Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Monday, November 22, 2010

Mess up??

Am I messing with my very own life?
God, help me.. 
Show me the way..
Show me the path I should take on..
Bless me..

Saturday, November 06, 2010

Jangan guna Bye, A’kum dan Semekom

Sumber: Muhamad Arifin daripada SiFa Zo

Jangan guna Bye”  kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
Jangan guna A’kum”  kerana “A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
Jangan guna “Semekom”   kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.”
Gunakan perkataan “Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”
Tolong forward  kepada umat Islam yang lain, untuk elakkan diri daripada membuat dosa yang tidak disengajakan.

Tulis “Makkah tetapi jangan tulis “Mekah” coz “Mekah” = House of Wine.
Tulis “Masjid tetapi jangan tulis “Mosque” coz “Mosque” = Mosquitos.
Tulis “Allah” jangan tulis “4JJI” coz “4JJI” = For Judas Jesus Isa Al-Masih.
Tulis “Salam” jangan tulis “Ass” coz “Ass” = Donkey / Ass.
Ia semua terpulang pada awak kemudian untuk menggunakan sesuai satu atau bukan, tetapi jika anda mencintai Islam kemudian menggunakan sesuai satu.
Wallahualambissawab.
Sila hantar ini untuk semua Islam.
  

Friday, November 05, 2010

:::[ Hari KEHANCURAN ]:::

Sumber: Islam Itu Agamaku yang dikongsi daripada Amar Sufi

.::Gambaran Hari Qiamat::.

 
Sekadar gambar hiasan

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Tuesday, October 26, 2010

Diari Seorang Pelajar

Petang itu, sesudah tamat sesi merapu oleh si polan, dia segera menendang penendang motorsikal untuk menghidupkan enjinnya. Kelihatan manusia berpusu- pusu membawa tujuan masing- masing. Dia juga mempunyai destinasi tujuannya.  Dengan sabar dia menunggu dearah lautan manusia itu surut agar dapat meneruskan perjalanan yang tergendala.

Tengah hari itu, dia perlu bersegera. Diketepikan nafsunya yang bergelodak untuk menjamah sajian tengah hari. "Aku harus cepat!"

Warkah Rasmi untuk En. Teknikal


Anak Murid yang Hina, Sijil Pun Tiada,
X PISMP XX/XX/XX X,
IPG Kampus Txxxxu Bxxxxn,
14xxx Bxxxt Mxxxxxxm,
Pxxxu Pxxxxg.
                                                                                                                                                     

En. Teknikal,
Unit Teknikal,
IPG Kampus Txxxxu Bxxxxn,
14xxx Bxxxt Mxxxxxxm,
Pxxxu Pxxxxg.                                                                                                   26 Oktober 2010

RAYUAN diSegerakan Kemasukan Elaun

Tuan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.        Saya mewakili rakan- rakan, merayu agar pihak tuan dapat menyegerakan kadar kemasukan elaun kami.

3.        Untuk pengetahuan pihak tuan, kehadiran elaun tersebut ke dalam akaun kami yang dikatakan bukan hak kami walaupun setelah kami menandatangani lima salinan borang perjajian dengan dua orang penjamin berserta saksi serta lima setem hasil bernilai Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja setiap satu yang telah dimatikan di Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Bandar Pusar Perda, Pulau Pinang tersangatlah membantu kami dalam urusan harian kami dalam mengekalkan komitmen kami terhadap

Monday, October 25, 2010

29 Fakta Mengenai Saman Ekor yang Perlu Diketahui

Baru- baru ini, penulis telah menerima satu panggilan dari kampung halaman mengenai satu surat berdaftar. Setelah surat tersebut dikirimkan semula kepada penulis, satu penelitian telah dibuat ke atas surat tersebut. Penulis telah diminta untuk melaporkan diri ke mana- mana pejabat JPJ untuk proses temu siasat. Penulis akan sentuh bab ini dalam entri yang akan datang.

Menurut surat tersebut, penulis diminta hadir

Sunday, October 24, 2010

Dilema Produk Sulung IPG KPM

Assalamu'alaikum,
Bertemu lagi kita di halaman ini. Kali ini, penulis ingin meyatakan beberapa dilema yang telah dan sedang dialami oleh produk sulung Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di keseluruhan 27 (tidak termasuk kampus induk di Nilai, Negeri Sembilan) kampus di seluruh negara terutamanya kampus penulis sendiri. Sebelum anda meneruskan pembacaan, anda dinasihatkan membaca penafian atau disclaimer yang telah disediakan penulis.

Harus diingaatkan juga, tujuan penerbitan entri ini bukan lah bertujuan untuk menempelak atau menyelar mana- mana pihak. Hanya sekadar pendedahan terhadap kelemahan yang telah ditunjukkan. Harapan penulis, perkara sebegini dapat diatasi dengan berkesan dan tidak berulang lagi di masa hadapan. InsyaAllah.

Dilema kami sebagai produk sulung IPG KPM,
  1. Tikus makmal. Sebagai produk sulung, kami merasakan program ini seperti tidak matang. Ia merupakan lumrah kepada mana- mana program baru. Namun, sewajarnya ia diatasi dengan professional agar tidak timbul sebarang isu yang membebankan pelatih seperti yang kami alami. Program ini dilihat tidak dirancang dengan baik/ sempurna/ kemas sebelum dilaksanakan. Seperti dilandaskan pada dratf semata- mata. Kami bagaikan tikus makmal

Saturday, October 23, 2010

1st Hotz~Mama.. Cabutan Amat Bertuah Lucky Draw Contest

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera (sejahtera mcm dalam drama pendekar tv3, Arjuna)..
Baru- baru ni penulis dok godek- godek laman sosial (bukan so sial) muka buku atau digelar juga oleh penulis sebagai pestbox (pest box). Klik sana, klik sini, kuar notification. Klik- klik, keluar satu page. Lucky Draw Contest dari blog sahabat blogger, Socrates Muzani. Maka, lahirlah entri yang pembaca sedang ikuti ni. Berikut adalah copy paste dari blog beliau, sebagai syarat kepada peraduan tersebut;

Tadaaaaaa.... skrg turn mummy laks nk buat lucky draw.. meh meh mari mencoba nasib.. mana tau rezeki ber-blogging kaaaannn...


1 set perfume dari Imtiyaaz Aroma fr Yusof & Zulaikaberserta tas tangan exclusive dari  SyazLurve Couture Collection

Syarat-syarat Penyertaan...
  1. Anda adalah seorang blogger (means kena ada blog sendiri naa)
  2. Menetap di Malaysia, x kisah la kt Semenanjung, Sabah n Sarawak
  3. Pastu, Copy Paste jer entry nie, letak kt entri korg, wajib buat entry secara Sticky POst kt blog masing2..
  4. sorg leh join satu entry ja taaaaauu..
  5. LEpas siap jer entri korg, korg komen jer entry nie, pastu jgn lupa letak link entry tu skali ek..
  6. Akhir skali.. jgn lupa jadik follower mummy..
  7. Tarikh tutup Lucky draw nie 23 Oct 2010 (nie tarikh utk sticky korg ek), nnt lepas tarikh nie, korg leh buang dah date tu
  8. Nanti mummy akan pilih pemenang guna menda INI

Friday, October 22, 2010

Speechless

"Bohong! Puan bohong!" Pekik pemuda itu secara tiba- tiba.
"Ya Allah, buat apa saya nak bohong, Api? Apa yang saya dapat? Wanita itu cuba meredakan keadaan.
"Puan bohong! Saya x percaya pada puan!" Pekik Api lagi.

Lantas, Api terus berlari meninggalkan puan Leter sendirian. Hatinya sayu, remuk redam. Dia tidak dapat menerima keadaan itu berlaku kepada dirinya,

Bersambung.. (xdek idea)
p/s- pembaca dialu- alukan menyumbang idea kepada entri ini, Anda boleh cadangkan perjalanan entri di atas kepada penulis melalui mana- mana media (email, komen, ruangan chat, mahupun mesej di facebook penulis- sila lihat email penulis).

Untitled

"Assalamu'alaikum."
Terketar- ketar tanganku..
Namun ku gagahkan jua..
"Mak.."
Ya Allah.. 
Kau berikanlah kekuatan bagiku..
Hati ini sayu mengenangkan nasib diri..
"Ayah.."
Ku gagahkan jua jemariku
Ya Allah..
Sungguh berat dugaanMu ini..
Tergamak kah aku??
Sob.. Sob..
Sedikit sahaja lagi..
Ya Allah.. 
Berat dada ini untuk menyatakannya..
Tidak sanggup ku luahkan..
Namun..
Ku terpaksa..
"Dwet Along tinggal tujuh posen.."
Akhirnya..
Ku tekan butang hantar..
Lesu tangan ku seketika..
Terasa gelap dunia ini..
Terasa sesak nafas ini..
Maafkan Along..
Maafkan Along..

Sekadar menyatakan pendapat

Tidak terniat di hati penulis untuk mencemuh, fitnah, memandang hina kepada mana- mana pihak melalui entri ini. Hanya sekadar menyatakan pendapat.

