Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Monday, April 05, 2010

Good Morning Sir!! Part 4

Awal praktikum sememangnya amat blur. Senang cakap, kejutan budaya. (cewah~ Hahah!) Namun, ia berlalu dengan cepat. Akhirnya aku dapat membiasakan diri walaupun tidak sepenuhnya. Satu peristiwa yang masih menjadi terngiang- ngiang di kotak fikiran adalah apabila kami ingin melaporkan diri kepada bos besar. Bos kechik2 awal lagi kami da lapor diri. Hehe..

Pagi itu, selepas perhimpunan rutin, kami berempat sepakat untuk berjumpa dengan bos besar. Agak gerun juga kerana rakan kuliah yang pernah menjalani praktikum di sana menggambarkan beliau sebagai seorang yang tegas. Orang Melaka kata mereka.

Guru Praktikum: Assalamu'alaikum cikgu. Kami guru prak..
Bos Besar : Not now! Not now!

Todia, belom sempat habis pun ayat tu lagi da kene sembur. Hahah.. Kami pun berlalu pergi dan meneruskan tugas- tugas lain seperti biasa. Tamaw amek pusing tentang perkara tersebut. Huhu..

Menjadi kebiasaan juga kepada aku dan dak jat, lepas perhimpunan rutin mesti kejar sarapan dulu. Makan itu penting. Nanti tak leh concentrate nak ngajar, perot asik bunyik (alasan).

Adat dudok tempat orang kan, kenal- kenal dengan tempat orang dulu. Pagi tu kami menjengah stor sokan. Pelik sebenarnya, time routine assembly ramai cikgu lelaki. Naek bilik guru, tak ramai plak spesis aku neh. MMelangkah jek ke dalam stor sokan, todia, dekat 5- 6 orang gak dok melepak situ. Padan pun. Huhu.. Kami berkenalan dengan bos besar stor sukan dan konco- konconya serta sorang brader yang sempoi. Sapa dia brader neh?

Brader Sempoi : Neh, lepaih ni ang antaq depa naek bilik aku noh. Aku nak suruh depa isi borang sket.
Bos Stor Sokan: Okeh, tak dak hai (hal). Sat lagi aku antaq depa pi sana.

"Uiks, skolah ni ader kongsi gelap ke ape? Sape brader tadi ek?" bisik hati kecilku.


Dalam perjalanan ke morning routine number two, sarapan pagi. Hahah~

Kami menyusul ke bilik brader tadi pada keesokan harinya. Bukan ape, lepas brader tu blah, aku plak blah meninggalkan dak jat sorang kat stor tuh. Aku ader kelas. Lame gak ar kami tunggu brader tuh. Die neh kuat menyembang. 3 jam straight pun xpe. Brader tadi sebenarnye PK Koko. Hahah.. Tak nampak macam PK plak. Sempoi sangat brader neh.

Masok bilik dia, terus brader neh tarbiyah x hengat waktu. 3 jam dok kena tarbiyah kat dalam bilik dia. Dari urusan rasmi sampaila ke cerita moto R1 SP dia. Kaye brader neh. Second hand R1 SP dia bayar 120K cash! Dasat gak ah. Mesti bisness luar neh. Lepas tuh, sah sangkaan aku bile die cerite sket- sket ttg bisnes die. Tp die x mentioned plak bisnes ape.

PK Koko: Ni, x lama lagi skolah ada buat merentas desa. Angpa join noh. Sat lagi abg Mi suroh s/u sukan bagi ajk kat angpa.
Kami : Baik bang Mi.
PK Koko: Lagi satu, abg Mi rancang nak suroh angpa buat warm- up dengan senamrobik sebelom acara tu nanti. Angpa buat la apa yang kreatif sket. Bagi budak- budak suka.
Kami : Insy Allah abg Mi.
PK Koko: Minggu depan, raptai. Buleh la angpa buat senamrobik sket- sket noh.
Kami : Hehe.. Buleh- buleh.

