the world around you in anyway you can. There is where many lovers go wrong. Having been so long without love, they understand love only as a need. They see their hearts as empty places that will be filled by love, and they begin to look at love as something that flows to them rather than from them

Eight, the first blush of new love is filled to overflowing, but as their love cools, they revert to seeing their love as need. They cease to be someone who generates love and instead become someone who seeks love.


Nine, they forget that the secret of love is that it is a gift, and that it can be made to grow only by giving it away.

Ten, remember this, and keep it to your heart. Love has its own time, its own seasons, and its own reason for coming and going. You cannot bribe it or coerce it, or reason it into saying.

Eleven, you can only embrace it when it arrives and give it away when it comes to you. But if it chooses to leave from your heart or from the heart of your lover, there is nothing you can do and there is nothing you should do.

Twelve, love always has been and always will be a mystery. Be glad that it came to live for a moment in your life.

Thirteen, actually I only have twelve quotations up there. So, there is no quotation number thirteen. This is just a foot note or something like that- maybe can be similar to those for what people call it nonsense. Hehe.. Well, in my opinion, after married love is the most wonderful love u will ever have with your partner. Do not waste your love to your partner before you get marry. You will have nothing to give to them afterward.. Good Luck!!

Sunday, June 28, 2009

Michael aka Mikail dalam ingatan

Setelah berhadapan dengan pelbagai kontroversi, akhirnya Lagenda Raja Pop dunia, Michael Jackson aka Mikail pergi meninggalkan kita. Beliau yang terkenal sebagai Moon Walker dikatakan mengalami masalah dengan jantung sejurus sebelum pergi meninggalkan dunia yang fana ini terpaksa dibedah siasat sebelum boleh dikebumikan. Bayangkan betapa seksanya hidup beliau kerana jenazahnya terpaksa disimpan di bilik mayat terlalu lama untuk tujuan itu.



Tak nak komen panjang tentang perkara ni. Mereka yang sudah pergi tidak akan kembali semula ke dunia. Apa yang penting, kita mendoakan kesejahteraan beliau di akhirat. Syukur kerana beliau pergi sesudah beliau memeluk Islam dan sebelum beliau mengadakan konsert jelajah mega beliau yang terakhir. Konsert tersebut pastinya akan melibatkan pelbagai maksiat besar- besaram di kalangan peminat- peminat beliau kelak yang mana akan mengurangkan 'saham' beliau. Wallahualam. Al- Fatihah.

Ingin tahu mengenai perjalanan karier sepanjang hidup beliau? Sila klik url di bawah;
http://www.tagged.com/rip_mj

Thursday, June 25, 2009

Kajian PPSMI

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno setuju kajian menyeluruh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan diumumkan kepada orang ramai selepas diteliti Kabinet, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata, pengumuman mengenainya akan dibuat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.

"MT malam ini mendengar taklimat daripada Muhyiddin mengenai kedudukan PPSMI dan kita bersetuju ia diumumkan selepas diteliti dan dipertimbangkan Kabinet nanti," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu, sebentar tadi.

PPSMI seperti mana yang kita maklum adalah Program Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Setelah sekian lama program ini dilaksanakan dan setelah berjuta ringgit wang rakyat Malaysia dihabiskan untuk menyediakan inventories dan properties serta prasarana bagi tujuan tersebut, ada suara- suara sumbang yang mempertikaikan keberkesanan seterusnya mencadangkan penghapusan program tersebut.

Yang menjadi persoalan sekarang ini, sejauh mana penglibatan mereka dalam pelaksanaan PPSMI yang melayakkan mereka untuk mempertikaikan keberkesanannya? Adakah mereka ini guru- guru, pelatih- pelatih perguruan, murid- murid mahupun pelajar- pelajar ataupun Yang Berhormat yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan PPSMI? Tidak sama sekali. Hamba sangat sedih kerana isu seumpama ini dijadikan isu demi kepentingan politik dan tekak sesetengah pihak.

Terdapat sesetengah pihak yang secara jelas dan kasar membabitkan isu memertabatkan dan memperkasakan bahasa Melayu. Perkara ini tidak menjadi isu kerana dalam soal menuntut ilmu, sesetengah perkara lain yang mustahak harus diambil kira. Sekiranya benar perkara ini membabitkan isu permatabatan dan permerkasaan bahasa kebangsaan kita, mengapa tidak seluruh universiti di negara ini menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sains dan matematik dan semua bidang yang berkaitan dengan subjek tersebut?

Kita perlu lihat perkara ini sebagai sesuatu yang positif. PPSMI perlu dilihat sebagai satu platform persediaan kepada murid- murid dan pelajar- pelajar di sekolah- sekolah. Ilmu dalam bidang- bidang tersebut disediakan dalam bahasa Inggeris yang pada asalnya diciplak oleh penyangak- penyangak Inggeris dari bahasa Arab. Dewasa ini, jika ia tidak disediakan di dalam bahasa Inggeris, sudah pasti ia akan disediakan di dalam bahasa Arab. Ini kerana peradapan bangsa kita belum cukup maju untuk menghasilkan ilmu yang seumpama itu yang mana telah disediakan oleh bangsa- bangsa, tamadun, peradapan dan budaya yang lebih awal dari kita. Harus diingatkan, peradapan kita di Tanah Melayu ini hanya muncul setelah Parameswara menduduki Melaka dari Palembang setelah lari dari tanah air tempat umpah darahnya.

