Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Sunday, August 29, 2010

Kosong

Jangan tanya kenapa. Aku xdek jawapan kepada korang persoalan tu.h Ntahla, aku pun x faham kenapa keblakangan ni terasa tersangatlah malas nak update blog neh. Kosong jek tanpa update. Tu belom cerita tentang design or blog templates baru lagi. Fusyoo~ Memang terok gile2 pemalas aku keblakangan neh.

Sebelom tengah malam tadi, seorang bekas anak murid ada menyebut tentang kekecewaan die sebab x sempat nak anta kad raya. Heheh.. Kebetulan, beberapa jam sebelom tuh, aku telah merabakkan kocek seluar aku dengan membeli tiga keping kad raya untuk dihantar taon neh. Sudah pasti pakcik kaunter pejabat pos tersenyom puas lepas neh sebab aku bakal membelanjakan RM1.50 untuk membeli setem untuk urusan penghantaran kad- kad tersebut. Fusyoo~

Lepas neh, mesti ada yang gatal nak tanya,

Saturday, August 07, 2010

Tawaran Baru Professionalisme Perguruan Malaysia Ep. 2

Sebelum ini, saya telah menerbitkan mengenai tawaran baru yang telah ditetapkan untuk professionalisma keguruan di Malaysia melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK- 10). Di sini, saya mengambil peluang untuk menyambung serba sedikit maklumat tersebut. Sebenarnya, di dalam RMK- 10: Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia, telah ditetapkan beberapa perancangan untuk professionalisme keguruan. Bab lima secara keseluruhannya diperuntukkan untuk bidang pendidikan di Malaysia sepanjang tempoh pelaksanaannya. Juga ditetapkan mengenai kriteria- kriteria bakal guru yang diingini oleh negara untuk membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Sila ikuti sambungannya di bawah.

Wednesday, July 28, 2010

Tawaran Baru Professionalisme Perguruan Malaysia

Menjadikan Profession Keguruan Pilihan Utama
Menarik siswazah cemerlang menyertai profession keguruan adalah kritikal. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang keguruan sebagai profession yang berprestij.

Kerajaan akan menjadikan profession keguruan sebagai kerjaya pilihan dengan menekankan empat perkara berikut:

Jujur Kepada Diri Sendiri

Lahir dan batinmu harus sejalan. Jika tidak sejalan engkau akan terus tertekan. Engkau akan kepayahan untuk menutupi kekurangan dirimu. Hiduplah engkau seadanya. Jujurlah engkau kepada dirimu, engkau akan ringan dan bebas melangkah. Engkau tidak akan dihinggapi rasa was- was dan khuatir terhadap kekurangan dirimu. Ketahuilah, engkau tidak akan meraih kehormatan dengan kedustaan. Kehormatan  dapat diraih dengan kejujuran. Serasikanlah penampilan lahirmu dengan penampilan batinmu. (IBN AL- MUBARAK)

Kisah Si Sopak, Si Botak dan Si Buta (Kisah al- Quran)


