Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)
Mungkin ramai yang tercengang- cengang bila terbaca tajuk entry ni. Terutamanya junior- junior penulis yang tidak pernah terdedah mengenai istilah tersebut. Apapun, itulah kenyataannya. Dalam banyak- banyak KAGUM, acara ini tersangatlah jarang diadakan. Ia hanya berlangsung empat tahun sekali. Kali terakhir ia dilangsungkan adalah pada tahun 2008, bertempat di Ulu Bendul, Negeri Sembilan.
Perkhemanan ini melibatkan seluruh kampus di bawah IPG dan unit- unit beruniform yang berkenaan. Penyertaan dari setiap unit berniform dari seluruh IPG adalah terhad (masa hadapan, wallahualam). Edisi berikutnya dijadualkan berlangsung pada tahun 2012. Bermakna, peserta yang akan terpilih terdiri daripada pelatih semester dua semasa entry ini diterbitkan.
Malam ni cukup haru.. Dalam usaha mengedit .ppt (extension untuk Microsoft Office Powerpoint Presentation), penulis terlupa untuk minum air yang telah ditapaw oleh rakan serumah sebelum tgh malam tadi. Semasa penulis hendak mencetak handout (edaran) .ppt sebentar tadi, baru penulis TERperasan bungkusan air tersebut.
Esok merupakan hari bertemu penyelia yang juga digelar sebagai 'ayahanda' oleh penulis dan beberapa rakan yang berada di bawah seliaan beliau (tanpa pengetahuan beliau). Temu janji sudah dibuat pada jumaat lepas. 'Ayahanda' berhajat untuk bertemu kami berempat secara serentak!! "Isnin depan, ampa pastikan ampa berempat datang jumpak saya. Sebelum datang, infor dulu yang ampa nak mai," begitulah hajat yang telah disuarakan oleh 'ayahanda' minggu lepas.
Harapan penulis dan rakan- rakan, semoga perjumpaan dengan 'ayahanda keesokan pagi dan pembentangan laporan tesis kami pada hari berikutnya akan berjalan dengan baik. InsyaAllah. Doakan kejayaan kami.
Suatu ketika, sewaktu penulis berada di sem 6, hati penulis sentiasa tertanya- tanya, "Bila la aku nak masok sem lapan macam dorang tuh?" Terbayang suatu keseronokkan apabila berada di sem 8. Al- maklumlah, semester yang terakhir bagi program sarjana muda.
Apabila berada di sem 7, badge penulis dikehendaki menyiapkan kertas cadangan untuk kajian tindakan akademik. Sewaktu itu, terdetik di hati penulis, "Kejap je neh, sem 8 sok, rilek da aku. Yippee!!" Jelas di situ, penulis sentiasa membayangkan kegembiraan apabila berada di sem 8. Rakan- rakan di bangku sekolah sudah ramai yang menamatkan pengajian. Malah, sudah ada yang menyambung pengajian di peringkat sarjana serta ijazah kedoktoran! Sudah ramai yang memiliki kereta sendiri. Tidak kurang juga yang akan berkahwin, sudah berkahwin dan beranak- pinak.
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,
Pembaca yang budiman sekalian. Suka sekali penulis membawa pembaca untuk meneliti dan menelusuri tajuk PERBINCANGAN kita pada kali ini. Apakah yang cuba penulis sampaikan melalui tajuk tersebut? Mari kita ikuti dengan lanjut perbincangan kita. Hangat atau tidak, mari kita hayati bersama. Fikir- fikirkan, renung- renungkan.
Mengimbau kembali peristiwa yang berlaku hampir lima tahun setengah yang lampau. 4 Julai 2005 merupakan tarikh keramat bagi hampir 2000 orang anak muda seluruh negara lepasan SPM, Matrikulasi dan beberapa orang anak muda yang mengambil keputusan keluar dari pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi tempatan (permohonan adalah berdasarkan keputusan SPM). Hari tersebut merupakan tarikh pendaftaran P****P di kampus sebuah institusi pengajian tinggi (Institusi ini mempunyai banyak kampus) seluruh negara yang mana sebermula hari tersebut, secara tidak rasminya mereka bergelar **** pelatih (rasmi hanya apabila surat perjanjian ditandatangani). Penulis yakin, peristiwa yang sama turut berlaku kepada ambilan- ambilan yang seterusnya. Hanya tarikh yang membezakan peristiwa- peristiwa tersebut.
Sebelah petang hari pendaftaran tersebut, telah diberikan taklimat berhubung surat perjanjian kepada semua pelatih dan juga penjaga yang hadir (ada pelatih yang tidak ditemani oleh penjaga). Antara isu yang telah
Jangan tanya kenapa. Aku xdek jawapan kepada korang persoalan tu.h Ntahla, aku pun x faham kenapa keblakangan ni terasa tersangatlah malas nak update blog neh. Kosong jek tanpa update. Tu belom cerita tentang design or blog templates baru lagi. Fusyoo~ Memang terok gile2 pemalas aku keblakangan neh.