Tujuan hamba mewacanakan artikel ini bukanlah kerana hamba tidak sayang kepada bahasa dan martabatnya. Hamba orang Melayu, bangsa Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu, keluar dari perut ibunda hamba yang berbangsa Melayu. Hamba hanya membincangkan isu ini dari sudut ilmiah semata- mata. Tidak ada niat lain. Jika hamba menyentuh sensitiviti mana pihak, maafkan hamba dan silalah tegur dengan lenggok bahasa yang sopan yang mencerminkan kehalusan budaya bangsa kita.

Hamba juga amat berbesar hati jika ada mana- mana pihak yang ingin membincangkan isu ini secara ilmiah. Salam ukhwah.

Diawalkan!!

Oleh: Ariff Putera Tun Tuah

Pulau Pinang: Gempar!! Beberapa pelatih Program Perguruan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di salah satu kampus Insttitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di sini digemparkan dengan pengawalan tarikh praktikum meraka.

Tarikh praktikum kali kedua mereka yang diadakan semester ke- 6 program tersebut yang akan berlangsung selama lapan minggu telah diawalkan seminggu. Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pengawalan tersebut harus dilakukan menyesuaikan dengan kalender kursus dan cuti program berkenaan.

Apa yang memeranjatkan pelatih perguruan semester 6 di sini adalah kerana tarikh penerimaan kenyataan pekeliling dan tarikh pengumuman kenyataan pekeliling tersebut di kampus mereka. Kenyataan pekeliling tersebut telah diterima oleh kampus mereka pada 13 May 2009. Manakala mereka baru dimaklumkan mengenai perkara tersebut pada Isnin lepas iaitu pada 22 Jun 2009 sementara 27 kampus yang lain difahamkan telah sedia maklum dan penempatan pelatih di sekolah- sekolah telah dilakukan lebih awal berbanding mereka.

Beberapa pelatih yang ditemui dipetik sebagai berkata sedikit kecewa dengan kelewatan permakluman tersebut. Mereka harus mencari penempatan di sekolah- sekolah yang berhampiran selain rumah sewa yang mungkin perlu bagi mereka yang mendapat penempatan yang jauh dari kampus.

Mereka juga dipetik sebagai berkata, permakluman yang awal adalah penting di masa hadapan. Ia adalah penting untuk mereka melakukan persediaan awal untuk penempatan mereka.

Saturday, June 20, 2009

Intan.. Oh Intan.. Intan ke?? Intan lagi..


Sinetron kipas- susah- mati kaum hawa Malaysia dewasa ini- Intan!

Adalah diceriterakan pada episod 262, keluarga Intan telah ditakdirkan untuk mengetahui kedudukan salah seorang anggota keluarga mereka yang mereka cari selama ini.. Kisah disebalik pertemuan ini adalah atas pertolongan bapa kandung Intan, Fajar yang pernah menjadi permastautin sementara salah sebuah penjara di Indonesia.. Fajar telah menghubungi rakannya semasa dia memegang permastautin di sana. Melalui rakannya itu, keluarga intan telah berjaya mengesan kedudukan Bintang di Sukabumi, Indonesia.. Maka dengan itu, rombongan tiga beranak- Intan, Dr. Rado dan kasih pun bergerak mengesan kedudukan Bintang berdasarkan alamat yang telah mereka terima..

Setelah berjaya menemui rumah tersebut, maka terjadilah pergelutan antara keluarga angkat Bintang vs keluarga kandung Bintang. Pergelutan ini berpunca daripada ketakutan yang hadir dari dalam diri keluarga angkat Bintang. Mereka takut dipenjarakan atas tuduhan menculik Bintang.- Bapa angkat Bintang pernah menjadi rakan sepermastautin tetap Fajar suatu ketika dahulu.

Hendak dijadikan ceritera, semasa Bintang cuba menyelamatkan diri itu berlakulah satu peristiwa yang mana beliau hampir dilanggar oleh sebuah trak pikap. Namun dia ditakdirkan untuk dilanggar oleh kenderaan beroda empat buat kali kalinya. Beliau semat diselamatkan oleh neneknya, kasih.

Justeru akibat dari kemalangan itu, Bintang dan kasih telah dikejarkan ke unit kecemasan. Seterusnya kasih telah dimasukkan ke bilik operasi aka operation room. Sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, kasih telah mewasiatkan kedua bola matanya kepada anaknya yang diaksihi, Intan..

Sedikit epilog untuk episod 262. Sebelum kejadian yang disebutkan di atas, Intan telah bersemuka dengan Bintang. Namun Intan ragu dengan kesahihan Intan kecil (Bintang) sebagai anak kandungnya. Dia telah menuduh Intan kecil sama juga seperti Desi yang mengaku sebagai anak kandungnya semata- mata kekayaan yag dimilikinya..

Sekian sahaja ceritera sinopsis untuk episod ini. Untuk maklumat lanjut, segeralah berkejar ke kedai video berhampiran untuk mendapatkan DVD Intan sementara stok masih ada.. (Itupun kalau da kuar kat pasaran.. Huhu..) Diingatkan juga, DVD tersebut tidak dijual di pasar tani ataupu pasar malam ye.. belilah yang original, hapuskan cetak rompak! Farewell..=)

Friday, June 19, 2009

Transformasi Pendidikan- KBSR kepada KSSR


Kementerian Pelajaran Malaysia

Sistem pendidikan Malaysia akan berubah lagi.. Transformasi pendidikan ataupun juga disebut sebagai perubahan sistem pendidikan ini akan bermula awal tahun depan di mana Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) akan diubah kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KBSR). Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah menggubal dan menyediakan modul untuk kurikulum baru ini.