Dalam hati aku da tak sedap hati dah. "mampos aku kene wat senamrobik. Aku mane taw wat senamrobik. Badan keras macam besi!"

Keluar jek dari bilik PK Koko, aku tanye kat dak jat, "Weh jat, kau taw ke nak buat ape time senamrobik tu nanti?"

Dak Jat: Ontah, den mano tau. Alaa, kito bantai yo apo yang patot.
Aku : Bia bona kau ni jat. Koreh tongah stage tu nanti.
Dak Jat: Ontah. Den buek dulu pun, main bantai yo.
Aku : Balik ni kono bukak youtube neh. Mampuih koreh den ateh stage tu nanti.
Dak Jat: boto gak tuh. Tak po, kito carik samo- samo.

Bersambung dalam Good Morning Sir!! Part 5..

Saturday, April 03, 2010

Good Morning Sir!! Part 3

Hurm.. Minggu pertama memang galak ganti kelas. Makluman awal, aku bakal mengajar sains dan bahasa penjajah ingeris tahun 5. Di pagi yang hening sesudah perhimpunan pagi rutin di dewan perhimpunan, aku terlihat kelibat dua orang murid perempuan yang memandangku seperti muka wanted. Kemudiannya, aku disapa oleh salah seorang murid perempuan yang kelihatannya takot- takot. Macam malu- malu kuceng pun ader. Haish! Apa mahunya budak neh?

Murid: Assalamu'alaikum cikgu.
Aku: Wa'alaikumussalam. Ya, boleh saya bantu?
Murid: Cikgu ni, cikgu Mu'izzuddin ka?

Aku melihat bahagian atas poket bajuku. "Aku x pakai tanda nama ke pagi ni?" bisik hati kecilku.

Aku: Ya, saya.
Murid: Tahniah, cikgu dapat satu cabutan bertuah pagi ni! Hehehe..

"Cabutan bertuah?? Bior bebenor yeop, bila mase aku participate?" bisikku lagi.

Aku: Cabutan bertuah?
Murid: Ya, kelas ganti!

Aku terkesima. "Padan la pun. kelas ganti rupanya. Hehehe.." Aku menyeringai di dalam hati sambil mengambil cebisan kertas yang dihulurkan oleh murid perempuan tadi.

Terasa sungguh malas untuk masok mengganti kelas pada pagi itu. "Aku x sarapan lagi neh!" Protesku di dalam hati. Aku pun melangkah mencari bilik darjah yang tertera pada cebisan kertas tersebut. Darjah 4B. "Hurm, aku nak ngaja ape kat kelas ni jap lagi?" fikiranku melayang sebentar. Aku bercadang untuk masok santai dan berbual- bual tentang persekitaran mereka pada pagi itu. Aku mematikan langkah dan merenung papan tanda darjah di sudut penjuru pintu. "Hah, sampai dah," bisikku kegembiraan.

Aku melangkah masok ke bilik darjah yang bagaikan pasar pagi itu dengan muke cengey bak kata seniorku. Pada awal kemasukan ke sesuatu darjah, kami bakal guru sememangnya digalakkan masok dengan muka yang serius dan garang. Tujuannya agar murid- murid tidak pijak kepala dan buat perangai.

"Ketua darjah," soalku dengan suara yang agak macho. (Hahahah..)

Ketua darjah: Saya cikgu.
Aku: Silakan.
Ketua darjah: Silakan? Silakan apa cikgu?
Aku: Apa yang patot kamu buat apabila seorang guru masok ke dalam kelas?
Ketua darjah: Beri salam dan hormat cikgu.
Aku: Bagos, silakan.
Ketua darjah: Semua bangon~ Assalam'ualaikum cikgu!
Darjah: Assalamu'alaikum cikgu!
Aku: Wa'alaikumussalam wbt. Baca doa penerang hati dan mudah hafal.
Darjah: Membaca doa.
Aku: Amin. Silakan dudok.
Darjah: Terima kaseh cikgu!


