Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Thursday, April 01, 2010

Good Morning Sir!! Part 2

Adat bertandang ke tempat orang, hendaklah kita mengenali budaya setempat. Begitulah jua kami berempat, guru- guru praktikum di SK Bandar Baru Perda. PK Koko bnyk memberi nasihat, panduan dan dorongan utk semua itu. Katanya, jika berkesempatan, kenali dan dekatilah guru- guru lama. Belajar daripada mereka, pengalaman- pengalaman mereka. Jadikan panduan dan sempadan. Hehe..

Berdasarkan nasihat tersebut, maka kami berempat pun bergeraklah mendekati dan cuba mengenali guru- guru senior. Pada mulanya memang agak pelik kerana mereka seperti menjauhkan diri daripada kami. Setelah cuba berjinak- jinak dengan mereka, maka tersingkaplah satu kenyataan yang pada sememangnya telah kami jangkakan, tp kami tolak mentah- mentah pada awalnya. Always thinks pisitive kan.. Hehe..

Berdasarkan respon dan pendekatan awal, rupa- rupanya ada satu sentimen dan dilema dalam kalangan guru- guru lama ni. Boleh dikatakan mereka tidak berapa senang dengan kehadiran guru- guru KPLI. Bukan semua. Hanya segelintir daripada mereka. Reasonnya, rata- rata guru praktikum agak kerek apabila bertandang ke sekolah dan sering meninggikan hidung selain sukar untuk bergaul. Selain itu, mereka juga dikatakan sering memberikan alasan apabila menerima sesuatu tugasan berbanding dengan guru- guru yang mmg pure produk IPG. Betol atau idak, wallahualam. Hehe..

Minggu pertama hadir ke sekolah, perkara yang sinonim dilakukan adalah sesi suai kenal selain ganti kelas aka releave. Serabot alam sket bile suai kenal neh. Hehe.. Kene psycho lebih. Bak kata orang, salam perkenalan. Di sinilah telah berlakunya satu kesilapan yang sehingga kini menghantui saya. Dilema kata orang. Seperti biasa, encik teknikal akan dipersalahkan dalam permasalahan seperti ini. Maafkan saya encik teknikal. Hehe..



Cerita bermula apabila.. Akan bersambung dalam Good Morning Sir!! Part 3. Nantikan kehadirannya.



Ketahui mengapa murid- murid ni merajok



Ketahui jua mengapa murid- murid ni tercongok ramai- ramai kat situ

Good Morning Sir!! Part 1

Alkisah, maka pada pagi yang bersejarah itu, empat orang guru pelatih dari IPG Kampus Tuanku Bainun telah melaporkan diri di SK Bandar Baru Perda. Mereka kini bergelar guru praktikum.



Hari pertama menjadi guru praktikum, mereka telah didedahkan mengenai suasana kerja di sekolah. Hahah!! (Asas neh!!)

Minggu pertama penoh dengan kecelaruan minda kelas atasan. Pihak pentadbiran pening nak buat jadual untuk kami. 3 kali tukor jaduai yop. Hari Jumaat minggu kedua baru dapat jadual tetap!! Fuh, nasib bek ar kan.. kalau idak, mampos nak menjawab dengan Pensyarah pembimbing. Huhuh..

Minggu- minggu seterusnya juga penoh dengan serabut alam persekolahan rendah. Sem neh kene ngajar English. Walaupun mengajar sains dalam bahasa inggeris, tp x saya tidak pandai mengajar bahasa inggeris. Susah betol nak mengajar bahasa penjajah ni rupanya. x sama dengan mengajar sains.. Terkesima bila muhasabah diri dan perbandingan respon daripada pensyarah pembimbing. Hari ni da masok bulan empat. Tolak hari ni, tinggal 29 hari tidak termasok cuti untuk saya meneruskan praktikum di sini. Hehehe..

Masih banyak cerita yang belom terungkap. Masih banyak rahsia yang belom tersingkap. Nantikan Good Morning Sir!! Part 2. Ni baru sinopsis ma.. Ehehehe..

Saturday, March 20, 2010

Hakikat Seorang Guru Praktikum: Dari Perspektif Saya


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Arakian, tersebutlah kisah sekumpulan guru pelatih di IPG Tuanku Bainun yang diarahkan untuk menjadi praktikum bermula dari 1 Februari 2010 sehingga 30 April 2010. Maka, sebermulanya tarik tersebut, bergelarlah guru- guru pelatih tersebut sebagai guru praktikum di sekolah yang telah ditempatkan.