Pada suatu masa dahulu, terdapat tiga bersaudara daripada keturunan Bani Israel. Mereka hidup dalam kemiskinan dan sentiasa dihina. Salah seorang daripada tiga bersaudar itu digelar Si Sopak.
Dia digelar begitu kerana kulitnya dijangkiti penyakit sopak. Saudaranya yang kedua, botak kepalanya. Maka digelar Si Botak. Yang ketiga digelar Si Buta kerana buta matanya. Pada suatu hari, si sopak berkata, “Alangkah bahagianya aku jika kulitku sehalus sutera dan aku pula menjadi kaya.”
Allah mendengar kata- kata itu dan mengutuskan malaikat pergi ke rumah Si Sopak dalam bentuk manusia. Malaikat itu berrtanya kepada Si Sopak, “Apakah yang engkau inginkan?”
“Kulit yang halus dan sihat daripada penyakit ini. Aku juga inginkan unta agar aku boleh menternaknya nanti,” kata si Sopak.
Malaikat pun menyapu sekujur tubuh Si Sopak. Kulit Si Sopak pun berubah menjadi halus. Selepas itu, malaikat pun menyerahkan seekor unta yang sedang bunting kepada Si Sopak.
Malaikat seterusnya pergi ke rumah Si Botak pula. So Botak sefang menyesali nasib dirinya yang malang. Kepalanya yang botak kelihatan berkilat. “Apakah yang engkau inginkan wahai Botak,” tanya malaikat.
Saya ingin sembuh daripada penyakit botak ini, biarlah rambut yang halus dan lebat tumbuh, aku juga inginkan lembu untuk dipelihara,” kata Si Botak malu- malu.
Malaikat pun mengusap kepala Si Botak. Dengan izin Allah, tumbuhlah rambut yang lebat. Wajahnya menjadi kacak. Malaikat pun menyerahkan seekor lembu betina bunting kepada Si Botak. Si Botak pun memeliharanya sehingga beranak pinak.
Kemudian malaikat pergi pula ke rumah Si Buta. Seperti dua saudaranya yang lain, malaikat bertanya apa yang si buta inginkan, “Aku inginkan mataku yang buta ini disembuhkan oleh Allah. Maka dapatlah aku melihat saudara- saudaraku,” kara Si Buta.
Malaikat pun mengusap mata Si Buta. Si Buta pun membuka mata dan alangkah terperanjatnya dia apabila sudah dapat melihat. Malaikat pun bertannya kekayaan apakah yang Si Buta inginkan, dan apabila Si Buta meminta kambing, malaikat juga menyerahkan seekor kambing yang sihat dan sedang bunting kepadanya.
Beberapa tahun kemudian, terkenallah ketiga- tiga bersaudara itu kerana kekayaan masing- masing. Ternakan mereka memenuhi ladang ternakan masing- masing.
Mereka sekarang sudah digelar Tuan Sopak, Tuan Botak dan Tuan Buta. Kekayaan mereka tersebar di kalangan Bani Israel.
Allah kemudian mengutuskan malaikat untuk turun ke bumi dalam rupa seorang pengemis. Mula- mula sekali, malaikat pergi ke rumah Tuan Sopak.
“Saya ini musafir yang miskin, tuan,” kata malaikat. “Tiada bekal untuk pulang. Demi Allah yang mengurniakan paras yang indah dan harta yang banyak, berilah unta seekor kepada saya untuk meneruskan perjalanan.”
Tuan Sopak jijik melihat musafir di depannya itu. Maka dia pun berkata, “Aku harus menyelesaikan banyak hutang. Aku tidak boleh memberi apa- apa kepada kau.
"Moga Allah mengembalikan keadaan tuan yang asal,” balas malaikat yang menyerupai pengemis itu.
Selepas malaikat beredar, Si Sopak menjadi seperti dahulu. Kulitnya kembali menjadi sopak. Ternakan untanya semakin hari semakin susut kerana mati. Akhirnya, habislah semua harta kekayaannya.
Malaikat pergi menemui Tuan Botak pula untuk meminta sedekah, Tuan Botak memberi alasan yang sama dengan Tuan Sopak. Maka malaikat pun berdoa agar Allah menjadikan Tuan Botak seperti dahulu.
Kepalanya pun menjadi botak kembali. Lembu si botak juga mati seekor demi seekor. Maka si botak pun kembali menjadi miskin.
Malaikat menemui Tuan Buta pula. Lelaki itu sentiasa bersyukur kepada Allah. Apabila malaikat meminta agar diberikan seekor kambing, Tuan Buta pun berkata, “Dulu aku seorang buta. Allah telah menyembuhkan mataku. Oleh itu, kau ambil mana- mana kambing yang engkau sukai untuk dibuat bekalmu.”
Mendengar jawapan itu, malaikat pun berkata, “Jagalah hartamu baik- baik. Sebenarnya Allah hanya ingin mengujimu. Allah telah meredhaimu, sedangkan saudara- saudaramu telah mendapat kemurkaan.”
Si Buta pun menadah tangan lalu mengucapkan syukur.

Sunday, July 25, 2010

Manusia yang berakal

"Dan sesungguhnya Kami isikan dalam neraka Jahanam itu sebahagian dari golongan jin dan manusia. Mereka itu terdiri daripada golongan yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat- ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda- tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ayat dan nasihat Allah. Mereka tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Merekalah orang yang lalai." (Surah al- A'raf: 179)

Monday, June 28, 2010

Pecah!!

Alhamdulillah, setelah bermusafir sejak 7.30 pagi pada hari tersebut, aku akhirnya sampai ke Kem Desa Kelubi, rumah ibu saudaraku yang bongsu. Melayan telatah sepupu- sepupuku yang masih kecil, Nur Farah Izzati, Nur Farah Izani, Mohd Fariszuwanbermain. Turut membantu Nur Fayah Ayu dan Mohd Faris Iskandar menyiapkan tugasan sekolah mereka. Nur Farah Ain pula sedang menyibukkan diri menonton televisyen. Tepat jam sepuluh, aku memohon diri untuk masuk tidur. Keletihan barangkali.
Selesai bersarapan pagi keesokannya, aku duduk termenung di luar rumah ibu saudaraku sambil menikmati suasana pagi. Aku sempat merancang perjalanan balik ke rumah sewa pada hari itu sebelum aku menerima panggilan telefon daripada teman serumah.