Ini berkaitan tindakan seorang makcik aka isteri kepada PM kita. Bukan penulis ini menyokong mana- mana pihak. Penulis tidak berminat dengan dunia politik. Sudah banyak sengketa yang tercipta oleh politik ni. Sekadar ingin menyatakan

Keranamu Elaun

Kerana ketidakhadiran mu elaun, penulis sudah lama

Tidak lakukan,
  1. Menggunting rambut. Kebiasaannya, penulis memotong rambut tiga minggu sekali untuk memastikan rambut sentiasa kemas dan rapi. Oleh kerana elaun sudah lama tidak menjengahkan diri, penulis tidak lagi mengunjungi kedai gunting rambut. Sekali cantas, RM7. Boleh buat bayar makan tengah hari tuh. Siap ader balance lagi.
  2. Melawati kedai motor. Terutamanya untuk mengganti minyak hitam aka minyak silinder. Kompem lepas neh kene maki dengan uncle kedai motor tu lagi. "Sudah berapa lama u tak tukar minyak hitam? Boleh rosak enjin motor taw!!" Alamak~ Kene hamun lagi la jawabnya. Awal sem dulu da kene. Rantai motor pun da kendur neh. Silap hari bulan, haus sprocket motor.

Thursday, October 21, 2010

Hapa?? Pelatih ditahan kerana merompak!! Shhh.. Masalah teknikal je neh..

Baru- baru ini, penulis berkesempatan untuk membaca satu berita. sewaktu membaca berite tersebut, penulis terkejut kerana ia melibatkan pelatih kampus tempat penulis menuntut ilmu. Penulis tidak mahu membuat apa- apa spekulasi mengenai isu ini. Jika pembaca ingin tahu dengan lebih lanjut, sila teliti keratan berita dan ulasan lanjut yang penulis sertakan di bawah. Diharap, selepas membaca keratan berita tersebut, segala persoalan yang terlintas di benak pembaca akan terjawab.

Keratan berita yang sempat penulis sertakan



Sekadar gambar hiasan- Mungkinkah begini situasi yang dimaksudkan di dalam berita tersebut?


Adehh.. Sebenarnya, berita tersebut hanyalah gimmick yang direka oleh penulis. Ya, berita tersebut hanyalah rekaan semata- mata. Namun, jika situasi di mana elaun pelatih masih ditahan seperti ini berlanjutan, adakah mustahil perkara sebegini berlaku? Tidak salah jika kita cuba memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku, bukan? Kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Huhu.. Mari kita fikir- fikirkan, renung- renungkan. Selamat menduduki peperiksaan kepada semua..

Hapa!!?? Die punye 12 inci!!?? Shhhh.. Ini rahsia si dot dot dot..

"Betol wei, aku x bohong. 12 inci, satu kaki panjang die!" Cerita seorang rakan ketika penulis sedang dan rakan- rakan sedang melepak menjamu makan malam di sebuah kedai siam.

"Kau biar senonoh sket Anep, ni bukan main- main. Kalau 12 inci, aku pun nak!!" Tanya seorang rakan yang lain.

"Lor.. Betol la. Tak caye, kau cube tanye Corp. Die pun ader time tuh!"

Burger Daging Biasa Satu, Nescafe Tarik Satu!!

Semasa mengikuti kuliah lagi, kelopak mata penulis seperti medan magnet yang berlainan kutub. Puas dicuba agar ia sentiasa terbuka luas, mengikuti kuliah pada tengah hari tersebut. Namun, tetap ia terkatup walaupun pendengaran penulis masih tajam, tertumpu kepada setiap bait perkataan yang keluar daripada mulut sang pensyarah kanan yang berada di hadapan. Acap kali juga nama penulis meniti di bibir sang pensyarah kanan kerana mata penulis tidak mahu terbuka di dalam kuliah beliau. Maafkan saya encik, saya tidak upaya untuk memastikan kelopak mata ini terus terbuka. Namun begitu, telinga, hati dan minda saya, tetap tertumpu pada kuliah encik.

Usai makan tengah hari, penulis terus gergegas pulang ke rumah sewa setelah meminta diri untuk bergerak awal daripada rakan- rakan. Siap pengurusan diri yang sewajarnya, penulis mengemas tempat pembaringan untuk mengecas semula bateri yang sudahpun low. Belum pun sempat penulis meunjurkan kaki dan berbaring, skrin telefon bertukar cerah. Telefon tersebut bergerak- gerak

To my future wife(s), I just want you to know

Pergh!! Tak boleh blah punye tajok entri. Pape pun, bukanlah niat penulis untuk memiliki lebih daripada seorang isteri seperti yang dapat dilihat pada tajok entri tersebut. Baru- baru ini, penulis ada menyertai satu kumpulan dakwah, Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), di pestbox (Facebook). Alhamdulillah, badan ini sentiasa bergerak aktif. Malah, entri dari kumpulan ini, sentiasa diupdate. Badan ini juga, sentiasa menggunakan kemudahan penghantaran mesej secara pukal kepada ahli untuk memastikan setiap ahli dapat menerima update terbaru. Antara mesej terbaru yang penulis terima, adalah Kehadapan My Future Wife(s), yang telah diubahsuai sedikit tajoknya untuk dijadikan entri blog penulis pada kali ini.

Wednesday, October 20, 2010

Dahulu, Kini, Selamanya

Rabu, 19 Oktober 2010, merupakan satu tarikh keramat kepada pelatih- pelatih di bawah naungan Jabatan Sains, IPG K**. Pelatih- pelatih senior Part 8 telah diraikan oleh adik- adik senior 3PPISMP Sn. Ia merupakan majlis yang diadakan untuk meraikan kami yang bakal meninggalkan kampus tidak berapa lama lagi. Penulis telah diberi kesempatan untuk memberikan ucapan bagi mewakili Part 8. Banyak perkara yanrg hendak dibicarakan sebenarnya. Namun, masa amat mencemburui (setelah diberi signal oleh rakan- rakan supaya segera menamatkan ucapan).

Apa pun jua, penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi penghargaan kepada adik- adik junior. Terharu apabila diraikan sedemikian. Huhu.. Semenjak melaporkan diri di IPG pada 04 Julai 2005, banyak peristiwa pahit manis yang kami telah lalui. Cukup jauh perjalanan yang telah kami lalui untuk sampai ke tahap ini. Tidak terkira rebah kami untuk sampai ke tahap ini.

Sekali lagi, tahniah kepada 3PPISMP Sn kerana telah menjayakan majlis tersebut!!

Hapa die? Shhhh.. Ini rahsia Kedai Pak Abu!!

Bangun pagi, gosok gigi.. Cuci muka, terus mandi..
Macam tu ke? Bukan, bukan mcm tu. Hakikatnya, malam tadi penulis langsung tak dapat lelapkan mata. Sewaktu menjamu makan malam di kedai sebelah bundle pun, fikiran penulis sedang sarat dengan satu persoalan berat. Langsung penulis tidak dapat menyertai isi perbualan yang hangat dibincangkan oleh ahli- ahli politik kedai kopi (rakan- rakan sekelas penulis) kala itu. Mereka ini kalau sudah berkumpul, punggung tu dah macam melekat di atas kerusi, tak tahu nak bangkit walaupun air di dalam cawan sudah kering diteguk oleh kerongkong yang rakus. Lebih mengharukan apabila

Thursday, October 14, 2010

Langsung Tak Faham!!

Baru- baru ni, penulis duduk termanggu sendirian di rumah sewa. Terdetik di hati untuk key in satu key dan terus klik search di google. Ia merupakan satu lirik lagu yang memberi satu memeri yang sangat bermakna kepada penulis. Hahah~ Kenangan semasa di darjah 6. Antara sedar dan tidak, sudah 11 tahun penulis meninggalkan sekolah rendah.

Wednesday, October 13, 2010

IPG Kampus Tuanku Bainun Mengamalkan Pembudayaan Penyelidikan!!

Oleh Ariff Putera Tun Tuah


BUKIT MERTAJAM 13 Okt.- Bermula 12 Oktober 2010, satu Seminar Penyelidikan Pendidikan telah diadakan di IPG Kampus Tuanku Bainun. Seminar tersebut merupakan inisiatif Jabatan Penyelidikan dan Invovasi kampus tersebut dalam usaha membudayakan penyelidikan pendidikan dalam kalangan pelatih PISMP semester 8.

Seminar pada kali ini, hanya melibatkan pelatih- pelatih 8 PISMP seramai 120 orang. Menurut salah seorang pembentang penyelidikan, cik Natiqah Masyhurah kajian yang dibentangkan telah dilaksanakan sepanjang tempoh intership mereka di sekolah- sekolah rendah sekitar Bukit Mertajam.

Seminar yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah kampus, Tuan Haji Daud Md Saman, merupakan kewajipan kepada pelatih- pelatih program tersebut  sebagai salah satu syarat penganugerahan ijazah mereka.

Terkunci

"Weh, Corp, jom teman aku jap," sua Zupa secara tiba- tiba.
"Teman kau g mane pepagi neh? Kejap lagi perasmian seminar da nak mula," jawab penulis yang agak keberatan untuk menemaninya.
"Zarep called, pintu kelas kunci dari dalam," terang Zupa pula.
"Kunci dari dalam? Sapa yang bijak sangat kunci pintu dari dalam? Dah la xdek anak kunci untuk yang tuh!!" Penulis mengemukakan protes.
"Aku la yang kunci lepas amek anak charger laptop petang smalam. Budak junior nak gune kelas neh," balas Zupa.