Ketua Darjah 4 Bestari


Aku pun memulakan rencana yang sudah tersemat di kotak fikiranku sebentar tadi. Berbual- bual mengenai kehidupan seharian dan persekitaran mereka serta membuat lawak. Sesi suai kenal la katakan. Aku terpandang senarai nama murid di dinding darjah. Tergerak di hatiku untuk memanggil nama mereka satu- persatu. Sehinggalah sampai pada satu nama, hatiku gatal untuk melawak.

Aku: Muhammad Asyraf Basaruddin!
Murid: Saya cikgu.
Aku: Betol kamu Muhammad Asyraf Basaruddin?? Bukan Asyraf Sinclair??
Murid: Bu.. Bukan cikgu.
Darjah: Tergelak terbahak2..

Perkara yang sama berulang pada nama- nama yang agak sinonim dengan dunia hiburan dan tokoh- tokoh terkenal.

Hendak dijadikan cerita, minggu berikutnya, PK1 memaklumkan jadual akan berubah. Aku tidak mengambil pusing sangat. Apabila mendapat jadual baru, tertera di situ darjah empat. Aku membelek jadual yang baru ku terima dengan lebih jelas. "Ya Allah, 4B! Rosak aku!" jeritku di dalam hati. kelas ni aku da melawak. Comfirm dah dorang buat perangai lepas neh.


Nantikan kisah selanjutnya di dalam Good Morning Sir!! Part 4.

Thursday, April 01, 2010

Good Morning Sir!! Part 2

Adat bertandang ke tempat orang, hendaklah kita mengenali budaya setempat. Begitulah jua kami berempat, guru- guru praktikum di SK Bandar Baru Perda. PK Koko bnyk memberi nasihat, panduan dan dorongan utk semua itu. Katanya, jika berkesempatan, kenali dan dekatilah guru- guru lama. Belajar daripada mereka, pengalaman- pengalaman mereka. Jadikan panduan dan sempadan. Hehe..

Berdasarkan nasihat tersebut, maka kami berempat pun bergeraklah mendekati dan cuba mengenali guru- guru senior. Pada mulanya memang agak pelik kerana mereka seperti menjauhkan diri daripada kami. Setelah cuba berjinak- jinak dengan mereka, maka tersingkaplah satu kenyataan yang pada sememangnya telah kami jangkakan, tp kami tolak mentah- mentah pada awalnya. Always thinks pisitive kan.. Hehe..

Berdasarkan respon dan pendekatan awal, rupa- rupanya ada satu sentimen dan dilema dalam kalangan guru- guru lama ni. Boleh dikatakan mereka tidak berapa senang dengan kehadiran guru- guru KPLI. Bukan semua. Hanya segelintir daripada mereka. Reasonnya, rata- rata guru praktikum agak kerek apabila bertandang ke sekolah dan sering meninggikan hidung selain sukar untuk bergaul. Selain itu, mereka juga dikatakan sering memberikan alasan apabila menerima sesuatu tugasan berbanding dengan guru- guru yang mmg pure produk IPG. Betol atau idak, wallahualam. Hehe..

Minggu pertama hadir ke sekolah, perkara yang sinonim dilakukan adalah sesi suai kenal selain ganti kelas aka releave. Serabot alam sket bile suai kenal neh. Hehe.. Kene psycho lebih. Bak kata orang, salam perkenalan. Di sinilah telah berlakunya satu kesilapan yang sehingga kini menghantui saya. Dilema kata orang. Seperti biasa, encik teknikal akan dipersalahkan dalam permasalahan seperti ini. Maafkan saya encik teknikal. Hehe..



Cerita bermula apabila.. Akan bersambung dalam Good Morning Sir!! Part 3. Nantikan kehadirannya.



Ketahui mengapa murid- murid ni merajok



Ketahui jua mengapa murid- murid ni tercongok ramai- ramai kat situ

Good Morning Sir!! Part 1

Alkisah, maka pada pagi yang bersejarah itu, empat orang guru pelatih dari IPG Kampus Tuanku Bainun telah melaporkan diri di SK Bandar Baru Perda. Mereka kini bergelar guru praktikum.