Seperti yang telah hamba sebutkan tadi, KSSR akan mengunkan modul sepenuhnya bagi menggantikan buku teks. Beberapa buah sekolah telah dipilih sebagai pilot school ataupun sekolah rintis bagi pra- pelaksanaan kurikulum baru ini..

Dalam pelan pra- pelaksanaannya, KPM telah memilih 500 buah sekolah sebagai sekolah rintis. Program rintis ini telah dilaksanakan bermula 31 Mac sehingga penghujung Jun 2009 melibat murid- murid tahun 1 di sekolah- sekolah terpilih. Ia menyaksikan 50 buah sekolah melaksanakan secara penuh dan selebihnya melaksanakan untuk subjek tertentu/ terpilih. KSSR menyaksikan pembahagian matapelajaran kepada 3 modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asal Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap 1- Tahun 1 hingga 3 akan tertumpu kpd penguasaan 4M- membaca, menulis, mengira & menaakul, dan kemahiran ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara Tahap 2- Tahun 4 hingga 6 akan tertumpu kpd pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Desas- desus ada mengatakan bahawa di bawah program ini, beberapa sukatan/ bab dalam subjek tertentu dari Sekolah Menengah akan diserapkan ke sekolah rendah! Maknanya murid- muid sekolah rendah sekarang sudah semakin jauh ke hadapan..=)

Namun begitu harus diingat, isu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris) masih belum selesai. Apakah ini merupakan satu langkah yang bijak? KSSR diunjurkan oleh KPM semasa Dato' Hisyamuddin memegang portfolio pelajaran. Sekarang, beliau telah bertukar ke porfolio lain dengan menyaksikan TPM memegang portfolio pelajaran menggantikan beliau.. Sejauh manakah keberkesanan perlaksanaan KSSR? Apakah nasib PPSMI?? - Yang ni kena tanya yang lebih pakar.. Susah ese nak jawab.. Kito tunggu yolah yo..

Kerajaan perpaduan?? Apa ni weh??

Kerajaan perpaduan?? Apa ni weh?? Kenapa negara yang hamba sayangi, tempat tumpah darah menjadi kucar kacir secara tetiba?? Kembalikan negara hamba yang aman damai!! Kalau betul, alhamdulillah.. Kalau x betul?? Wahai pemimpin- pemimpin yang telah dipilih, laksanakanlah amanah yang telah diberikan oleh rakyat dengan ikhlas.. Sesungguhnya kamu bukan sahaja telah dipilih oleh rakyat, malah kamu sebenarnya telah dipilih oleh Allah S. W. T. untuk menerajui negara ini.. Kawan- kawan, marilah sama- sama kita berdoa demi kesejahteraan negara kita yang kita cintai ini.. Jika keadaan kucar- kacir ini berterusan, maka gelaplah masa hadapan negara kita dan anak cucu kita kelak!


Negaraku Malaysia

Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok aman sentosa
kan ku puja sepanjang zaman..

Thursday, June 18, 2009

Cuti kew?? Cuti la sangat.. Huhu..=)

Cuti kew?? Cuti la sangat.. Huhu..=)

Cuti yang menjelma telah hampir ke penghujungnya..
Tiga minggu di kampung, apa yang telah hamba lakukan untuk mengisi waktu- waktu yang terluang?? Mosan- mosan.. Cuti yang x berapa nak terisi sebenarnya.. Budget xdek.. Apa pun, ade beberapa perkara yang menarik telah berlaku sepanjang tiga minggu cuti sem ni.. Antaranya termasuklah terjumpanya semula 3 karya yang telah hilang!! Huhu.. Karya apa tu?? Hamba telah menemui semula cerpen- cerpen yang hilang (bukan hilang sebenarnya.. TERsalah letak.. Huhu..).. Cerpen- cerpen ni xla bagos sangat.. Saja nak isi masa senggang semasa foundation dahulu.. Da 3 taun tamat foundation..

Bermulanya sem baru bermakna perkara- perkara serabut akan muncul semula selain bulan Rejab, Syaaban, Ramadhan dan Syawal yang bakal mnjelma ( Rejab = Bulan Allah, Syaaban = Bulan Nabi Muhammad, Ramadhan = Bulan untuk ummat Nabi Muhammad, Syawal = Aidilfitri).. Maknanya, 2 bulan untuk puasa sunat, sebulan untuk puasa wajib dan sebulan untuk sambut Aildilfitri selain 6 hari puasa sunat dalam bulan ni..

Sekadar gambar hiasan

Hamba juga akan cuba terbitkan 3 cerpen yang telah hamba hasilkan suatu masa dahulu dan beberapa artikel mengenai kelebihan bulan- bulan yang hamba telah sebutkan di atas tadi di ruangan ini.. Jangan ketinggalan!!=)


Wonderpets, siri kegemaran kanak= kanak

Ops.. Terlupa sudah.. Hamba ada 2 bulan praktikum di sekolah pada awal julai yakni 2 minggu selepas bermulanya sem baru.. Hari- hari yang sibuk akan bermula semula kawan.. Apa yang penting. kerjasama.. -Budak- budak suka sangat menonton siri
wonderpets ni..=)

Intan.. Oh Intan..!! Intan ke??

Beberapa klip polaroid yang diambil dari drama tersebut

Intan ke?? Pasti kipas- susah- mati drama bersiri ini tidak akan melepaskan peluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang bakal hamba perkatakan mengenai drama ini.. Hehe..=) Sebenarnya, hamba tidaklah meminati drama ini. Jauh sekali untuk menjadi peminat fanatik ataupun kipas- susah- mati drama ini. Hamba pasti ramai yang setuju jika hamba katakan bahawa drama ini cukup melemaskan jiwa dan perasaan..