Tanpa berlengah, kami berdua terus bergegas ke kelas kami di tingkat tiga. Memang sah, pintu telah terkunci dari dalam. Setelah menimbangkan beberapa perkara, kami sepakat untuk menarik pintu tersebut dari luar memandangkan, hanya satu selak dari empat selak di bahagian dalam telah digunakan.Setelah bertungkus- lumus selama hampir 30 minit, pintu itu akhirnya dapat dibuka setelah diganyang seadanya ia. Hehe.. Maafkan kami pintu. Kami bukan pengunci professional yang boleh membuka kunci pintu dengan cekap tanpa meninggalkan apa- apa kesan kritikal. =P

Tuesday, October 12, 2010

Project Based Learning

Dua minggu yang lepas, seperti biasa, penulis telah menghadiri kuliah pada hari yang disebutkan oleh pensyarah penulis sebagai hari kurang motivasi (hari Isnin). Kuliah pada hari tersebut lebih berkisar kepada project based learnig (pembelajaran berasaskan projek). Salah satu kaedah pembelajaran yang berada di bawah pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri (inquiry based learning).

Di akhir pengajaran, pensyarah penulis telah mendapat 1 idea berhubung pembelajaran pada hari tersebut. "Kuliah yang berikutnya, kita akan praktikkan apa yang kita belajar pada hari ini." Maka, hari yang diperkatakan pun sampai. Kumpulan penulis telah ditugaskan untuk menyediakan satu video. Setelah sepakat bersama ahli kumpulan, maka kami telah bersetuju untuk menerbitkan satu video yang bercorak dokumentasi, iaitu video mengenai persiapan projek ahli- ahli kelas kami. Inilah hasilnya;


video
The Making of Project Based Learning

Statistic Overview

Selesai menggodek- godek (edit) powerpoint presentation (.ppt) untuk pembentangan laporan thesis esok pagi, penulis menggodek- godek pula statistik pengunjun blog penulis. Agak menghairankan. Entry baru tidak kerap dilawati oleh pembaca/ pelawat. Penulis mendapati, entry yang paling kerap diilawati oleh pengunjung blog in adalah satu entry lama yang berkaitan dengan pelancongan di dalam negara. Agak membanggakan kerana rakyat Malaysia dan beberapa negara lain seperti US, memilih untuk melancong di dalam negara/ Malaysia. Malaysia is Trully Asia!! All the best, Malaysia!!

Paparan statistik pengunjung

Monday, October 11, 2010

Kebulor terok!!

Pada entry sebelum ini, penulis ada menyebut tentang niat penulis yang terbantut akibat air yang dijerang di dalam heater oleh roommate penulis kering tanpa dapat dikesan!! Malahan, percubaan penulis untuk mencelur dan mejamah megi turut terbantut apabila megi yang dicelur penulis dipenuhi semut secara tiba- tiba!!

Oleh kerana kelaparan yang tidak dapat dibendung, mata penulis cerah sampai ke pagi!! Penulis bernasib baik setelah masa yang terluang diisi oleh permainan farmville dan juga Need for Speed (NFS). Setelah azan Subuh berkumandang, penulis bergegas menguruskan diri, solat dan bersiap- siap. Tepat jam 7.35 pagi,

Apa, makhluk halus??

Penulis ingin higlight tajuk di atas kepada pembaca sekalian. Ia bukanlah seperti mana yang pembaca sekalian sangkakan. Mungkin hanya satu salah faham ataupun silap mata yang berlaku secara tidak sengaja kepada roommate penulis awal pagi tadi.

Ketika itu jam di dekstop komputer riba penulis telah melepasi jam empat pagi. Sedang penulis leka bermain dengan permainan video farmville di laman sosial popular pestbox, tiba- tiba roommate penulis bangkit dari duduknya dan menuju ke dapur. Tidak dapat dipastikan apakah tujuannya pada ketika itu. Kurang lima minit berlalu, beliau kembali semula ke bilik. Dengan muka yang sedikit pucat, beliau memanggil nama penulis,

Perkhemahan KAGUM Unit Beruniform Kebangsaan

Mungkin ramai yang tercengang- cengang bila terbaca tajuk entry ni. Terutamanya junior- junior penulis yang tidak pernah terdedah mengenai istilah tersebut. Apapun, itulah kenyataannya. Dalam banyak- banyak KAGUM, acara ini tersangatlah jarang diadakan. Ia hanya berlangsung empat tahun sekali. Kali terakhir ia dilangsungkan adalah pada tahun 2008, bertempat di Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Perkhemanan ini melibatkan seluruh kampus di bawah IPG dan unit- unit beruniform yang berkenaan. Penyertaan dari setiap unit berniform dari seluruh IPG adalah terhad (masa hadapan, wallahualam). Edisi berikutnya dijadualkan berlangsung pada tahun 2012. Bermakna, peserta yang akan terpilih terdiri daripada pelatih semester dua semasa entry ini diterbitkan.

Secebis kenagan dari Kem Adik Bongsu, Kem KRS IPG

Malam yang haru..

Malam ni cukup haru.. Dalam usaha mengedit .ppt (extension untuk Microsoft Office Powerpoint Presentation), penulis terlupa untuk minum air yang telah ditapaw oleh rakan serumah sebelum tgh malam tadi. Semasa penulis hendak mencetak handout (edaran) .ppt sebentar tadi, baru penulis TERperasan bungkusan air tersebut.

Esok merupakan hari bertemu penyelia yang juga digelar sebagai 'ayahanda' oleh penulis dan beberapa rakan yang berada di bawah seliaan beliau (tanpa pengetahuan beliau). Temu janji sudah dibuat pada jumaat lepas. 'Ayahanda' berhajat untuk bertemu kami berempat secara serentak!! "Isnin depan, ampa pastikan ampa berempat datang jumpak saya. Sebelum datang, infor dulu yang ampa nak mai," begitulah hajat yang telah disuarakan oleh 'ayahanda' minggu lepas.

Harapan penulis dan rakan- rakan, semoga perjumpaan dengan 'ayahanda keesokan pagi dan pembentangan laporan tesis kami pada hari berikutnya akan berjalan dengan baik. InsyaAllah. Doakan kejayaan kami.

Sunday, October 10, 2010

Ketentuan

"Ketentuan Dia kita tak tahu. Apa pun Redha."
Terasa seperti pesanan ini turut sama ditujukan kepada diri.
Diri ini masih jauh perjalanannya.
Tiada siapa yang dapat menduga masa hadapannya.
Ajal dan maut, jodoh pertemuan di tanganNya. 
Segalanya telah ditentukan di Luh Mahfuz. 
Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal.
Apa pun jua qada' dan qadarNya kelak,
Diri ini akan cuba menerimanya dengan redha.
InsyaAllah.
ربنا حبلنا من أزواجنا وزرّيّاتنا قرّة أعين، وجعلنا للمتقين إماما

Final Sem: Tempoh Peralihan yang Menyesakkan

Suatu ketika, sewaktu penulis berada di sem 6, hati penulis sentiasa tertanya- tanya, "Bila la aku nak masok sem lapan macam dorang tuh?" Terbayang suatu keseronokkan apabila berada di sem 8. Al- maklumlah, semester yang terakhir bagi program sarjana muda.

Apabila berada di sem 7, badge penulis dikehendaki menyiapkan kertas cadangan untuk kajian tindakan akademik. Sewaktu itu, terdetik di hati penulis, "Kejap je neh, sem 8 sok, rilek da aku. Yippee!!" Jelas di situ, penulis sentiasa membayangkan kegembiraan apabila berada di sem 8. Rakan- rakan di bangku sekolah sudah ramai yang menamatkan pengajian. Malah, sudah ada yang menyambung pengajian di peringkat sarjana serta ijazah kedoktoran! Sudah ramai yang memiliki kereta sendiri. Tidak kurang juga yang akan berkahwin, sudah berkahwin dan beranak- pinak.

Saturday, October 09, 2010

Itu bukan HAK kamu!! DURHAKA!!

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,
Pembaca yang budiman sekalian. Suka sekali penulis membawa pembaca untuk meneliti dan menelusuri tajuk PERBINCANGAN kita pada kali ini. Apakah yang cuba penulis sampaikan melalui tajuk tersebut? Mari kita ikuti dengan lanjut perbincangan kita. Hangat atau tidak, mari kita hayati bersama. Fikir- fikirkan, renung- renungkan.

Mengimbau kembali peristiwa yang berlaku hampir lima tahun setengah yang lampau. 4 Julai 2005 merupakan tarikh keramat bagi hampir 2000 orang anak muda seluruh negara lepasan SPM, Matrikulasi dan beberapa orang anak muda yang mengambil keputusan keluar dari pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi tempatan (permohonan adalah berdasarkan keputusan SPM). Hari tersebut merupakan tarikh pendaftaran P****P di kampus sebuah institusi pengajian tinggi (Institusi ini mempunyai banyak kampus) seluruh negara yang mana sebermula hari tersebut, secara tidak rasminya mereka bergelar ****  pelatih (rasmi hanya apabila surat perjanjian ditandatangani). Penulis yakin, peristiwa yang sama turut berlaku kepada ambilan- ambilan yang seterusnya. Hanya tarikh yang membezakan peristiwa- peristiwa tersebut.

Sebelah petang hari pendaftaran tersebut, telah diberikan taklimat berhubung surat perjanjian kepada semua pelatih dan juga penjaga yang hadir (ada pelatih yang tidak ditemani oleh penjaga). Antara isu yang telah

Sunday, August 29, 2010

Kosong

Jangan tanya kenapa. Aku xdek jawapan kepada korang persoalan tu.h Ntahla, aku pun x faham kenapa keblakangan ni terasa tersangatlah malas nak update blog neh. Kosong jek tanpa update. Tu belom cerita tentang design or blog templates baru lagi. Fusyoo~ Memang terok gile2 pemalas aku keblakangan neh.