Apabila telah bergelar guru praktikum, maka sibuklah mereka ini menyiapkan rancangan mengajar dan bahan bantu mengajar saban malam. Pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa mereka hadapi untuk menghabiskan sisa- sisa hari yang masih berbaki sepanjang tempoh itu. Ikuti kisahnya pada isu akan datang. Mengantok terok ni weh.. Hahahah.. Salam alaik.

Saturday, December 19, 2009

Apakah nasib Bumi kita akhirnya?? Part 2.

Kita hanyalah peminjam.. Tetapi tidak ramai yang menghargai nikmat pinjaman yang diberikan.. Malah ramai pula yang lupa diri dan menganggap nikmat pinjaman itu adalah hak milik mutlak mereka sehinggakan mereka turut mengheret orang disekeliling mereka terhadap kemudaratan yang telah mereka lakukan..

Pelepasan karbon yang tinggi melalui pembakaran bahan bakar merupakan penyumbang utama kepada pemanasan dan perubahan iklim global.. Selama ni barat telah mengaburi penglihatan dan minda kita dengan menguar- uarkan penebangan hutan adalah punyumbang utama kepada isu ini. Namun adakah kita sedar bahawasannya penebangan hutan hanya menyubang peratusan yang kecil berbanding pelepasan karbon??

Oleh kerana pelepasan karbon yang rakus, maka barulah diuar- uarkan penebangan hutan merupakan punca pemanasan dan perubahan iklim.. Tumbuhan hijau diharap dapat menutup kesilapan ini.. Namun jumlah tumbuhan hijau di dunia sekarang sememangnya tidak mampu menampung semua itu..

Persoalannya, apakah kita hanya mengharapkan tumbuhan hijau untuk menutup kesilapan ini?? Tidak adakah jalan lain?? Negara- negara maju, anda bertanggungjawab terhadap segala kekusutan ini!! Kurangkan pelepasan bahan berunsurkan karbon ke udara. Jalankan R&D untuk penghasilan produk- produk yang tidak berasaskan karbon dengan lebih meluas. Hentikan perang!! Wujudkan dan rangka sistem yang lebih mesra alam!!

Sememangnya usaha ini akan membabitkan kos yang mahal. Tetapi untuk kesan jangka masa panjang, usaha ini memang berbaloi. Bumi kita ini tiada galang gantinya. Bumi hanya 1. Tidak perlu melakukan eksplorasi angkasa untuk mencari planet serupa bumi sedangkan kita boleh menggunakan dana itu untuk menyelamatkan Bumi kita. Jikalau jumpa pun, adalah mustahil untuk jasad manusia menampung jangkamasa perjalanan yang lama ke sana. Malah kita tidak akan mampu memindahkan semua umat manusia di Bumi ke sana..

Selamatkan Bumi kita.. Kita mampu melakukannya.. =_=

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431 Hijrah..

Saya Ariff Putera Tun Tuah aka ... ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1431 Hijrah kepada seluruh umat Islam dunia amnya dan kepada seluruh umat Islam Malaysia khasnya. Semoga dengan bertambahnya usia kita makan akan bertambah matang kita dalam menghadapi kehidupan yang mendatang.. Mudah- mudahan, insyaAllah.

Apakah nasib Bumi kita akhirnya??

Apabila duduk di rumah sewa berhampiran kampus, segala maklumat mengenai perkembangan global tertutup.. Ketiadaan televisyen secara tidak langsung menyumbang kepada perkara ini.. Jarang sekali dapat menonton berita di telivisyen.. Apabila berada di rumah ibu- bapa di kampung, pelbagai maklumat mengenai perkembangan dunia dapat dihadam..

Sebenarnya saya agak terperanjat apabila menonton rancangan National Geographic di saluran RTM1 beberapa hari yang lepas.. Ia memaparkan mengenai krisis pencairan ais dan peningkatan air lautan dunia yang teramat serius! Perubahan iklim global yang tidak menentu juga amat membimbangkan. Tidak hairan mengapa baru- baru ini pemimpin dunia berkumpul di Denmark bermula 7hb Disember hingga esok, 18 Disember untuk membincangkan mengenai isu ini..

Malah, filem 2012 yang diilhamkan daripada ramalan kaum purba mayan juga mengambarkan pada tahun tersebut, bumi akan menemui kiamatnya.. Ia digambarkan seperti banjir besar dunia kedua seperti yang pernah dialami oleh Nabi Nuh as. dan kaumnya dahulu..