“Assalamu’alaikum! Weh, rumah kita kena pecah masok” lapor Fahmie tenang. Seperti redha dengan ketentuan yang telahpun berlaku.
“Wa’alaikumussalam! Bior bebenor kome, ape yang hilang?” soalku cuba mendapatkan maklumat lanjut.
“Barang aku takde yang ilang. Barang orang lain aku x pasti” balas fahmie pula.
“Ok, kejap lagi aku gerak” aku memberikan kata putus.

Sesudah menamatkan perbualan, aku terus masuk ke rumah ibu saudaraku dan bersiap. Sesudah bersiap- siap, ibu saudaraku masuk ke ruang tamu rumah dan terperanjat dengan persiapanku pada pagi itu.

“Hai, kata nak balik petang. Tak jadi balik petang ke?” soal ibu saudaraku kepelikan.
“Tak jadi balik petang bu, rumah along kene pecah masuk. Budak rumah telefon tadi, beritahu rumah kene pecah” jelasku kepada ibu saudaraku yang ku panggil dengan gelaran ibu.
“Astagfirullah.. Ada barang-  barang yang hilang?” soal ibu saudaraku untuk mendapatkan kepastian lanjut.
“Tak pasti pula bu. Nak kene balik, check dulu” beritahuku kepadanya pula.
“Tak sempat ibu nak masak, buat bekal untuk Mu’izz” ibu saudaraku menyatakan kekesalannya.
“Tak mengapalah ibu, buat susah je. Tak ada rezeki la tu” aku cuba memujuk kekesalan tersebut.
“Baiklah. Bawa moto tu berhati- hati. Jangan bawa moto laju- laju. Dah sampai nanti telefon ibu” pesanan yang biasa ku terima dari ibu saudaraku ini diperdengarkan buat sekian kalinya kepadaku.
“Baik bu. Dah sampai nanti along telefon” aku menyatakan kepastian kepada beliau.

Aku mengambil masa kurang dua jam untuk sampai ke rumah sewaku di Mengkuan Titi, Bukit Mertajam. Sampai sahaja di rumah sewaanku, aku terus menjenguk ke dalam rumah tanpa mematikan enjin motorsikalku. Alhamdulillah, tidak ada barang- barang dan dokumen- dokumen penting yang hilang. Di tepi dinding bilikku, terdampar sekeping papan siling yang telah dipecahkan. Aku melihat ke arah lubang yang terbentuk di siling rumah tersebut. Terlihat beberapa keeping genting yang telah dialihkan oleh penceroboh. Sesudah itu baruku sedar yang bahawa lantai bilik itu basah. Sekonyong- konyongnya suatu bau yang kurang enak menusuk ke hidung.

“Sudah lama rumah ni kena pecah nampaknya” bisik hati kecilku.

Berdasarkan keadaan yang ditinggalkan penceroboh dan motor teman- teman serumah yang masih di tempat asalnya sebelum rumah ditinggal, aku yakin itu adalah kerja budak- budak sekolah menengah. Menengah rendah barangkali. Hanya duit syiling salah seorang teman serumahku yang berjumlah RM 500 yang hilang.
Tidak lama kemudian, teman serumah yang menelefonku pulang dari rumah sewaan kawan- kawan yang berhampiran. Setelah berbincang, aku segera memaklumkan kejadian tersebut kepada tuan rumah sewa. Genting rumah yang telah dialihkan oleh penceroboh tersebut harus diletakkan di tempatnya semula. Setelah berbincang sekali lagi dengan teman serumahku tadi, kami bersetuju untuk membersihkan bilik tersebut setelah makan tengah hari. Sementara itu, tuan rumah sewa tersebut berjanji akan hadir pada sebelah petang untuk meninjau kerosakan yang berlaku dan melakukan tindakan yang sewajarnya.
Ternyata hari tersebut sangat memenatkan. Kami redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Semoga ia akan menguat dan mendekatkan kami kepada Maha Pencipta.