Sebelom tengah malam tadi, seorang bekas anak murid ada menyebut tentang kekecewaan die sebab x sempat nak anta kad raya. Heheh.. Kebetulan, beberapa jam sebelom tuh, aku telah merabakkan kocek seluar aku dengan membeli tiga keping kad raya untuk dihantar taon neh. Sudah pasti pakcik kaunter pejabat pos tersenyom puas lepas neh sebab aku bakal membelanjakan RM1.50 untuk membeli setem untuk urusan penghantaran kad- kad tersebut. Fusyoo~

Lepas neh, mesti ada yang gatal nak tanya,

Saturday, August 07, 2010

Tawaran Baru Professionalisme Perguruan Malaysia Ep. 2

Sebelum ini, saya telah menerbitkan mengenai tawaran baru yang telah ditetapkan untuk professionalisma keguruan di Malaysia melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK- 10). Di sini, saya mengambil peluang untuk menyambung serba sedikit maklumat tersebut. Sebenarnya, di dalam RMK- 10: Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia, telah ditetapkan beberapa perancangan untuk professionalisme keguruan. Bab lima secara keseluruhannya diperuntukkan untuk bidang pendidikan di Malaysia sepanjang tempoh pelaksanaannya. Juga ditetapkan mengenai kriteria- kriteria bakal guru yang diingini oleh negara untuk membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Sila ikuti sambungannya di bawah.

Wednesday, July 28, 2010

Tawaran Baru Professionalisme Perguruan Malaysia

Menjadikan Profession Keguruan Pilihan Utama
Menarik siswazah cemerlang menyertai profession keguruan adalah kritikal. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang keguruan sebagai profession yang berprestij.

Kerajaan akan menjadikan profession keguruan sebagai kerjaya pilihan dengan menekankan empat perkara berikut:

Jujur Kepada Diri Sendiri

Lahir dan batinmu harus sejalan. Jika tidak sejalan engkau akan terus tertekan. Engkau akan kepayahan untuk menutupi kekurangan dirimu. Hiduplah engkau seadanya. Jujurlah engkau kepada dirimu, engkau akan ringan dan bebas melangkah. Engkau tidak akan dihinggapi rasa was- was dan khuatir terhadap kekurangan dirimu. Ketahuilah, engkau tidak akan meraih kehormatan dengan kedustaan. Kehormatan  dapat diraih dengan kejujuran. Serasikanlah penampilan lahirmu dengan penampilan batinmu. (IBN AL- MUBARAK)

Kisah Si Sopak, Si Botak dan Si Buta (Kisah al- Quran)


Pada suatu masa dahulu, terdapat tiga bersaudara daripada keturunan Bani Israel. Mereka hidup dalam kemiskinan dan sentiasa dihina. Salah seorang daripada tiga bersaudar itu digelar Si Sopak.
Dia digelar begitu kerana kulitnya dijangkiti penyakit sopak. Saudaranya yang kedua, botak kepalanya. Maka digelar Si Botak. Yang ketiga digelar Si Buta kerana buta matanya. Pada suatu hari, si sopak berkata, “Alangkah bahagianya aku jika kulitku sehalus sutera dan aku pula menjadi kaya.”
Allah mendengar kata- kata itu dan mengutuskan malaikat pergi ke rumah Si Sopak dalam bentuk manusia. Malaikat itu berrtanya kepada Si Sopak, “Apakah yang engkau inginkan?”
“Kulit yang halus dan sihat daripada penyakit ini. Aku juga inginkan unta agar aku boleh menternaknya nanti,” kata si Sopak.
Malaikat pun menyapu sekujur tubuh Si Sopak. Kulit Si Sopak pun berubah menjadi halus. Selepas itu, malaikat pun menyerahkan seekor unta yang sedang bunting kepada Si Sopak.
Malaikat seterusnya pergi ke rumah Si Botak pula. So Botak sefang menyesali nasib dirinya yang malang. Kepalanya yang botak kelihatan berkilat. “Apakah yang engkau inginkan wahai Botak,” tanya malaikat.
Saya ingin sembuh daripada penyakit botak ini, biarlah rambut yang halus dan lebat tumbuh, aku juga inginkan lembu untuk dipelihara,” kata Si Botak malu- malu.
Malaikat pun mengusap kepala Si Botak. Dengan izin Allah, tumbuhlah rambut yang lebat. Wajahnya menjadi kacak. Malaikat pun menyerahkan seekor lembu betina bunting kepada Si Botak. Si Botak pun memeliharanya sehingga beranak pinak.
Kemudian malaikat pergi pula ke rumah Si Buta. Seperti dua saudaranya yang lain, malaikat bertanya apa yang si buta inginkan, “Aku inginkan mataku yang buta ini disembuhkan oleh Allah. Maka dapatlah aku melihat saudara- saudaraku,” kara Si Buta.
Malaikat pun mengusap mata Si Buta. Si Buta pun membuka mata dan alangkah terperanjatnya dia apabila sudah dapat melihat. Malaikat pun bertannya kekayaan apakah yang Si Buta inginkan, dan apabila Si Buta meminta kambing, malaikat juga menyerahkan seekor kambing yang sihat dan sedang bunting kepadanya.
Beberapa tahun kemudian, terkenallah ketiga- tiga bersaudara itu kerana kekayaan masing- masing. Ternakan mereka memenuhi ladang ternakan masing- masing.
Mereka sekarang sudah digelar Tuan Sopak, Tuan Botak dan Tuan Buta. Kekayaan mereka tersebar di kalangan Bani Israel.
Allah kemudian mengutuskan malaikat untuk turun ke bumi dalam rupa seorang pengemis. Mula- mula sekali, malaikat pergi ke rumah Tuan Sopak.
“Saya ini musafir yang miskin, tuan,” kata malaikat. “Tiada bekal untuk pulang. Demi Allah yang mengurniakan paras yang indah dan harta yang banyak, berilah unta seekor kepada saya untuk meneruskan perjalanan.”
Tuan Sopak jijik melihat musafir di depannya itu. Maka dia pun berkata, “Aku harus menyelesaikan banyak hutang. Aku tidak boleh memberi apa- apa kepada kau.
"Moga Allah mengembalikan keadaan tuan yang asal,” balas malaikat yang menyerupai pengemis itu.
Selepas malaikat beredar, Si Sopak menjadi seperti dahulu. Kulitnya kembali menjadi sopak. Ternakan untanya semakin hari semakin susut kerana mati. Akhirnya, habislah semua harta kekayaannya.
Malaikat pergi menemui Tuan Botak pula untuk meminta sedekah, Tuan Botak memberi alasan yang sama dengan Tuan Sopak. Maka malaikat pun berdoa agar Allah menjadikan Tuan Botak seperti dahulu.
Kepalanya pun menjadi botak kembali. Lembu si botak juga mati seekor demi seekor. Maka si botak pun kembali menjadi miskin.
Malaikat menemui Tuan Buta pula. Lelaki itu sentiasa bersyukur kepada Allah. Apabila malaikat meminta agar diberikan seekor kambing, Tuan Buta pun berkata, “Dulu aku seorang buta. Allah telah menyembuhkan mataku. Oleh itu, kau ambil mana- mana kambing yang engkau sukai untuk dibuat bekalmu.”
Mendengar jawapan itu, malaikat pun berkata, “Jagalah hartamu baik- baik. Sebenarnya Allah hanya ingin mengujimu. Allah telah meredhaimu, sedangkan saudara- saudaramu telah mendapat kemurkaan.”
Si Buta pun menadah tangan lalu mengucapkan syukur.

Sunday, July 25, 2010

Manusia yang berakal

"Dan sesungguhnya Kami isikan dalam neraka Jahanam itu sebahagian dari golongan jin dan manusia. Mereka itu terdiri daripada golongan yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat- ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda- tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ayat dan nasihat Allah. Mereka tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Merekalah orang yang lalai." (Surah al- A'raf: 179)

Monday, June 28, 2010

Pecah!!

Alhamdulillah, setelah bermusafir sejak 7.30 pagi pada hari tersebut, aku akhirnya sampai ke Kem Desa Kelubi, rumah ibu saudaraku yang bongsu. Melayan telatah sepupu- sepupuku yang masih kecil, Nur Farah Izzati, Nur Farah Izani, Mohd Fariszuwanbermain. Turut membantu Nur Fayah Ayu dan Mohd Faris Iskandar menyiapkan tugasan sekolah mereka. Nur Farah Ain pula sedang menyibukkan diri menonton televisyen. Tepat jam sepuluh, aku memohon diri untuk masuk tidur. Keletihan barangkali.
Selesai bersarapan pagi keesokannya, aku duduk termenung di luar rumah ibu saudaraku sambil menikmati suasana pagi. Aku sempat merancang perjalanan balik ke rumah sewa pada hari itu sebelum aku menerima panggilan telefon daripada teman serumah.

“Assalamu’alaikum! Weh, rumah kita kena pecah masok” lapor Fahmie tenang. Seperti redha dengan ketentuan yang telahpun berlaku.
“Wa’alaikumussalam! Bior bebenor kome, ape yang hilang?” soalku cuba mendapatkan maklumat lanjut.
“Barang aku takde yang ilang. Barang orang lain aku x pasti” balas fahmie pula.
“Ok, kejap lagi aku gerak” aku memberikan kata putus.