Sekarang saya ingin menarik perhatian anda kepada program dokumentari yang telah saya sebutkan sebelum ini, National Geeographic.. Dalam dokumentari tersebut, dikatakan berjuta- juta tahun dahulu, permukaan Bumi diliputi oleh jumpah karbon yang sangat banyak.. Seperti yang kita tahu, karbon menyebabkan kesan rumah hijau yang mana ia memerangkap haba di permukaan Bumi. Hidupan di dalam laut yang dikenali sebagai alga telah menyedut sumber karbon yang banyak ini sebagai makanan mereka.. Apabila mereka mati, alga akan termendap ke dasar lautan bersama- sama lumpur dan mendapan laut yang lain.. Setelah berjuta- juta tahun, hasil tekanan dan haba yang berterusan daripada kerak bumi, alga ini kemudiannya membentuk oil crude ataupun petroleum mentah..

Terima kasih kepada alga- alga ini. Disebabkan mereka, permukaan bumi menjadi sejuk dan ketulan- ketulan ais mula terbentuk di beberapa kawasan di permukaan Bumi terutamanya di kawasan pergununga tinggi, Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Seterusnya, manusia menyedut minyak mentah ini ke permukaan bumi dan menggunakan minyak mentah ini dalam pelbagai industri terutamanya permotoran dalam kehidupan seharian. Pembakaran bahan api ini seterusnya membebaskan semula karbon ke udara dan menyebabkan Bumi kembali panas seperti berjuta- juta tahun dahulu!


Gmbar sumber daripada http://news.nationalgeographic.com/news/2009/12/photogalleries/091215-environmental-losses-2009/index.html

Kita harus sedar, pemanasan global dan perubahan drastik cuaca dunia bukan sahaja disebabkan oleh penebangan hutan. Penebangan hutan dan beberapa aktiviti lain hanya merupakan peratusan kecil yang menyumbang kepada pemanasan globan dan perubahan drastik iklim global. Sumbangan terbesar sebenarnya disumbangkan oleh penggunaan sumber berasaskan petroleum yang berleluasa. Malah apa sahaja yang boleh membebaskan karbon ke udara mampu menyumbang kepada perkara- perkara tersebut!!

Saya tidak boleh menulis panjang di sini. Ia hanya akan melumpuhkan perhatian dan minat pembaca.. Dokumentari mengenai petroleum tersebut sepatutnya diulang- tayang supaya pembaca akan lebih faham.. Malah, banyak lagi perkara- perkara yang boleh menyumbang kepada isu ini tidak dapat saya sertakan.. Anda semua akan benar- benar terkejut jika anda tahu!! (sepatutnya anda mengambil berat dan tahu)Kerana ribut taufan yang kerap berlaku beberapa tahun kebelakangan ini juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan isu ini!!

Persoalannya, adakah kita benar- benar mengambil berat mengenai Bumi yang kita huni??

Wednesday, December 16, 2009

Sebuah pengumuman..

Selepas beberapa ketika sesudah mencelikkan mata ke dalam dunia yang fana ini pagi td, aku mengaktifkan laptop.. Sesudah itu, ku aktifkan pula celcom broadband milikku.. Selepas beberapa ketika, keluar satu mesej seperti berikut:

Government seeks your feedback to transform M'sia. Visit GTP Open Day on 18/12 @ Sunway Convention Center from 9am-5:30pm, register@transformation.gov.my


Cuma menyampaikan.. Mungkin ada yang berminat untuk ke sana kemudian.. =_=

Tuesday, December 15, 2009

Tidak!! Tidak sama sekali!!

Tidak!!
Mengapa harus dikaitkan diriku ini dengan guru disiplin?? Apakah sinonimnya perwatakanku ini dengan guru disiplin yang secara psikologinya ditakuti oleh para pelajar? Nama guru disiplin secara sinonimnya amat ditakuti dan digeruni oleh pelajar sekolah.. Apabila mendengar sahaja nama guru disiplin, perasaan mereka akan menjadi gentar dengan serta- merta.. Ini tidak boleh jadi..

Diriku ini lebih suka digandingkan dengan perkataan kaunselor.. Ya, guru kaunseling adalah lebih sesuai.. Pelajar tidak perlu takut kepada guru kaunseling.. Nama guru kaunseling tidak segerun nama guru disiplin.. Dengan menjadi guru kaunseling, aku boleh psiko pelajar2 bermasalah!! Hahah~~

Apa jua hakikatnya, suatu hari dengan izinNya, aku tetap akan menjadi seorang guru.. Seharusnya menjadi seorang guru yang dihormati kerana kredibilitiku dan bukan kerana kegerunan mereka terhadapku.. (=_=')V

Monday, December 14, 2009

Segalanya mungkin..