Tuesday, June 22, 2010

Jauh~

Dari kejauhan daku melihat
Termenung menjauh tanpa hirauan
Mengenang kekhilafan diri yang maha lemah
Mengenang segala gerak laku dan perlakuan
Adakah aku insan yang berjaya
Hampirkah aku ke arah diriku yang didambakan
Terbayang gambaran di benakku
Fikiranku melayang lagi
Semakin lama semakin jauh
Ia membelah tujuh lautan
Ia merentas padang dan belantara
Tiada penghujungnya
Destinasiku masih jauh
Dan aku masih mencari
Mengembara di alam fana

Sunday, June 20, 2010

Nota apa neh??

Berikut adalah sedikit nota mengenai penulisan kreatif (lebih kepada penulisan novel sebenarnya) yang dapat dikongsi bersama pembaca. Ini adalah antara nota- nota yang sempat diselamatkan sepanjang 18 bulan menuntut ilmu penulisan kreatif dahulu. Nota kewartawanan tidak dapat disiarkan sebab hadir separuh kursus jek. Hehe.. Nota ni dah lama. Sudah hampir empat- lima tahun usianya. Memerlukan masa untuk diterjemahkan semula. Maklumlah, benda dah lama. Awak ni pulak da tua, pelupa. Hahahah~

Nota ini terbahagi kepada beberapa bahagian (sepanjang beberapa hari berkursus di Langkasuka Beach Resort). Mungkin ada bahagian yang kurang jelas atau sudah hilang. Terbitkan mana yang ada jek. Siapa penceramah kursus? Itu rahsia (ada nama penceramah yang dah lupa). Hehe..


Penemuan

1. Genre. Bentuk karya yang ingin disampaikan seperti novel, puisi, cerpen, hikayat, epik dan sebagainya.
2. Teks. Cerita yang cuba dihasilkan sama ada secara lisan mahupun bertulis.
3. Pengarang. Individu yang bertanggungjawab menyampaikan cerita.
4. Khalayak. Pembaca yang akan membaca atau mendengar cerita tersebut.
5. Keindahan. Sesebuah karya itu mesti indah. Mesti seimbang dari segi komposisi. Mempunyai makna dan pengajaran- memberi faedah kepada pembaca. Membijaksanakan. memberi pengalaman baru. kesan seni/ estatik. Ilmu.



Intelektual (Hubungan antara teks)

1. Kitab agama.
2. Sastera klasik.
3. Teks sendiri. Cth: Mengembangkan puisi sendiri menjadi cerpen.
4. Teks orang lain. Ciplak/ plagiat/ epigon (Semua ini tidak digalakkan. Karang sendirik la wei!!)
5. Fakta/ bukan sastera.


Unsur- unsur yang membina sebuah novel/ cerita

1. Mood
2. Watak
3. Plot
4. Latar
5. Tema (idea utama)
6. Persoalan
7. Bahasa
8. Sudut pandangan
9. Nilai
10. Pengajaran
11. Konflik
12. Unsur suspen
13. ilmu


Mengarang

Terdapat beberapa perkara yang menyumbang kepada karangan yang baik. Antaranya;

1. Bakat
2. Usaha. usaha adalah sesuatu yang dilakukan secara berterusan. Ia memerlukan ketelitian terutama dari sudut bahasa.
3.Imaginasi. Imaginasi yang dimaksudkan di sini adalah mengenai sesuatu yang cuba disampaikan.
4.Ilham. Ilham adalah seperti emas yang digambarkan di dalam cerita Ali Baba. Kita mesti mengambil emas tersebut sebelum pintu tertutup atau perompak/ penyamun itu pulang.



Persoalan Pokok (Tema)

Merupakan keteguhan azam walau apa pun halangan dan rintangan, dengan mengharap akhiran yang menggembirakan. Konsep kepengarangan daripada tema merupakan panduan supaya cerita tidak lari atau berubah.


Bagaimana menceritakan watak?

1. Imaginasi (cipta sendiri)
2. Manusia ada jasmani dan rohani.
3. Lapan rasa (tabula rasa) yang biasanya ada dalam diri manusia.
- kasih
- riang
- sedih
- marah
- takut
- bertenaga
- jijik
- hairan
Setiap peristiwa mesti ada watak. Masukkan perasaan kepada watak tersebut.


Gestikulasi

1. Menggambarkan emosi watak tanpa menyatakan emosi watak dengan perkataan yang spesifik.
2. Boleh mendatangkan keindahan dalam karya.

Saturday, June 19, 2010

Hatiku Di Harajuku

Hatiku Di Harajuku merupakan sebuah novel karangan Ramlee Awang Murshid. Ia diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn. Bhd. pada tahun 2006.