Sesudah menamatkan perbualan, aku terus masuk ke rumah ibu saudaraku dan bersiap. Sesudah bersiap- siap, ibu saudaraku masuk ke ruang tamu rumah dan terperanjat dengan persiapanku pada pagi itu.

“Hai, kata nak balik petang. Tak jadi balik petang ke?” soal ibu saudaraku kepelikan.
“Tak jadi balik petang bu, rumah along kene pecah masuk. Budak rumah telefon tadi, beritahu rumah kene pecah” jelasku kepada ibu saudaraku yang ku panggil dengan gelaran ibu.
“Astagfirullah.. Ada barang-  barang yang hilang?” soal ibu saudaraku untuk mendapatkan kepastian lanjut.
“Tak pasti pula bu. Nak kene balik, check dulu” beritahuku kepadanya pula.
“Tak sempat ibu nak masak, buat bekal untuk Mu’izz” ibu saudaraku menyatakan kekesalannya.
“Tak mengapalah ibu, buat susah je. Tak ada rezeki la tu” aku cuba memujuk kekesalan tersebut.
“Baiklah. Bawa moto tu berhati- hati. Jangan bawa moto laju- laju. Dah sampai nanti telefon ibu” pesanan yang biasa ku terima dari ibu saudaraku ini diperdengarkan buat sekian kalinya kepadaku.
“Baik bu. Dah sampai nanti along telefon” aku menyatakan kepastian kepada beliau.

Aku mengambil masa kurang dua jam untuk sampai ke rumah sewaku di Mengkuan Titi, Bukit Mertajam. Sampai sahaja di rumah sewaanku, aku terus menjenguk ke dalam rumah tanpa mematikan enjin motorsikalku. Alhamdulillah, tidak ada barang- barang dan dokumen- dokumen penting yang hilang. Di tepi dinding bilikku, terdampar sekeping papan siling yang telah dipecahkan. Aku melihat ke arah lubang yang terbentuk di siling rumah tersebut. Terlihat beberapa keeping genting yang telah dialihkan oleh penceroboh. Sesudah itu baruku sedar yang bahawa lantai bilik itu basah. Sekonyong- konyongnya suatu bau yang kurang enak menusuk ke hidung.

“Sudah lama rumah ni kena pecah nampaknya” bisik hati kecilku.

Berdasarkan keadaan yang ditinggalkan penceroboh dan motor teman- teman serumah yang masih di tempat asalnya sebelum rumah ditinggal, aku yakin itu adalah kerja budak- budak sekolah menengah. Menengah rendah barangkali. Hanya duit syiling salah seorang teman serumahku yang berjumlah RM 500 yang hilang.
Tidak lama kemudian, teman serumah yang menelefonku pulang dari rumah sewaan kawan- kawan yang berhampiran. Setelah berbincang, aku segera memaklumkan kejadian tersebut kepada tuan rumah sewa. Genting rumah yang telah dialihkan oleh penceroboh tersebut harus diletakkan di tempatnya semula. Setelah berbincang sekali lagi dengan teman serumahku tadi, kami bersetuju untuk membersihkan bilik tersebut setelah makan tengah hari. Sementara itu, tuan rumah sewa tersebut berjanji akan hadir pada sebelah petang untuk meninjau kerosakan yang berlaku dan melakukan tindakan yang sewajarnya.
Ternyata hari tersebut sangat memenatkan. Kami redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Semoga ia akan menguat dan mendekatkan kami kepada Maha Pencipta.

Tuesday, June 22, 2010

Jauh~

Dari kejauhan daku melihat
Termenung menjauh tanpa hirauan
Mengenang kekhilafan diri yang maha lemah
Mengenang segala gerak laku dan perlakuan
Adakah aku insan yang berjaya
Hampirkah aku ke arah diriku yang didambakan
Terbayang gambaran di benakku
Fikiranku melayang lagi
Semakin lama semakin jauh
Ia membelah tujuh lautan
Ia merentas padang dan belantara
Tiada penghujungnya
Destinasiku masih jauh
Dan aku masih mencari
Mengembara di alam fana

Sunday, June 20, 2010

Nota apa neh??

Berikut adalah sedikit nota mengenai penulisan kreatif (lebih kepada penulisan novel sebenarnya) yang dapat dikongsi bersama pembaca. Ini adalah antara nota- nota yang sempat diselamatkan sepanjang 18 bulan menuntut ilmu penulisan kreatif dahulu. Nota kewartawanan tidak dapat disiarkan sebab hadir separuh kursus jek. Hehe.. Nota ni dah lama. Sudah hampir empat- lima tahun usianya. Memerlukan masa untuk diterjemahkan semula. Maklumlah, benda dah lama. Awak ni pulak da tua, pelupa. Hahahah~

Nota ini terbahagi kepada beberapa bahagian (sepanjang beberapa hari berkursus di Langkasuka Beach Resort). Mungkin ada bahagian yang kurang jelas atau sudah hilang. Terbitkan mana yang ada jek. Siapa penceramah kursus? Itu rahsia (ada nama penceramah yang dah lupa). Hehe..


Penemuan

1. Genre. Bentuk karya yang ingin disampaikan seperti novel, puisi, cerpen, hikayat, epik dan sebagainya.
2. Teks. Cerita yang cuba dihasilkan sama ada secara lisan mahupun bertulis.
3. Pengarang. Individu yang bertanggungjawab menyampaikan cerita.
4. Khalayak. Pembaca yang akan membaca atau mendengar cerita tersebut.
5. Keindahan. Sesebuah karya itu mesti indah. Mesti seimbang dari segi komposisi. Mempunyai makna dan pengajaran- memberi faedah kepada pembaca. Membijaksanakan. memberi pengalaman baru. kesan seni/ estatik. Ilmu.



Intelektual (Hubungan antara teks)

1. Kitab agama.
2. Sastera klasik.
3. Teks sendiri. Cth: Mengembangkan puisi sendiri menjadi cerpen.
4. Teks orang lain. Ciplak/ plagiat/ epigon (Semua ini tidak digalakkan. Karang sendirik la wei!!)
5. Fakta/ bukan sastera.


Unsur- unsur yang membina sebuah novel/ cerita

1. Mood
2. Watak
3. Plot
4. Latar
5. Tema (idea utama)
6. Persoalan
7. Bahasa
8. Sudut pandangan
9. Nilai
10. Pengajaran
11. Konflik
12. Unsur suspen
13. ilmu


Mengarang

Terdapat beberapa perkara yang menyumbang kepada karangan yang baik. Antaranya;

1. Bakat
2. Usaha. usaha adalah sesuatu yang dilakukan secara berterusan. Ia memerlukan ketelitian terutama dari sudut bahasa.
3.Imaginasi. Imaginasi yang dimaksudkan di sini adalah mengenai sesuatu yang cuba disampaikan.
4.Ilham. Ilham adalah seperti emas yang digambarkan di dalam cerita Ali Baba. Kita mesti mengambil emas tersebut sebelum pintu tertutup atau perompak/ penyamun itu pulang.



Persoalan Pokok (Tema)

Merupakan keteguhan azam walau apa pun halangan dan rintangan, dengan mengharap akhiran yang menggembirakan. Konsep kepengarangan daripada tema merupakan panduan supaya cerita tidak lari atau berubah.


Bagaimana menceritakan watak?

1. Imaginasi (cipta sendiri)
2. Manusia ada jasmani dan rohani.
3. Lapan rasa (tabula rasa) yang biasanya ada dalam diri manusia.
- kasih
- riang
- sedih
- marah
- takut
- bertenaga
- jijik
- hairan
Setiap peristiwa mesti ada watak. Masukkan perasaan kepada watak tersebut.


Gestikulasi

1. Menggambarkan emosi watak tanpa menyatakan emosi watak dengan perkataan yang spesifik.
2. Boleh mendatangkan keindahan dalam karya.

Saturday, June 19, 2010

Hatiku Di Harajuku

Hatiku Di Harajuku merupakan sebuah novel karangan Ramlee Awang Murshid. Ia diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn. Bhd. pada tahun 2006.

Novel ini dihadiahi oleh seseorang. Mak angkatku menghadiahinya bersempena hari jadiku yang ke- 20. (Entah macam mana aku buleh ada mak angkat. Setakat ni ada 2 orang. Tidak bercadang untuk menambah mak angkat lagi.)

Ryu Watanabe merupakan seorang pemuda Marei Jin yang merasai hidupnya tidak dirahmati. Dia lahir di penjara dan dibesarkan di rumah kebajikan. Dia seterusnya menjadi seorang yakuza yang digeruni. Malah, seorang samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat kepada permainan maut ini adalah MAUT!

Sabrina, seorang gadis Melayu, tertarik mendengar kisah cinta yakuza- Ryu Watanabe dan Noriko (Noriko adalah merupakan cucu kepada pewaris sah sebuah kumpulan Yakuza di Jepun.) Ia bagaikan sebuah mitos yang tidak pernah terungkai. Tersimpan menjadi sebuah rahsia yang tidak pernah terbongkar. Terpengaruh dengan kisah itu, Sabrina bersetuju menerima pelawaan Murni untuk melancong ke Tokyo. Di Harajuku, mereka mencari Ryu Watanabe. (xdek keje + carik penyakit neh)

Dan, bagaikan kebetulan, saat inilah Ryu Watanabe muncul. Benih cinta tumbuh subur walaupun ia bukanlah pandangan kali pertama. Noriko menjadi cemburu dan berdendam. Akhirnya cinta tiga segi itu menjadi cinta berdarah. Tou Aii atau pedang cinta bertukar menjadi Kogure atau kepala serigala (kalau x silap. Kene semak semula yek)san menjadi saksi kepada pertumpahan berdarah yang berlaku itu. Cinta tidak selalunya indah, ia kadangkala berkalang noda.