Segalanya mungkin..
Apa yang mungkin tu?? Ntah.. Aku pun kurang pasti.. Mesti pembaca blog aku pun x faham gak.. Hahah~~~ Lantak ar..

Urm.. Yang penting, cuti aku kali ni agak membosankan.. Tataw nak buat apa weh.. Last sekali aku masok Peraduan Jejaka Tough!! Sebab apa aku join?? Sebab kriteria2 yang ditetapkan amat memenuhi tabiat aku sepanjang cuti neh.. Hahah~~

Antara kriteria yang telah ditetapkan oleh penganjur termasuklah:

1. Routine exercise yang maintain.. Iaitu tidoq!!
2. Routine makan yang maintain..
3. Addicted to fesbok.
4. Melekat depan tv.. (kena buat rekod 24 jam tanpa lelap mata sambil mengunyah..)

Para pemenang akan ditentukan apabila balik ke kampus sem depan dengan mempertaruhkan perut siapa paling ke depan!! Cogan kata contest ini adalah, "Boroi is Tough!!"

Monday, August 10, 2009

Berakhirnya Dunia Travian Server Malaysia 1

Para pemain Travian yang dikasihi,

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga zaman ini. Sebaik sahaja Raja Sulaiman diberikan cincin, terukir diatasnya pesanan yang boleh mengambil semua kegembiraan dan kesedihan di dunia ini. Oleh itu, adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyedihkan untuk kami mengumumkan yang dunia Travian ini juga sudah berlalu!



Keputusan: Matahari sudah lama terbenam, tetapi para pekerja kampung Read my profile meneruskan kerja mereka dalam kedinginan malam, tanpa menghiraukan musuh yang tidak terkira yang sedang mara untuk menghancurkan segala usaha yang telah dicurahkan, mengetahui yang mereka sedang berlumba dengan masa dan ancaman terbesar dalam hidup mereka. Akhirnya, segala onak duri berkahir pada 20:47 selepas seorang pekerja meletakkan batu terakhir pada apa yang disifatkan sebagai ciptaan terbaik dan termasyur yang pernah wujud dalam sejarah sejak kejatuhan Puak Natar.

Bersama dengan persekutuan "SS - WW", "kungfu master" merupakan orang pertama yang berjaya menyiapkan Keajaiban Dunia, menggunakan berjuta-juta sumber dan juga melindunginya dengan beratus-ratus ribu askar yang gagah dan berani. Oleh itu, "kungfu master" menerima gelaran "Pemenang Era Ini"!

"Hazell" merupakan pemerintah empayar peribadi yang terbesar, diikuti oleh "Mavik" dan "Ainc".
"botol" ialah penyerang paling gagah dan terkuat pada zaman ini, komander yang paling menakutkan.
"kungfu master" ialah pembela yang cemerlang, membunuh musuh-musuhnya di pagarnya, melumurkan kawasan sekeliling kampungnya dengan darah mereka.

Kami berharap anda menikmati masa gembira seperti mana kami menikmati masa melayani pemain pemain dan syabas kami ucapkan kepada pemain pemain yang bertahan sehingga akhir.

Tulus Ikhlas,
Pasukan Travian Anda

Salam perkhabaran..

Salam perkhabaran dari hamba yang berada di perantauan (Dalam Malaysia jek.. Tapi sebab bukan dalam negeri tanah tumpah darah, di sini hamba sebutkan sebagai perantauan).

Adapun dengan ini, telah lama benar hamba tidak menulis di sini. Di sini kerana adanya kesempatan, maka hamba mengambil peluang yang terhidang untuk mencoretkan tinta hamba di laman ini buat sekian kalinya.

Arakian, hamba kini berada di SKPP, sebuah tempat untuk mengajar orang belajar. Pendek kata, tempat seorang pendidik mencurahkan ilmunya untuk mendidik anak bangsa. Hanya praktikal selama sahaja buat dua bulan sahaja bulan buat kali ini.

Berada di daerah ini, sungguh banyak cabarannya. Baru kini hamba sedar betapa perit dan payahnya menjadi seorang pendidik.

Adapun ditakdirkan, terjadilah suatu kejadian. Negeri Malaysia telah diserang wabak Influenza A aka swine flu aka H1N1!!



Telah banyak institusi pendidikan ditutup kerananya. Setakat hari ini, sebanyak 26 korban telah dicatatkan. Berbalik kepada cerita hamba tadi. Hamba di sini juga tidak terlepas daripada tempias wabak ini. Orang- orang di sini telah digesa untuk memakai topeng untuk membendung wabak tersebut. Bak kata pujangga, mencegah adalah lebih molek daripada membendung! Wallahualam.