Kepada yang masih tertanya- tanya siapa Intan, silakan terus membaca.. Huhu.. Sebenarnya Intan lakonan Naysila Mirdad adalah merupakan sebuah drama bersiri yang disiarkan di kaca televisyen saluran 105 Astro. Bersiaran dari pukul 11 malam sehingga 12 tengah malam dari Isnin sehingga Jumaat. Siaran ulangan boleh didapati pada pukul 11 pagi dan pukul 4 petang di saluran yang sama!

Sebagaimana kebanyakan drama bersiri yang dihasilkan oleh produksi di Indonesia, drama ini juga merupakan adaptasi atau juga disebut sebagai ciplakkan dari siri drama Korea yang berjudul Go Strong Geum Soon!! Sebenarnya telah menjadi seperti suatu trend produksi di sana untuk menciplak drama- drama dari Jepun, Korea dan Taiwan!! Peminat drama Korea jangan marah ye.. Hehe.. Hamba hanya memetik petikan dari beberapa sumber rujukan yang boleh dipercayai.. Bukan senang untuk menghasilkan artikel sebegini tanpa membuat homework terlebih dahulu..

Drama ini telah bersiaran sebanyak 260 episod pada hari ini, 17 Jun 2009!! Dan masih berbaki 4 episod untuk melengkapkan 264 episod kesemuanya.. Selasa depan drama ni tammat!! Yahoo!! Haha.. Tamatlah penderitaan hamba selama ini.. Dah 11 bulan weh!! Bayangkan betapa terseksanya jiwa dan perasaaan hamba selama ini!!

Jika diselidki dari awal, drama ini bermula dengan bibit percintaan ibu Intan, Kasih dan bapanya, Fajar. Seterusnya Kasih hamil dan Fajar bersedia bertanggungjawab waima perhubungan mereka tidak mendapat restu orang tua kedua- dua belah pihak.. Sebenarnya Intan ni adalah anak luar nikah Kasih dan Fajar!!

Kemudian, nak dijadikan cerita, Fajar pun menemui yang Maha Pencipta- meninggal dunia.. Sebenarnya dorang salah sangka Fajar ni meninggal.. Setelah Fajar disalah- sangka meninggal dunia, Kasih meninggalkan anaknya dibawah jagaan ibu mertuanya dan menikah dengan Dr. Frans!! Ces!!

Setelah Intan dewasa, dia terlibat pula dengan konflik cinta beberapa segi.. Bermula dengan pernikahan dengan Ello.. Bersama Ello, Intan mendapat seorang anak luar nikah bernama Rangga yang kemudiannya meninggal dunia akibat kemalangan.. Sedih plak ai..

Setelah Ello ditakdirkan meninggal dunia (Keputusan drastik yang diambil oleh pengarah, penerbit dan penulis skrip untuk lebih mengharu- birukan perjalanan cerita!!), Intan bertemu jodoh dan menikah pula dengan Dr. Rado yang baik hati.. Sebenarnya, perhubungan mereka berdua dari awal lagi tidak mendapat restu daripada orang tua Dr. Rado.

Bersama Dr. Rado, Intan memperoleh seorang cahaya mata bernama Bintang yang cacat pada mulanya. Ini dijadikan punca oleh kedua orang tua Rado untuk memecah- belahkan pasangan ini terutamanya ibu Rado..

Setelah dewasa, Bintang ditakdirkan untuk menghadapi sebuah kemalangan dan hilang dari jagaan kedua orarng tuanya yang tersayang.. Bintang dipelihara oleh keluarga yang telah melanggarnya dan diberikan nama Intan bersempena loket (buah rantai) kepunyaan ibunya- tertulis nama intan pada loket tersebut..

Di sini terjadi beberapa koflik lagi. Konfilik- konflik ini ckup melemaskan jiwa dan perasaan penonton seperti hamba yang terpaksa menontonnya!! ~Apalah nasib diriku yang malang, oh tuhan~.. Antara konflik ini termasuklah trauma yang dialami intan atas kehilangan anaknya, Bintang yangmenyebabkan dia buta, dimasukkan ke rumah sakit beberapa kali serta ditipu oleh suaminya, Dr. Rado- Dr. Rado telah mengupah seorang anak kecil bernama Desi untuk menyamar sebagai Bintang setelah Intan buta untuk mengurangkan penderitaan Intan.. Namun hati seorang ibu dapat mengenal anaknya dengan baik.. Huhu..

Intan juga telah ditakdirkan untuk menjadi seorang pengemis bersama anaknya Bintang!! Perkara ini terjadi setelah bintang berusaha untuk menyelamatkan ibunya yag pada ketika itu diculik dan dipaksa mengemis oleh satu sindiket pengemis..