Novel ini dihadiahi oleh seseorang. Mak angkatku menghadiahinya bersempena hari jadiku yang ke- 20. (Entah macam mana aku buleh ada mak angkat. Setakat ni ada 2 orang. Tidak bercadang untuk menambah mak angkat lagi.)

Ryu Watanabe merupakan seorang pemuda Marei Jin yang merasai hidupnya tidak dirahmati. Dia lahir di penjara dan dibesarkan di rumah kebajikan. Dia seterusnya menjadi seorang yakuza yang digeruni. Malah, seorang samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat kepada permainan maut ini adalah MAUT!

Sabrina, seorang gadis Melayu, tertarik mendengar kisah cinta yakuza- Ryu Watanabe dan Noriko (Noriko adalah merupakan cucu kepada pewaris sah sebuah kumpulan Yakuza di Jepun.) Ia bagaikan sebuah mitos yang tidak pernah terungkai. Tersimpan menjadi sebuah rahsia yang tidak pernah terbongkar. Terpengaruh dengan kisah itu, Sabrina bersetuju menerima pelawaan Murni untuk melancong ke Tokyo. Di Harajuku, mereka mencari Ryu Watanabe. (xdek keje + carik penyakit neh)

Dan, bagaikan kebetulan, saat inilah Ryu Watanabe muncul. Benih cinta tumbuh subur walaupun ia bukanlah pandangan kali pertama. Noriko menjadi cemburu dan berdendam. Akhirnya cinta tiga segi itu menjadi cinta berdarah. Tou Aii atau pedang cinta bertukar menjadi Kogure atau kepala serigala (kalau x silap. Kene semak semula yek)san menjadi saksi kepada pertumpahan berdarah yang berlaku itu. Cinta tidak selalunya indah, ia kadangkala berkalang noda.

Hatiku di Harajuku adalah debaran mengasyikkan sentuhan Ramlee Awang Murshid. Diwarnai cerita cinta yang menggugah hati. Pertarungan yang mencemaskan, suspens, konflik jenayah serta sebuah kisah keluarga menyayat hati. Sayonara- ungkapan yang tidak akan anda gemari.

Ikuti kisah selanjutnya. Pasti anda tidak akan kecewa dengan jalan ceritanya yang menarik.


Mina hito wa
Edo e yukuramu
Aki no kure
Ukiyo kara
Nanri Arouka
Yamazakura

-Yamamoto Tsunetomo-

Serabot

Aku da ta tahan da neh. Kepala otak ni serabai jek. Tanpa berfikir panjang, aku terus mencapai kunci motorsikal bernombor pendaftaran NBY xxxx.

Sempat adik aku bertanya, "Kau nak poie mano Long?"
"Huh, den nak poie gunting rambut!" balasku tanpa menoleh ke belakang.

Setelah menghidupkan enjin motorsikal, aku terus memecut motorsikal tersebut ke Kedai Gunting Rambut Poji di deretan kedai MARA.

"Kurang ajar bobudak neh, dalam kampung pun nak pocut lolaju. Signal haram kok nak bori!" aku bermonolog sendirian tanpa menyedari kelajuan motorsikal yang ku tunggang pun tidak kurang lajunya.

Sampai di kedai Poji, aku terus memakirkan punggungku di atas kerusi yang telah disediakan oleh pemilik kedai tersebut. Tidak lama selepas aku melabuhkan punggungku, aku disapa oleh Poji, pemilik kedai tersebut.

"Ha jang, lokeh. Giliran kau pulak." sapa Poji tanpa memberi salam. (Patotnya aku yang bagi salam. Ehehe..)

"Achik, sorong nombor satu yo," maklumku kepada Poji.
"Semuo skali?" Tanya poji kurang percaya.
"Aah, semuo skali, sorong nombor satu," balasku yakin.

Setelah diyakinkan, Poji meneruskan tugasnya tanpa banyak bertanya. Mungkin kerana melihat mukaku yang mencuka dari awal, Poji membatalkan niat untuk berbual lebih lanjut.

Setelah cukup lima minit, poji berhenti, "Siap!!" Beritahu Poji dengan lantang.
"Pergh, seperti yang dijangkakan, Pijo memang tangkas memangkas rambut pelanggan!!" bisik hati kecilku.

Aku membayar harga perkhidmatan Tersebut dan terus beredar dengan senang hati. Tertunai sudah dendam kesumatku! Aku memang tak boleh simpan rambut panjang. Pening kepala, rasa tak tenteram. Hahah~ Berambut pendek lebih selesa. =_=