Hari pertama menjadi guru praktikum, mereka telah didedahkan mengenai suasana kerja di sekolah. Hahah!! (Asas neh!!)

Minggu pertama penoh dengan kecelaruan minda kelas atasan. Pihak pentadbiran pening nak buat jadual untuk kami. 3 kali tukor jaduai yop. Hari Jumaat minggu kedua baru dapat jadual tetap!! Fuh, nasib bek ar kan.. kalau idak, mampos nak menjawab dengan Pensyarah pembimbing. Huhuh..

Minggu- minggu seterusnya juga penoh dengan serabut alam persekolahan rendah. Sem neh kene ngajar English. Walaupun mengajar sains dalam bahasa inggeris, tp x saya tidak pandai mengajar bahasa inggeris. Susah betol nak mengajar bahasa penjajah ni rupanya. x sama dengan mengajar sains.. Terkesima bila muhasabah diri dan perbandingan respon daripada pensyarah pembimbing. Hari ni da masok bulan empat. Tolak hari ni, tinggal 29 hari tidak termasok cuti untuk saya meneruskan praktikum di sini. Hehehe..

Masih banyak cerita yang belom terungkap. Masih banyak rahsia yang belom tersingkap. Nantikan Good Morning Sir!! Part 2. Ni baru sinopsis ma.. Ehehehe..

Saturday, March 20, 2010

Hakikat Seorang Guru Praktikum: Dari Perspektif Saya


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Arakian, tersebutlah kisah sekumpulan guru pelatih di IPG Tuanku Bainun yang diarahkan untuk menjadi praktikum bermula dari 1 Februari 2010 sehingga 30 April 2010. Maka, sebermulanya tarik tersebut, bergelarlah guru- guru pelatih tersebut sebagai guru praktikum di sekolah yang telah ditempatkan.

Apabila telah bergelar guru praktikum, maka sibuklah mereka ini menyiapkan rancangan mengajar dan bahan bantu mengajar saban malam. Pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa mereka hadapi untuk menghabiskan sisa- sisa hari yang masih berbaki sepanjang tempoh itu. Ikuti kisahnya pada isu akan datang. Mengantok terok ni weh.. Hahahah.. Salam alaik.

Saturday, December 19, 2009

Apakah nasib Bumi kita akhirnya?? Part 2.

Kita hanyalah peminjam.. Tetapi tidak ramai yang menghargai nikmat pinjaman yang diberikan.. Malah ramai pula yang lupa diri dan menganggap nikmat pinjaman itu adalah hak milik mutlak mereka sehinggakan mereka turut mengheret orang disekeliling mereka terhadap kemudaratan yang telah mereka lakukan..

Pelepasan karbon yang tinggi melalui pembakaran bahan bakar merupakan penyumbang utama kepada pemanasan dan perubahan iklim global.. Selama ni barat telah mengaburi penglihatan dan minda kita dengan menguar- uarkan penebangan hutan adalah punyumbang utama kepada isu ini. Namun adakah kita sedar bahawasannya penebangan hutan hanya menyubang peratusan yang kecil berbanding pelepasan karbon??

Oleh kerana pelepasan karbon yang rakus, maka barulah diuar- uarkan penebangan hutan merupakan punca pemanasan dan perubahan iklim.. Tumbuhan hijau diharap dapat menutup kesilapan ini.. Namun jumlah tumbuhan hijau di dunia sekarang sememangnya tidak mampu menampung semua itu..

Persoalannya, apakah kita hanya mengharapkan tumbuhan hijau untuk menutup kesilapan ini?? Tidak adakah jalan lain?? Negara- negara maju, anda bertanggungjawab terhadap segala kekusutan ini!! Kurangkan pelepasan bahan berunsurkan karbon ke udara. Jalankan R&D untuk penghasilan produk- produk yang tidak berasaskan karbon dengan lebih meluas. Hentikan perang!! Wujudkan dan rangka sistem yang lebih mesra alam!!