Hatiku di Harajuku adalah debaran mengasyikkan sentuhan Ramlee Awang Murshid. Diwarnai cerita cinta yang menggugah hati. Pertarungan yang mencemaskan, suspens, konflik jenayah serta sebuah kisah keluarga menyayat hati. Sayonara- ungkapan yang tidak akan anda gemari.

Ikuti kisah selanjutnya. Pasti anda tidak akan kecewa dengan jalan ceritanya yang menarik.


Mina hito wa
Edo e yukuramu
Aki no kure
Ukiyo kara
Nanri Arouka
Yamazakura

-Yamamoto Tsunetomo-

Serabot

Aku da ta tahan da neh. Kepala otak ni serabai jek. Tanpa berfikir panjang, aku terus mencapai kunci motorsikal bernombor pendaftaran NBY xxxx.

Sempat adik aku bertanya, "Kau nak poie mano Long?"
"Huh, den nak poie gunting rambut!" balasku tanpa menoleh ke belakang.

Setelah menghidupkan enjin motorsikal, aku terus memecut motorsikal tersebut ke Kedai Gunting Rambut Poji di deretan kedai MARA.

"Kurang ajar bobudak neh, dalam kampung pun nak pocut lolaju. Signal haram kok nak bori!" aku bermonolog sendirian tanpa menyedari kelajuan motorsikal yang ku tunggang pun tidak kurang lajunya.

Sampai di kedai Poji, aku terus memakirkan punggungku di atas kerusi yang telah disediakan oleh pemilik kedai tersebut. Tidak lama selepas aku melabuhkan punggungku, aku disapa oleh Poji, pemilik kedai tersebut.

"Ha jang, lokeh. Giliran kau pulak." sapa Poji tanpa memberi salam. (Patotnya aku yang bagi salam. Ehehe..)

"Achik, sorong nombor satu yo," maklumku kepada Poji.
"Semuo skali?" Tanya poji kurang percaya.
"Aah, semuo skali, sorong nombor satu," balasku yakin.

Setelah diyakinkan, Poji meneruskan tugasnya tanpa banyak bertanya. Mungkin kerana melihat mukaku yang mencuka dari awal, Poji membatalkan niat untuk berbual lebih lanjut.

Setelah cukup lima minit, poji berhenti, "Siap!!" Beritahu Poji dengan lantang.
"Pergh, seperti yang dijangkakan, Pijo memang tangkas memangkas rambut pelanggan!!" bisik hati kecilku.

Aku membayar harga perkhidmatan Tersebut dan terus beredar dengan senang hati. Tertunai sudah dendam kesumatku! Aku memang tak boleh simpan rambut panjang. Pening kepala, rasa tak tenteram. Hahah~ Berambut pendek lebih selesa. =_=

Cuti skolah

Huh, cuti skolah datang lagi. Ader orang yang suka cuti lama- lama. Tapi cuti tu kalau tak berisi memang bosan tahap gaban. Kadang- kadang perlu gak berjalan. Ya, berjalan- jalan tapi bukan asik pergi rumah kenduri orang ataupun jadi orang pangkal rumah kenduri jiran- jiran.

Sebut tentang orang pangkal umah kenduri jiran- jiran, cuti neh melambak- lambak plak jiran- jiran aku buat kenduri. Memula sekali umah jiran sebelah kiri neh. Seminggu pastuh, umah jiran kat belakang tu plak. Akan datang neh, umah jiran sebelah kanan ni plak. Walaweh~ Berlumba- lumba jiran- jiran aku buat kendurik walimah, jamu jiran- jiran yang lain. Ni baru kendurik jiran- jiran, belom jemputan kendurik sedara- mara, kengkawan, kenalan orang tua, kenalan adik- beradik. Pergh!! Dasat!!

Kalau nak dihitung menggunakan jari- jemari, umah aku la yang paling kurang buat kenduri dalam kawasan kejiranan neh. Dasat tol. Perot aku kebelakangan ni plak, asik meragam jek. Pantang makan nasik dengan lauk kenduri, sedikit- sebanyak mesti dia nak meragam. x faham betol aku. Kuang ajaq punya perot, pantang orang bagi makan free, ang buat hai no.

Lusa cuti skolah nak abes da. Tapi cuti aku masih berbaki seminggu. Orang tua aku pesan tolong tebaskan pokok- pokok belakang umah tuh. Aku dah tebas sket hari tuh. Aku bukan boleh tebas- menebas neh. Slagi tak puas hati menebas, memang aku tak berhenti. Dapat parang dengan gergaji tajam pulak kan.. Terbaik!! Hahahah~ Abes la pokok kesayangan orang tua aku kat belakang tuh.. Tunggu~

Naruto ke??

Aku x pedulik ape orang nak kata. Aku nak cerita sket tentang Naruto. Bukan Narutah yang dalam permainan video mengom tuh. Nama penoh Naruto neh Uzumaki Naruto. Bapak die plak nama Uzumaki Minato dan mak die plak name Uzumaki Kushina. Berbeza dengan mak dia yang berambut merah darah, Naruto neh mengikut rambut bapak dia yang berwarna emas. Hehe.. Lebih memeranjatkan lagi apabila Naruto mewarisi tugas untuk menjadi hos kepada musang berekor sembilan aka kyubi daripada emaknya. Hehe.. Tu jek aku nak merepek kali neh. Adios~

Thursday, June 17, 2010

Bencinta

Suatu malam aku pergi bersiar- siar di muka buku, laman perkongsian pendapat yang kadang- kala boleh bertukar menjadi lagha paling popular zaman serba moden sekarang. Tiba- tiba mataku tertancap pada suatu perbincangan yang agak memelikkan kepala hotak yang membacanya. Ikuti perbincangan tersebut di bawah ini,

Uda menghantar pos di atas dinding buku muka si dara.
Uda : i hate y0u...!!!
Dara: i hate u too....!!
Uda: hahahahah, mulut murai
Dara: Uda mental!!! perot muncit...
Uda: badan macm lidi, mulut mcm murai...hahahahaha
Dara: eiii.....bdn mcm badak...mulot mcm longkang!!!
Uda: biaq mult mcm longkang, tpi bkn mulut murai!!!!!!!!!!!
Dara: wek!!!! jeles!!! gila meroyan..
Uda: pi tgk wayang lgi best....layan awk kat sini buuang masa ja!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dara: hahahahahahahaha......p la!!!! da org kesah???? sapa soh lyn org....huh!!
Peah: krisis nmpk
Dara: neh adalah cara perchentaan kami....hahaha
Peah: ade kelas g2

Pembaca sekalian, pernahkah anda mengalami situasi yang serupa? Perchentaan jenis apakah itu? Agak pening kepalaku cuba memahami perchentaan yang dialami oleh pasangan tersebut. Sebagai penutup bicara, haku poskan sekali lirik lagu bencinta nyanyian Faizal Tahir.


Lagu: Bencinta
Artis: Faizal Tahir

Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu... Hati mu...
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu

Sunday, May 16, 2010

Apa yang kamoo buat tu??

Tatkala orang lain sedang sebok study, membuat revision dan review, aku? Apa yang aku buat? Dudok termenung dari pagi sampai tengah malam.. Malah sampai pagi semula.. Apa yang aku menungkan? Sudah hilang akalkah aku kini? Berapa lama lagi aku harus termenung dan terus termenung? Persoalan ini begitu berat bagiku kini. Apakah aku sudah hilang keyakinan untuk menghadapi peperiksaan di tahun terakhirku di sini?

Cukuplah dengan persoalan yang tidak kunjung tamat ini. Aku harus bersedia..

Tuesday, April 13, 2010

Good Morning Sir!! Ujian Prestasi 2: Prolog

Pagi tadi aku ditugaskan menjaga peperiksaan murid darjah satu. Kelihatan kerut di wajah mereka walaupun tidak ketara. Susah barangkali soalan yang mereka jawab. Ku lihat riak wajah mereka satu persatu. Begitu juga dengan air mata dan tangan mereka yang terkial- kial menulis jawapan tanda tidak yakin dengan jawapan yang dicoretkan di muka kertas.. Comel pulak melihat gelagat mereka begitu. Hahahah~

Tangan mereka begitu kecil. Air mata mereka kelihatan innocent. Hatiku berasa tenang tiba- tiba walauupun sebentar tadi aku sangat bertegas dengan mereka. Bukan apa, risau sekiranya keadaan kelas tidak terkawal. Mereka masih kecil, mereka masih tidak faham. Jika tidak bertegas, alamatnya dewan peperiksaan itu akan menjadi hingar bak pasar malam yang dipenuhi kanak- kanak. Setelah guru bertugas yang seterusya sampai, aku terus beredar ke destinasi lain sambil berkira- kira mengenai sesuatu yang perlu ku lakukan segera. "Semoga kamu semua dapat menjawab soalan- soalan tersebut dengan baik," bisikku di dalam hati sambil terus berlalu.