Penat da nak taip.. Apa kata tuan hamba sekalian tonton sendiri di kaca televisyen kesudahan drama ini.. Ada 4 episod lagi selepas hari ini.. Selamat menonton!!=)

Wednesday, June 17, 2009

Banci penduduk pertengahan 2010

Salam Sejahtera.
Bangun pagi- pagi tadi hamba telah melawati laman maya berita harian.. Satu artikel di laman tersebut telah menarik perhatian hamba.. Artikel yang hamba maksudkan tersebut ialah mengenai bancian peduduk..
JabatanPerangkaan Malaysia akan melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 pertengahan tahun depan bagi mengemas kini pangkalan data penduduk dan perumahan di negara ini. Ia akan menyediakan perangkaan yang relevan dan lebih tepat untuk dijadikan sumber bagi penyediaan model ekonomi baru negara, dan input kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang akan bermula pada 2011.
Sebelum ini hamba ada tertanya- tanya mengenai bancian penduduk ini. Tidak hairanlah mengapa data mengenainya tidak dikemas kini buat sekian lama dengan pengkaji merujuk kepada data- data lama.. Rupanya banci penduduk di negara kita diadakan setiap 10 tahun sekali! Harus diingatkan, ini bukan banci pekebun kecil getah yang dilaksanakan oleh RISDA atau sebagainya.
Apa yang menariknya di sini, banci ini yang akan dilaksanakan selama dua bulan pada pertengahan tahun depan membabitkan kos keseluruhan RM212 juta. Banci seumpama itu pernah dilaksanakan jabatan itu pada 1970, 1980, 1991 dan 2000. Jadi, tidak hairanlah mengapa ia dilaksanakan setiap 10 tahun sekali.. Hehe..=)
Mesti ada di kalangan pembaca yang tertanya- tanya mengapa hamba berminat untuk membicarakan perkara ini. Harus diingatkan, data yang dipungut daripada banci peringkat kebangsaan setiap sepuluh tahun sekali itu digunakan kerajaan bagi membentuk pelbagai dasar ekonomi negara sebelum ini. 10 tahun merupakan satu tempoh yang lama sebenanya. Kemungkinan untuk data yang diambil digunakan pada tahun- tahun terakhir tidak relevan adalah sangat tinggi. Perkembangan dan pembangunan negara dewasa ini berlansung dengan pesat.
Berita baik kepada yang mencari pekerjaan, banci berskala besar itu juga akan menyediakan kira-kira 29,000 peluang pekerjaan kepada mereka yang menganggur dan dibuang kerja akibat kemelesetan ekonomi untuk diambil sebagai pegawai pembanci sambilan. Permohonan untuk menjadi pegawai pembanci boleh dibuat menerusi laman web rasmi jabatan.
p/s- Sesaper yang nak buat krja sambilan, jangan lepaskan peluang. Terutama students yang nak cari duit saku lebih dan kebetulan sedang bercuti time tu. Tidak lupa juga kepada yang sesedang menunggu panggilan kerja.. Kerja tak boleh memilih sangat zaman ni. Asal rezeki halal, on jek.. =)

Tuesday, June 16, 2009

Siapa wanita/ perempuan dalam hidup anda??

Sekadar gambar hiasan

Herm.. Persoalan ini agak berat sebenarnya.. Mari kita lihat, siapa wanita dalam hidup hamba.. Kemudian lihat pula dalam diri tuan hamba sekalian..

Pertama sekali, bonda hamba..
Kedua, nenda hamba..
Ketiga, adinda- adinda perempuan (adik- adik perempuan) hamba..
Keempat, bonda- bonda saudara hamba..
Kelima, adinda- adinda dan kekanda- kekanda perempuan serta saudara- mara (sepupu- sepupu perempuan termasuk yang bau- bau kuinin) hamba..
Keenam, rakan- rakan@ kenalan hamba (classmate, ex- clasmate, lectures, teachers.. No more than that)..
Ketujuh, jiran- jiran dan orang kampung hamba, orang kebanyakan secara langsung dan tidak langsung (sama ada hamba perasan ataupun tidak- susah nak cam orang sebenarnya)..
Kelapan, girlfriend ke?? Hep!! Jangan ngengada!! Nakal ye!! Pernah dulu.. Bagaimana sekarang?? Belum terfikir lagi.. Dan tak nak fikir lagi (Belum tiba masanya lagi sebenarnya.. Serahkan kepadaNya.. Hamba redha dengan ketentuanNya..)..
Kesembilan, isteri ke?? Hep!! Nakal lagi ye!!?? Babab nak?? Kerje pun idak lagi, pendapatan tetap pun xdek lagi da brangan nak nikah ye?? -Belum merancang lg sebenarnye.. Serahkan kepadaNya.. Huhu..=)

Itulah serba sedikit descriptions mengenai wanita dalam hidup hamba yang dapat hamba senaraikan di sini.. Maaf jika ada yang tidak hamba senaraikan.. Otak da tepu sket neh.. Bagaimana pula dengan tuan hamba sekalian??

Sunday, June 14, 2009

Hari Bapa, Hari Ibu- bila tu, wujudkah??

Sekapur Sireh
Hamba yakin, ramai di antara muda- mudi dewasa ini keliru mengenai tarikh sambutan Hari Bapa dan Hari Ibu.. Jika sambutan- sambutan yang lain mempunyai tarikh yang tetap, sambutan ini tidak mempunyai tarikh seperti yang tersebut. Namun, bilakah sambutan ini disambut, bagaimana tarikhnya ditentukan?? Teruskan membaca dan anda pasti temui jawapannya..

HARI BAPA


Kad Ucapan Hari Bapa

Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada bapa dan kegiatan kekeluargaan.
Untuk pengetahuan para pembaca, sambutan Hari Bapa disambut pada tarikh- tarikh yang berlainan di beberapa negara. Di Malaysia, sambutan hari bapa disambut pada Ahad Minggu ketiga. Sambutan Hari bapa di negara kita pada tahun ini jatuh pada 21 Jun, iaitu pada hari Ahad minggu ini!! Sudahkah kita bersdia untuk mengucapkan ucapan keramat itu kepada bapa kita??