Sememangnya usaha ini akan membabitkan kos yang mahal. Tetapi untuk kesan jangka masa panjang, usaha ini memang berbaloi. Bumi kita ini tiada galang gantinya. Bumi hanya 1. Tidak perlu melakukan eksplorasi angkasa untuk mencari planet serupa bumi sedangkan kita boleh menggunakan dana itu untuk menyelamatkan Bumi kita. Jikalau jumpa pun, adalah mustahil untuk jasad manusia menampung jangkamasa perjalanan yang lama ke sana. Malah kita tidak akan mampu memindahkan semua umat manusia di Bumi ke sana..

Selamatkan Bumi kita.. Kita mampu melakukannya.. =_=

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431 Hijrah..

Saya Ariff Putera Tun Tuah aka ... ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1431 Hijrah kepada seluruh umat Islam dunia amnya dan kepada seluruh umat Islam Malaysia khasnya. Semoga dengan bertambahnya usia kita makan akan bertambah matang kita dalam menghadapi kehidupan yang mendatang.. Mudah- mudahan, insyaAllah.

Apakah nasib Bumi kita akhirnya??

Apabila duduk di rumah sewa berhampiran kampus, segala maklumat mengenai perkembangan global tertutup.. Ketiadaan televisyen secara tidak langsung menyumbang kepada perkara ini.. Jarang sekali dapat menonton berita di telivisyen.. Apabila berada di rumah ibu- bapa di kampung, pelbagai maklumat mengenai perkembangan dunia dapat dihadam..

Sebenarnya saya agak terperanjat apabila menonton rancangan National Geographic di saluran RTM1 beberapa hari yang lepas.. Ia memaparkan mengenai krisis pencairan ais dan peningkatan air lautan dunia yang teramat serius! Perubahan iklim global yang tidak menentu juga amat membimbangkan. Tidak hairan mengapa baru- baru ini pemimpin dunia berkumpul di Denmark bermula 7hb Disember hingga esok, 18 Disember untuk membincangkan mengenai isu ini..

Malah, filem 2012 yang diilhamkan daripada ramalan kaum purba mayan juga mengambarkan pada tahun tersebut, bumi akan menemui kiamatnya.. Ia digambarkan seperti banjir besar dunia kedua seperti yang pernah dialami oleh Nabi Nuh as. dan kaumnya dahulu..

Sekarang saya ingin menarik perhatian anda kepada program dokumentari yang telah saya sebutkan sebelum ini, National Geeographic.. Dalam dokumentari tersebut, dikatakan berjuta- juta tahun dahulu, permukaan Bumi diliputi oleh jumpah karbon yang sangat banyak.. Seperti yang kita tahu, karbon menyebabkan kesan rumah hijau yang mana ia memerangkap haba di permukaan Bumi. Hidupan di dalam laut yang dikenali sebagai alga telah menyedut sumber karbon yang banyak ini sebagai makanan mereka.. Apabila mereka mati, alga akan termendap ke dasar lautan bersama- sama lumpur dan mendapan laut yang lain.. Setelah berjuta- juta tahun, hasil tekanan dan haba yang berterusan daripada kerak bumi, alga ini kemudiannya membentuk oil crude ataupun petroleum mentah..

Terima kasih kepada alga- alga ini. Disebabkan mereka, permukaan bumi menjadi sejuk dan ketulan- ketulan ais mula terbentuk di beberapa kawasan di permukaan Bumi terutamanya di kawasan pergununga tinggi, Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Seterusnya, manusia menyedut minyak mentah ini ke permukaan bumi dan menggunakan minyak mentah ini dalam pelbagai industri terutamanya permotoran dalam kehidupan seharian. Pembakaran bahan api ini seterusnya membebaskan semula karbon ke udara dan menyebabkan Bumi kembali panas seperti berjuta- juta tahun dahulu!