Good Morning Sir!! Part 6

Dari jauh kelihatan kelibat dua orang murid perempuan berjalan menuju staff room. Mereka kelihatannya takut- takut. Di tangan mereka tergenggam kemas beberapa lembar kertas. Kelihatannya mereka menemui beberapa orang guru lelaki sambil tersengih- sengih menganggukkan kepala. Sesekali mereka menggaru tudung mereka dan kembali membetulkan tudung kepala yang senget akibat digaru sambil terus menumpukan perhatian kepada agenda mereka.

Aku buat acuh tidak acuh akan kehadiran mereka. Sibuk dengan kerjaku menanda buku murid. Tiba- tiba, aku terdengar sapaan salam. Aku menjawab perlahan sambil meneruskan kerjaku, masih tidak menyedari kehadiran mereka berhampiran mejaku pada hari itu yang ku kongsi bersama cikgu Kamaruzzaman, guru sesi petang. Guru ini dikatakan bekas warden penjara. Betul atau tidak, wallahualam.

"Cikgu!" Agak keras perkataan itu dilontarkan.
"Cikgu Mu'izzuddin!" Kali ini aku namaku disebut pula. Aku menoleh ke arah suara tersebut.
"Ya, ada apa yang boleh saya bantu?" Aku bertanya kepada mereka dengan cara agak skema. Memang sudah menjadi kebiasaanku untuk bertanya sedemikian sekali- sekala.

Mereka menghulurkan selembar kertas kepadaku. Aku mengambil dan membaca lembaran kertas tersebut. Jelas tertera di situ, "Pertandingan Badminton Sempena Cuti Peristiwa Merentas Desa." Turut disenaraikan adalah nama guru- guru lelaki yang dijemput dan perlu menyatakan persetujuan. Di bawa sekali, jelas tertera cop dan tandatangan penolong kanan. Selanjutnya, aku meneliti beberapa orang guru yang telah menyatakan persetujuan dan turut menurunkan tandatangan mereka selain beberapa bait dialog lucu berunsur cabaran kepada guru lain yang diselitkan berhampiran nama mereka. Ia jelas dapat menggalakkan penglibatan guru- guru terlibat. "Main psychology dorang neh," aku bermonolog sendirian.

"Erm, nama- nama ni siapa yang senaraikan," tanyaku kepada murid- murid tersebut.
"Tataw, tadi PK yang bagi," balas mereka serentak.
"Memang sah ni keje PK," aku bermonolog lagi.
"Macam ni la, saya tataw tempat ni. Kalau cikgu ijat join, saya join." aku memberikan alasan kemalasan.
"Cikgu ijat yang mana cikgu," soal mereka kepadaku bagi mendapatkan kepastian.
"Tu, yang handsome tu. Pergi jumpe die dulu" balasku kepada mereka sambil menunjukkan ke arah kelibat Izad.
"Terima kasih cikgu nuh," balas mereka sambil terus berlalu ke arah Izad, masih takut- takut.

Aku meneruskan kerja- kerjaku yang masih tertangguh. Berkerut- kerut keningku menanda buku murid- muridku. Seketika kemudian, aku terdengar namaku dipanggil lagi.

"Cikgu Mu'izzuddin, cikgu Ijat da bagi persetujuan," kata mereka sambil terus mengunjukkan lembaran kertas sebentar tadi.

Aku mengambil lembaran kertas tadi dan terus mencari nama Izad. Memang sah, Izad sudah menyatakan persetujuannya untuk menyertai pertandingan tersebut.

"Jat, ekau join ko lawan badminton senin nanti?" laungku kepada Izad yang hanya duduk beberapa rantai dariku. (Dekat nak mampos sebenarnya)
"Aah, kurang- kurang eh, terisi gak maso den. Dok umah yo, bosan gak," khabar Izad selamba.
"Ekau tau ko tompek ni? Den tak tau tompek ni ha," khabarku lagi.
"Tau. Alah, nanti kito poie samo. Pagi tu ekau datang umah den." jelas Izad.
"Okeh, settle. Kalau macam tu, sonang kojo den," aku terus menyatakan persetujuanku.

"Terima kasih cikgu!" ucap murid- murid perempuan tersebut dan terus berlalu. Mencari guru- guru yang lain barangkali.

***************************************************************************************************************

Aku begitu tekun menghabiskan makanan tengah hariku ketika itu apabila cikgu Shahril tiba- tiba membuka cerita mengenai pertandingan badminton yang bakal berlangsung.

"Kejap lagi korang g stor sukan ye, kita undi partner." Khabar cikgu Shahril spotan.
"Eh, hang dah bagitaw depa ka?" tanya cikgu Mursyid pula.
"Dak lagi. Baru bagitaw sekerat," balas cikgu Shahril bersungguh.
"Sat, aku call depa," beritahu cikgu Mursyid seraya mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus menghubungi beberapa orang guru lain.

Setelah selesai makan tengah hari dan merapu barang seketika, kami segera beredar ke stor sukan. Kelihatannya beberapa orang guru sudah berkumpul di sana. Setelah sepakat dan kertas undian siap, maka berjalanlah undian pada tengah hari tersebut. Aku akan berpasangan dengan cikgu Razak dalam pertandingan itu kelak. Sementara Izad berpasangan bersama guru pembimbing kami, cikgu Mohd Akhir. Sebelum beredar, sempat juga kami melayan guru- guru ini merapu. (Sekali- sekala merapu ok gak kan.. Huhu..)


***************************************************************************************************************

Pagi itu aku menerima text messaging daripada Izad, meminta aku datang ke rumahnya. Dengan pantas dan cantas, aku bersiap, start motorsikal dan terus menuju ke rumahnya di Taman Guar Perahu. Melalui jalan pintas sepanjang tebing sungai adalah satu peristiwa yang sangat menyeramkan. Kawasan tebing sungai pada waktu pagi adalah sangat sejuk dan berkabus. Motorsikal yang ku tunggang berkemungkinan terjunam ke dalam sungai jika aku culas. Tambahan pula, jalan kecil di tebing sungai itu menjadi laluan jogging di waktu pagi.

Sesampai di tumah Izad, aku terus memakir motorsikal dan memberi salam. Kelihatan kelibat dua orang lagi housemates Izad di sana. " x pergi kuliah ke dorang neh?" bisik hati kecilku.

Setelah berdialog barang seketika, barulah aku tahu duduk perkara yang sebenar. Yang seorang itu mendapat cuti sakit dari encik pembantu perubatan. Manakala yang seorang itu pula, tumpang sakit sekali.

Sementara menunggu Izad bersiap, aku keluar sebentar, mencari sarapan pagi. Teringat pesan mak, "Apo- apo hal, sarapan dulu. Esok kalau sakit, sapo yang susah?" Pesanan emak itu masih tersimpan kemas di kotak pemikiranku. Malah, ia sentiasa terngiang- ngiang tatkala aku berhajat untuk skip sarapan pagi.

Sampai semula di rumah Izad, aku kena bahan dengan budak dua ekor tu. Puncanya, aku tak belikan sarapan untuk mereka sekali. Aku hanya membeli beberapa bungkus nasi lemak dan kuih muih sekadar untuk mengisi perut. (Sebenarnya aku tengah budget duit time tu. Hahahah~ Selepas buat kira- kira, keadaan kewangan aku sememangnya sesak. Mintak maaf kawan- kawan.)

Seterusnya, dengan kalimah bismillah dan doa menaiki kenderaan, aku dan Izad pun bertolak ke dewan badminton Sungai Dua melalui jalan lama. Jalan ini terasa lengang kerana jaran digunakan barangkali.

Sampai di sana, kami dihidangkan lagi dengan sarapan pagi berupa kuih karipap dan juga bihoon goreng. Perut kami yang sudah terisi tidak mampu lagi untuk menerima makanan. Kami mengambil keputusan untuk membaham makanan tersebut sesudah tamat perlawanan akhir tengah hari nanti.

Sejurus kemudian, perlawanan pun berlangsung menggunakan beberapa court yang sememangnya banyak di dalam dewan tersebut. Pengadil pertandingan adalah terdiri dalam kalangan guru- guru yang menjadi peserta juga. Format pertandingan adalah sistem 21. Agak jenuh untuk menghabiskan satu- satu pusingan perlawanan. Apatah lagi apabila kami menggunakan dua set pada satu- satu pusingan perlawanan.

Perlawanan pertama dan kedua menyaksikan aku dan cikgu razak menang mudah terhadap lawan kami. Habis pusingan kedua, aku mempunyai masalah dengan kasut sukan yang aku pakai. Malah, aku juga sudah diselubungi keletihan kerana kurangnya stamina. Untuk pengetahuan semua, aku sudah lama tidak bersukan. Sentiasa ada halangan apabila hendak bersukan pada setiap petang. ( Tak payah cerita banyak. Sebenarnya malas adalah punca utama. Hahahah~)

Perlawanan ketiga menyaksikan aku dan cikgu Razak kecundang. Kami bertemu dengan yang hebat kali ini. Namun kami tetap layak ke separuh akhir. Kali ini kami kalah sekali lagi menjadikan kami hanya layak mara ke pusingan penentuan tempat ketiga dan keempat. Untuk pusingan ini, kami telah bertemu semula dengan lawan pada pusingan ketiga sebentar tadi. Kali ini kami telah memberikan saingan yang agak hebat kepada mereka. Kami hanya kalah tipis. Ini bermakna kami hanya layak merangkul tempat keempat. Aku bersyukur dengan kemenangan yang telah diraih. Sebenarnya, sudah lama juga aku tidak memegang raket badminton walaupun raket itu sentiasa ada di dalam stor. (Hehehe..)