HARI IBU


Kad Ucapan Hari Ibu

Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang mengiktiraf golongan bapa.
Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Sesuai dengan agama dan kepercayaan kita, sambutan hari ibu di negara kita disambut semata- mata untuk menghargai pengorbanan ibu- ibu kita. Begitu juga halnya dengan sambutan hari bapa. Sesuatu yang menarik mengenai kedua- dua sambutan ini di negara kita, jika Hari Bapa disambut pada hari Ahad minggu ketiga Jun, Hari Ibu disambut pada hari Ahad minggu kedua Mei- 5 minggu sebelum sambutan Hari Bapa diadakan..
Hamba mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Bapa dan Selamat Hari Ibu (walaupun dah 5 minggu berlalu) kepada semua bapa- bapa dan ibu- ibu di seluruh Malaysia (Malaysia jek.. Huhu..)..

Wednesday, June 10, 2009

Siapa Puak Natar dalam dunia Travian?


Travian Wonder of World

Sebelum ini hamba telah mengetengahkan mengenai Dunia Permainan Virtual, Travian. Untuk pengetahuan umum, setiap server Travian hanya bertapak selama 9 bulan.. Di akhir hayatnya, sebuah puak yang bernama Natar akan muncul.. Nak tahu lebih lanjut? Teruskan membaca..=)


Dongeng Natar

Lama sebelum bangsa Roman (Romawi) menjelajah wilayah Travian, terdapat suku yang merupakan budak (hamba abdi) kepada bangsa Natar, suku itu sekarang membesar dan menjadi bangsa yg sekarang dikenali sebagai Germany (Teuton) dan Barbarian (Gaul). Setelah menjajah dan wabak penyakit bangsa Natar menguasai di salah satu sudut peta Travian (lihat kedudukan kampung MH, kampung Bantuan, kampung HiddenDeath).

Pada waktu dulu, di Travian suku Natar adalah ditakuti dan kejam serta menjadi bicara turun temurun dan disampaikan oleh org tua-tua melalui dcerita sewaktu menidurkan anak- anak. Hanya sejumlah orang- orang tua yg mengetahui mengenai bagaimana dan di mana kelemahan suku Natar.


Apabila masanya tiba..

Apabila musim salju muncul (Dec or January), org tua2 selalu mendongengkan bahawa bangsa Natar akan muncul setiap tahun, itu dongengannya. Waktu semakin hampir, panglima dan jeneral perang sentiasa bersiap sedia menunggu kedatangan bangsa ini. Tiada jeneral perang yg boleh menandingi suku Natar jika tidak tahu kelemahannya. Perang dengan Natar pasti menumpahkan banyak darah (bloodly war). Jadi berdasarkan dongengan ini, kampung- kampung dan pakatan- pakatan yg kuat akan bersedia memperkuat pertahanan. Bangsa Natar akan menyerang 5 tonggak teratas setiap pakatan terlebih dahulu, sebelum menghancurkan seluruh kampung yang berada di bawah naungan pakatan.

Apabila bangsa ini muncul di Travian, ia bermastautin dan beribukota di "Golden City". Di situ terdapat script (manuskrip) yang menyimpan maklumat berkaitan kelemahan dan kekuatan bangsa Natar. Termasuk kedudukan kampung- kampungnya yang berada di seluruh penjuru peta Travian. Di golden City tersimpan "indescribable greatness and power of Natarian".


Perancangan Natar

Bangsa Natar bercadang untuk membangunkan 'Wonder of world' di mana mereka akan menyimpan manuscript kelemahan dan semua kekayaan bangsa Natar. Jadi sebelum manuscript itu dipindahkan di satu kampung (di tengah-tengah Golden City) yang dipanggil "Tample of Glorious" [a glorious temple located in the center of the city], puak Roman, Gaul dan Teuton akan berusaha untuk memerangi bangsa Natar bagi merebut manuscript tersebut sebelum 'Wonder of World' dibangun.

Jika Puak Rom, Gaul dan Teuton terlebih dahulu membangunkan 'Wonder of World' maka bangsa Natar tidak lagi dapat membangunkan 'Wonder of World' dan sangat mudah untuk memerangi mereka di Golden of City.



Kekuatan Natar

Natarian boleh membina dan membangunkan kampung serta bangunannya dalam tempoh separuh dari waktu yg diperuntukan kepada bangsa lain. Bangsa Natar akan dimainkan oleh MH atau pemain dari server seluruh dunia yg dipanggil untuk menerajui pemerintahan kampung 'Golden City' dan pemain- pemain ini adalah mereka yang sangat berpengalaman.

Ada 10 jenis pasukan Natarian dimana kekuatannya tidak diketahui, ada yg mendongengkan 5 kali ganda dan ada yg menyatakan 3 kali ganda, dari segi nilai pertahanan, serangan atau pengangkutan sumber.