Gmbar sumber daripada http://news.nationalgeographic.com/news/2009/12/photogalleries/091215-environmental-losses-2009/index.html

Kita harus sedar, pemanasan global dan perubahan drastik cuaca dunia bukan sahaja disebabkan oleh penebangan hutan. Penebangan hutan dan beberapa aktiviti lain hanya merupakan peratusan kecil yang menyumbang kepada pemanasan globan dan perubahan drastik iklim global. Sumbangan terbesar sebenarnya disumbangkan oleh penggunaan sumber berasaskan petroleum yang berleluasa. Malah apa sahaja yang boleh membebaskan karbon ke udara mampu menyumbang kepada perkara- perkara tersebut!!

Saya tidak boleh menulis panjang di sini. Ia hanya akan melumpuhkan perhatian dan minat pembaca.. Dokumentari mengenai petroleum tersebut sepatutnya diulang- tayang supaya pembaca akan lebih faham.. Malah, banyak lagi perkara- perkara yang boleh menyumbang kepada isu ini tidak dapat saya sertakan.. Anda semua akan benar- benar terkejut jika anda tahu!! (sepatutnya anda mengambil berat dan tahu)Kerana ribut taufan yang kerap berlaku beberapa tahun kebelakangan ini juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan isu ini!!

Persoalannya, adakah kita benar- benar mengambil berat mengenai Bumi yang kita huni??

Wednesday, December 16, 2009

Sebuah pengumuman..

Selepas beberapa ketika sesudah mencelikkan mata ke dalam dunia yang fana ini pagi td, aku mengaktifkan laptop.. Sesudah itu, ku aktifkan pula celcom broadband milikku.. Selepas beberapa ketika, keluar satu mesej seperti berikut:

Government seeks your feedback to transform M'sia. Visit GTP Open Day on 18/12 @ Sunway Convention Center from 9am-5:30pm, register@transformation.gov.my


Cuma menyampaikan.. Mungkin ada yang berminat untuk ke sana kemudian.. =_=

Tuesday, December 15, 2009

Tidak!! Tidak sama sekali!!

Tidak!!
Mengapa harus dikaitkan diriku ini dengan guru disiplin?? Apakah sinonimnya perwatakanku ini dengan guru disiplin yang secara psikologinya ditakuti oleh para pelajar? Nama guru disiplin secara sinonimnya amat ditakuti dan digeruni oleh pelajar sekolah.. Apabila mendengar sahaja nama guru disiplin, perasaan mereka akan menjadi gentar dengan serta- merta.. Ini tidak boleh jadi..

Diriku ini lebih suka digandingkan dengan perkataan kaunselor.. Ya, guru kaunseling adalah lebih sesuai.. Pelajar tidak perlu takut kepada guru kaunseling.. Nama guru kaunseling tidak segerun nama guru disiplin.. Dengan menjadi guru kaunseling, aku boleh psiko pelajar2 bermasalah!! Hahah~~

Apa jua hakikatnya, suatu hari dengan izinNya, aku tetap akan menjadi seorang guru.. Seharusnya menjadi seorang guru yang dihormati kerana kredibilitiku dan bukan kerana kegerunan mereka terhadapku.. (=_=')V

Monday, December 14, 2009

Segalanya mungkin..

Segalanya mungkin..
Apa yang mungkin tu?? Ntah.. Aku pun kurang pasti.. Mesti pembaca blog aku pun x faham gak.. Hahah~~~ Lantak ar..

Urm.. Yang penting, cuti aku kali ni agak membosankan.. Tataw nak buat apa weh.. Last sekali aku masok Peraduan Jejaka Tough!! Sebab apa aku join?? Sebab kriteria2 yang ditetapkan amat memenuhi tabiat aku sepanjang cuti neh.. Hahah~~

Antara kriteria yang telah ditetapkan oleh penganjur termasuklah:

1. Routine exercise yang maintain.. Iaitu tidoq!!
2. Routine makan yang maintain..
3. Addicted to fesbok.
4. Melekat depan tv.. (kena buat rekod 24 jam tanpa lelap mata sambil mengunyah..)

Para pemenang akan ditentukan apabila balik ke kampus sem depan dengan mempertaruhkan perut siapa paling ke depan!! Cogan kata contest ini adalah, "Boroi is Tough!!"