Ini sahaja yang termapu untukku rangkul pada pagi tersebut


Tengah hari itu, kami balik ke ruumah masing- masing dengan baju yang berlemus dengan peluh masing- masing. Terasa kesengalan kerana ttidak membawa tuala dan juga baju spare pada pagi itu.

Beberapa hari berikutnya, aku mendapat tugasan baru lagi. Ini termasuklah lawatan terkejut, tergempar daripada unit praktikum. Nantikan sambungannya dalam Good Morning Sir!! Part 7..

Monday, April 12, 2010

Good Morning Sir!! Sukan Tara Part 2

"Muizz, ang dengan ijat jaga lompat tinggi nuh," sapa cikgu Zailan di hadapanku pagi itu.
"Baik cikgu," balasku ringkas.

Sesudah menghadiri rutin harian utama pada pagi itu, aku dan Izad terus berlelah ke padang sekolah, menyiapkan alatan untuk acara lompat tinggi. Tak banyak yang perlu disiapkan. Hanya tiga buah tilam, dua batang tiang dan palang, borang rekod, serta pita pengukur.

"Mana bebudak ni jat? Aku kebulur da ni," khabarku kepada Izad sambil mengenangkan rutin keduaku itu yang masih belum sempat ku sempurnakan pada pagi itu.
"Ntah, lambek na plak bebudak ni datang," Protes Izad sambil membelek jam ditangannya. Kurang periksa pula jam tersebut berjenama apa.
"Argh, aku x kira, aku nak g sarap gak!" Balasku sambil terus melarikan diri ke kantin. Lapar benar perutku pada ketika itu kerana tidak mengambil nasi pada malam sebelumnya.

***************************************************************************************************************

"Pergh, kenyangnya~" Luahku selepas menghabiskan sarapan di atas pinggang.
"Ekau ni pehal, kebulur na den tgk," sapa Izad kepelikan.
"Den x amek nasik malam tadi ni ha. Lapa den. Tu yang laju tu. Hahahah," tawaku memecah hening di tepi padang pagi itu.

Sekilas pandang, mataku tertancap pada sebuah objek yang sedari tadi telah mengganggu fikiranku. Aku menggosok- gosok mataku berulang kali.


R1 SP, specs motorsikal ni dikatakan sama dengan specs motorsikal yang diguna- pakai oleh Valentino Rossi di atas trek Moto GP


"Pergh, R1 siot. Jauh tol orang tue neh parking moto die," aku bermonolong sendirian sambil melangkahkan kaki ke arah kaki lima belakang blok, bersebehalahan padang. Aku menghampiri motorsikal R1 milik brader sempoi. Terlihat lampu alarm berkelip- kelip beberapa kali.

"Takkan pandang je kot? Cuba la naik sekali, tgk,' sapa beberapa orang cikgu dari kejauhan.
"Errr.. xpe la cikgu. Pape hal nanti, susah plak saya. Ehehe.." Aku tertawa gugup.



Setelah beberapa ketika, aku terus menoleh kiri dan kanan berulang kali. Setelah memastikan line clear,aku terus menyapa Izad dan memintanya merakamkan beberapa keping gambarku di samping motorsikal pujaan ku itu.



"Dapat amek gambar degan moto ni pun jadi ar. Huhu," aku terus bermonolog sambil membelek- belek gambar yang dirakamkan oleh izad sebentar tadi.

"Weh, depa da mai la. Lekaih- lekaih," jeritku kepada Izad. Kami segera menuju ke tempat lompat tinggi.

Setelah memberi taklimat dan perkara yang sewajarnya mereka tahu, acara sukan tara bagi lompat tinggi pun bermula. Sukan tara acara lompat tinggi pagi itu dimulakan dengan pasukan rumah kuning. Sementara tiga lagi pasukan lain, bermula di tiga stesyen lain.


Peserta sedang mengambil tempat


"Bagos, sikit je lg nak lepas. Cuba lagi ye," Saran cikgu Shahril.
"Boleh cuba lagi ka cikgu?" tanya kembali murid darjah enam tersebut.
"Aah, boleh cuba lagi tahun depan di sekolah menengah. Hahahahah~" tawa cikgu Shahril kegelian kerana dapat mengenakan murid tersebut.

Pelbagai telatah dan gelagat sempat dirakamkan sepanjang dua hari berlangsungnya sukan tara tersebut. Tidak kurang juga yang landing atas tanah, flip, berpusing seperti torpedo dan sebagainya.

"Weh, angpa ni slalu p terjun tirok noh?" tanyaku mendapatkan kepastian.
"Ha la cikgu. Kami slalu p tirok kat ******," jawab mereka spontan dan bangga.
"Org tua angpa x marah pa?" tanyaku lagi.
"Depa sporting cikgu," jawab mereka selamba.
"Owh, lagu tu nuh? Bak mai cikgu nak nombor telepon umah," pancingku kepada mereka.
"Jgn la cikgu, kami melawak ja," pantas mereka merayu.


Berbakatkah mereka?


Begitulah gelagat mereka selepas ditanya mengenai skil- skil hebat yang dipamerkan semasa melakukan aksi lompat tinggi tersebut.

Ikuti kisah selanjutnya dalam Good Morning Sir!! Acara Saringan.

Thursday, April 08, 2010

Good Morning Sir!! Sukan Tara Part 1

"Assalamu'alaikum cikgu! Cikgu ada nampak cikgu Shahril dak," aku disapa dengan tiba- tiba oleh seorang murid perempuan. Ditangannya ada lembaran- lembaran kertas. Begitu juga dengan rakan yang menemaninya. "Pekeliling sekolah agaknya," bisikku sendirian.

"Cikgu Shahril? Tadi kalau tak silap saya, dia ada di kafeteria kantin, sarapan. cuba cari dia di sana," balasku sedikit sambil lewa. Kurang berminat dengan pertanyaan murid perempuan tadi. Aku ingin ke makmal sebenarnya pagi itu. Hajatku ingin meninjau radas- radas yang boleh ku gunakan di dalam P&P seterusnya. Aku sudah berkira- kira dari awal untuk meninjau radas- radas tersebut.

Tiba- tiba, aku kembali ke kafetaria, mendahului murid- murid perempuan sebentar tadi. Aku meloloskan kepalaku ke dalam kafetaria. Bola mataku segera mencari kelibat orang yang satu tu. "Cikgu Shahril, ni ada budak nak jumpa. Pasaipa ntah," beritahuku kepada guru senior tersebut. "Terima kasih cikgu," ucap murid- murid perempuan tadi sambil terus pergi mendapatkan guru yang dimaksudkan.



Setelah selesai urusanku di makmal, aku segera naik ke staff room. Terlihat selembar kertas di atas meja yang ku kongsi dengan seorang guru J- QAF. Beliau mengajar sesi petang. Tetapi sering datang awal ke sekolah. Sangat rajin orangnya dan sentiasa tersenyum.

Segera ku ambil lembaran kertas tersebut. Ku tatap dengan penuh tekun lembaran tersebut. Jika ada lembaran seperti ini di atas mejaku, sudah pasti ada tugasan penting yang ditugaskan kepadaku. Jelas tertera di situ, 'LOMPAT TINGGI' dan namaku yang telah diwarnakan. Aku telah tersenarai untuk menjadi pegawai sukan tara sekolah untuk acara lompat tinggi. "Keje mudah je nehh," bisik hatiku.

Aku terkesima seketika. "Esok selepas rehat, aku ada pemantauan bersama (guru pembimbing dan pensyarah pembimbing memantau proses P&P yang dijalankan olehku bersama- sama). Sebelum rehat, aku ada pemantau oleh guru pembimbing untuk subjek major plak. Sukan tara.. Urm.." aku sudah mula berkira- kira.

"Muizz, esok I dapat nak observe you la. Esok I ada exam. You tolong inform pensyarah you tu ye?" sapa guru pembimbing subjek minorku secara tiba- tiba.

Aku berbual- berbual sebentar bersama guru pembimbing ku itu dan terus berlalu seketika kemudian untuk menghubungi pensyarah pembimbing ku pula. Banyak juga perkara yang dibincangkan bersama pensyarahku itu.

Sekonyong- konyong, elok sahaja aku melabuhkan punggungku ke atas kerusi, guru pembimbing subjek major ku pun memanggil namaku. Dia baru sahaja sampai entah dari mana. Kelihatannya dia sangat tergesa- gesa.

"Muizz, kamu bila lg ada free?? Aku baru lepas observed Izad ni. Kalau boleh, aku nak observed kamu pula nanti. Tapi esok pagi sukan tara ye?? Lepas rehat esok kamu ada kelas? Kelas mana ye??" tanyanya bersungguh- sungguh.


Mencuba untuk tersenyum dan menerima keadaan seadanya


Setelah berbincang seketika, aku dikehendaki bersedia untuk dipantau keesokan harinya sselepas waktu rehat. Iaitu selepas sukan tara. Aku menerima seadanya. Baru sahaja berkira- kira nak berehat malam nanti. Malam itu aku terpaksa tidur lewat lagi gara- gara menyiapkan lesson plan yang agak gempak dari biasa. (p/s- sebenarnya biasa- biasa jek. Cuma agak pening kepala sikit sebab topik baru ni susah untuk diajar. Agakcomplicated untuk budak- budak faham. Aku terpaksa skip beberapa tajuk!)


Bahagian seterusnya, bermulalah tugas sebagai pegawai sukan tara acara lompat tinggi. Dan..


Huh, moto aku ke tuh!!??



Nantikan sambungannya..