Antaranya termasuklah,
Pikeman - Pasukan menggunakan lembing
Thorned Warrior - Pasukan Infantry pejalan kaki
Guardsman - Pasukan Pertahanan Desa
Birds Of Prey - Burung pengintip (enggak bisa mati)
Axerider - Pasukan berkuda bersenjata kampak
Natarian Knight - Infantri berkuda yang sgt kuat
Warelephant - Pertahanan infantri gajah perang
Ballista- Seperti catapult - Bola Besi berapi
Natarian Emperor - Pemerintah Natarian/Jeneral
Settler - Pengangkut boleh mengangkut nilai seluruh kampung (>100,000)

Halimah Jongang



Salam perantauan, salam percutian kepada rakan- rakan sekampus dengan hamba dan para pembaca yang tidak berapa nak tetap. Hari ini hamba tertarik untuk mengulas mengenai satu drama yang disiarkan oleh Astro Prima iaitu Halimah Jongang. Drama ini dibintangi oleh Johan Raja Lawak dan beberapa barisan pelakon berbakat yang lain seperti Os dan Tengku Sheera sebagai Heroin.
Drama ini telah menarik perhatian hamba yang xberapa nak minat dengan drama Melayu yang kebanyakannya stereotype! Apa yang menariknya mengenai drama ini adalah kerana jalan cerita dan plotnya adalah satu idea yang baru. Selain dari perjalanan cerita yang sentiasa mencuit hati dan tidak hipokrit- tidak dibuat- buat seperti sesetengah pelakon lain. Ini menunjukkan pemilihan pelakonnya adalah bagus. Tahniah untuk pengarah drama ini!
Selain itu, antara faktor lain yang membuatkan drama ini menarik adalah kerana barisan pelakon berbakat yang jarang keluar di kaca telivisyen. Jadi, penonton tidaklah terlalu bosan menonton muka pelakon tersebut- xminat menonton muka pelakon yang sama dalam 3- 4 drama yang sama dalam satu- satu tempoh.
Kepada yang masih belum menonton drama ini, silalah berbuat sedemikian. Astro Prima ada menayangkan siaran ulangan untuk drama ini. Saya jamin drama ini tidak akan membosankan anda. Anda juga boleh memuat turun drama ini di url, http://aman-evolution.forum6.info/what-s-new-f6/halimah-jongang-tvrip-t2038.htm

Thursday, May 28, 2009

DUN Penanti in Chaotic!!

Heboh dengan perletakan jawatan TKM 1 Pulau Pinang, SPR terpaksa melakukan 1 pilihan raya bagi mengisi kekosongan DUN Penanti yang sebelum ini disandang oleh bekas ADUN tersebut. Hasilnya, sejak 25 Mei yang lepas, maka berduyun- duyunlah manusia dari seluruh pelusok Malaysia datang ke kawasan Hitam ini.. Huhu.. 
Banyak kem yang dibina di sekitar kawasan ini termasuklah kat depan rumah hamba yang dahulunya diknali sebagai Laksa Seringgit kini telah berubah menjadi Bilik Gerakan salah satu parti politik! Tidak terlepas pandang, juga 1 kawasan yang dipanggil Kem Baghdad- digelar sedemikian oleh salah 1 parti politik yang berkempen di sini beberapa hari yang lepas. Kem baghdad yang trletak di tapak ekspo di pekan Bukit Mertajam merupakan kem penempatan sementara Pasukan Simpanan Perskutuan atau digelar juga Federal  Reserve Unit (FRU). Pasukan ini telah ditugaskan untuk memantau pilihanraya tertutup yang bakal berlangsung pada 30 Mei kelak dan juga sepanjang tempoh berkempen di sini. 
Selepas tarikh tersebut, kita akan melihat satu perubahan baru terhadap negeri ini. Siapa yang akan menang, Parti Cap Kunci, Parti Cap Payung, ataupun Parti Facing Together Waxing and Waning Cressent on the Top of Blue background? Kita tunggu dan lihat sahaja. Hamba tidak berminat dengan berpolitik. Suasana politik di negara ini dilihat masih mentah dan tidak professional. Maksud hamba di sini, parti- parti politik di negara ini cenderung untuk mencetuskan perpecahan kaum dan bangsa, Bangsa Malaysia yang mereka cipta dengan menumpahkan banyak darah wira dan perajurit negara! Patriotikkah kita dengan mengamalkan budaya politik sebegini? Wallahualam.

Wednesday, May 27, 2009

Travian


Sejak kebelakangan ni hamba begitu asyik sekali dengan permainan berunsurkan internet ataupun disebut juga di sini sebagai online game. Pastinya tuan hamba semua tertanya- tanya apa ke bendanya online game. Sebenarnya, ia adalah sejenis permainan yang memerlukan aplikasi internet untuk dimainkan. Salah satunya termasuklah Travian. Setakat ini, sudah terdapat empat server permainan ini di Malaysia termasuk satu server laju yang juga disebut di sini sebagai speed server. Jika hendak dibandingkan dengan negara- negara lain yang terlebih dahulu dikemarukkan dengan permainan ini, jumlah tersebut adalah sedikit sebenarnya. Di sini, hamba ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai permainan ini kepada tuan hamba para pembaca sekalian. 

Paparan Pusat Kampung dalam Travian

Pertama sekali, tuan hamba boleh memilih antara tiga puak dalam Travian, Rom, Gaul dan Teuton. Setiap puak mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri dan jenis-jenis askar mereka adalah sangat berbeza juga. Oleh itu adalah penting untuk memilih puak yang sesuai dengan anda. 




Puak Rom

Puak Rom
Empayar Rom ialah puak dalam Travian adalah paling senang dimainkan oleh orang baru. Oleh sebab tahap sosialnya yang tinggi dan pembangunan teknologi Rom ialah pakar dalam bangunan dan koordinasinya, dan pasukan mereka adalah sebahagian daripada elit dalam Travian.
Mereka adalah sangat seimbang dan berguna dalam serangan dan juga dalam pertahanan. Untuk menjamin kepelbagian ini the pasukan Rom dilatih sangat lama dan latihan mereka adalah mahal. Infantri mereka adalah legenda yang hidup, tetapi pertahanan mereka terhadap askar berkuda bukannya sebaik puak lain
Untuk orang baru, yang tidak tahu apa yang mereka hendak main, Rom adalah pilihan yang ideal..

Keistimewaan
  • Boleh tingkatkan atau lanjutkan bangunan dan lapangan sumber serentak.
  • Bonus pertahanan tinggi oleh tembok
  • Pedagang boleh angkut 500 unit sumber (kepantasan: 16 medn sejam)
  • Infantri sangat kuat, askar berkuda sederhana,
  • Pembangunan adalah mahal dan mengambil masa lama.


Puak Gaul

Puak Gaul
Gaul adalah paling aman daripada tiga puak dalam Travian. Askar-askar mereka adalah terlatih untuk pertahanan hebat, tetapi kemampuan mereka untuk menyerang masih setanding dengan dua puak lain. Gaul ialah penunggang, kuda mereka adalah terkenal dengan kepantasan mereka yang membenarkan penunggang mereka menyerang musuh dengan tepat sehingga mereka boleh menyebabkan kerosakan dan mengelirukan mush mereka.

Puak ini adalah sangat senang untuk bertahan, tetapi taktik aggresif boleh dilakukan. Ia berikan anda peluang untuk membentuk mana-mana arah strategik (pertahanan atau aggresif, persendirian atau pembantu yang dipercayai, pedagang atau perampas, infantri atau askar berkuda, peneroka atau penjajah), tetapi anda perlu sedikit pengalaman dan bakat. Boleh dikatakan juga puak untuk pemain baru!

Keistimewaan
  • Bonus kepantasan: Askar tercepat dalam permainan
  • Sederhana bonus pertahanan kerana pagar kubu
  • Pedagang boleh angkut 750 unit sumber (kepantasan: 24 petak sejam)
  • Gua dua kali lebih besar
  • Senjata pengepung yang mahal
  • Peneroka yang murah



Puak Teuton

Puak Teuton
Teuton adalah puak yang paling aggresif. Askar-askar mereka adalah kejam dan ditakuti kerana keberangan dan kegilaan mereka apabila mereka serang. Mereka bergerak sekeliling gerombolan perampas, dan tidak takut akan kematian. 

Tetapi, mereka kekurangan disiplin ketenteraan Gaul atau Rom, yang menyebabkan kelemahan mereka dalam kepantasan dan pertahanan. Untuk para pemain yang aggresif dan berpengalaman Teuton adalah pilihan terbaik!

Keistimewaan
  • Bonus rampasan: gua musuh hanya sembunyi 2/3 kandungannya.
  • Tembok tanah susah dimusnahkan, tetapi hanya berikan bonus pertahanan minimum
  • Pedagang boleh angkut 1000 unit sumber (kepantasan: 12 bidang sejam)
  • Sangat murah dan pasukan terlatih dengan cepat yang membolehkan mereka perampas yang hebat
  • Pertahanan lemah

Jika tuan hamba berminat untuk mencuba permainan ini, hamba galakkan tuan hamba sekalian untuk 
menyertai permainan ini di server terbaru Travian Malaysia speed 3x di 
http://www.travian.com.my/?uc=myx_44211

Thursday, April 23, 2009

Di mana perjuangan bangsa kita?

Apa yang telah terjadi kepada bangsa hamba sebenarnya?? Sebelum ini bangsa kita begitu menguar- uarkan bahawa kita perlu bersatu, kuasai bidang perniagaan dan seumpamanya untuk membela nasib bangsa kita. Tapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Utusasn Malaysia pada hari ini amatlah menyedihkan hati, benak dan perasaan kita sebagai satu bangsa yang dahulunya amat gah di nusantara. Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel dari Utusan Malaysia di Bawah. Ayuh bangsaku, jangan tidur lagi! Takbir!!

ASM kaum Cina habis

JOHOR BAHRU 22 April - Kesemua 999 juta unit unit dana Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada kaum Cina dan mula dijual semalam telah habis dilanggan sepenuhnya.

Bagaimanapun daripada 1.665 bilion unit ditawarkan kepada bumiputera, hanya 7.65 juta sahaja berjaya dijual manakala 53.5 juta daripada 499.5 juta peruntukan kepada kaum India telah dilanggan.

Baki 166.5 juta unit saham diperuntukkan kepada rakyat Malaysia yang lain dengan jumlah keseluruhan 3.33 bilion unit tawaran baru.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam kenyataannya di sini hari ini menyeru semua pelabur yang layak segera mengambil kesempatan melanggan baki unit amanah itu.

"Memandangkan masih terdapat 446 juta unit lagi untuk langganan oleh kaum India, saya menyeru agar mereka merebut peluang membelinya.

"Pelabur bumiputera dan kaum India juga tidak sepatutnya melepaskan peluang melabur dalam ASM," katanya.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penawaran unit tambahan ASM sebanyak 3.33 bilion ketika melancarkan Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 (MSAM) yang dianjurkan di negeri Johor.

Langganan unit amanah itu dihadkan kepada 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun bertujuan memberi peluang kepada ramai rakyat Malaysia melabur.

Sementara itu, Hamad Kama Piah mengingatkan orang ramai yang tidak berkesempatan untuk melabur dalam ASM, supaya merebut peluang berkenaan melalui penawaran 2 bilion unit tambahan ASW 2020 yang akan dibuka langganannya mulai 27 April ini.

Beliau berkata, tawaran unit-unit ASW 2020 itu adalah tertakluk kepada peruntukan 51 peratus kepada bumiputera dan 49 peratus kepada bukan bumiputera.

Katanya, had pelaburan sebanyak 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun juga akan dikenakan sepanjang tempoh tawaran.