Sebelom tengah malam tadi, seorang bekas anak murid ada menyebut tentang kekecewaan die sebab x sempat nak anta kad raya. Heheh.. Kebetulan, beberapa jam sebelom tuh, aku telah merabakkan kocek seluar aku dengan membeli tiga keping kad raya untuk dihantar taon neh. Sudah pasti pakcik kaunter pejabat pos tersenyom puas lepas neh sebab aku bakal membelanjakan RM1.50 untuk membeli setem untuk urusan penghantaran kad- kad tersebut. Fusyoo~
Sebelum ini, saya telah menerbitkan mengenai tawaran baru yang telah ditetapkan untuk professionalisma keguruan di Malaysia melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK- 10). Di sini, saya mengambil peluang untuk menyambung serba sedikit maklumat tersebut. Sebenarnya, di dalam RMK- 10: Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia, telah ditetapkan beberapa perancangan untuk professionalisme keguruan. Bab lima secara keseluruhannya diperuntukkan untuk bidang pendidikan di Malaysia sepanjang tempoh pelaksanaannya. Juga ditetapkan mengenai kriteria- kriteria bakal guru yang diingini oleh negara untuk membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Sila ikuti sambungannya di bawah.
Menjadikan Profession Keguruan Pilihan Utama
Menarik siswazah cemerlang menyertai profession keguruan adalah kritikal. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang keguruan sebagai profession yang berprestij.
Kerajaan akan menjadikan profession keguruan sebagai kerjaya pilihan dengan menekankan empat perkara berikut:
Lahir dan batinmu harus sejalan. Jika tidak sejalan engkau akan terus tertekan. Engkau akan kepayahan untuk menutupi kekurangan dirimu. Hiduplah engkau seadanya. Jujurlah engkau kepada dirimu, engkau akan ringan dan bebas melangkah. Engkau tidak akan dihinggapi rasa was- was dan khuatir terhadap kekurangan dirimu. Ketahuilah, engkau tidak akan meraih kehormatan dengan kedustaan. Kehormatan dapat diraih dengan kejujuran. Serasikanlah penampilan lahirmu dengan penampilan batinmu. (IBN AL- MUBARAK)
Pada suatu masa dahulu, terdapat tiga bersaudara daripada keturunan Bani Israel. Mereka hidup dalam kemiskinan dan sentiasa dihina. Salah seorang daripada tiga bersaudar itu digelar Si Sopak.
Dia digelar begitu kerana kulitnya dijangkiti penyakit sopak. Saudaranya yang kedua, botak kepalanya. Maka digelar Si Botak. Yang ketiga digelar Si Buta kerana buta matanya. Pada suatu hari, si sopak berkata, “Alangkah bahagianya aku jika kulitku sehalus sutera dan aku pula menjadi kaya.”
Allah mendengar kata- kata itu dan mengutuskan malaikat pergi ke rumah Si Sopak dalam bentuk manusia. Malaikat itu berrtanya kepada Si Sopak, “Apakah yang engkau inginkan?”
“Kulit yang halus dan sihat daripada penyakit ini. Aku juga inginkan unta agar aku boleh menternaknya nanti,” kata si Sopak.
Malaikat pun menyapu sekujur tubuh Si Sopak. Kulit Si Sopak pun berubah menjadi halus. Selepas itu, malaikat pun menyerahkan seekor unta yang sedang bunting kepada Si Sopak.
Malaikat seterusnya pergi ke rumah Si Botak pula. So Botak sefang menyesali nasib dirinya yang malang. Kepalanya yang botak kelihatan berkilat. “Apakah yang engkau inginkan wahai Botak,” tanya malaikat.
Saya ingin sembuh daripada penyakit botak ini, biarlah rambut yang halus dan lebat tumbuh, aku juga inginkan lembu untuk dipelihara,” kata Si Botak malu- malu.
Malaikat pun mengusap kepala Si Botak. Dengan izin Allah, tumbuhlah rambut yang lebat. Wajahnya menjadi kacak. Malaikat pun menyerahkan seekor lembu betina bunting kepada Si Botak. Si Botak pun memeliharanya sehingga beranak pinak.
Kemudian malaikat pergi pula ke rumah Si Buta. Seperti dua saudaranya yang lain, malaikat bertanya apa yang si buta inginkan, “Aku inginkan mataku yang buta ini disembuhkan oleh Allah. Maka dapatlah aku melihat saudara- saudaraku,” kara Si Buta.
Malaikat pun mengusap mata Si Buta. Si Buta pun membuka mata dan alangkah terperanjatnya dia apabila sudah dapat melihat. Malaikat pun bertannya kekayaan apakah yang Si Buta inginkan, dan apabila Si Buta meminta kambing, malaikat juga menyerahkan seekor kambing yang sihat dan sedang bunting kepadanya.
Beberapa tahun kemudian, terkenallah ketiga- tiga bersaudara itu kerana kekayaan masing- masing. Ternakan mereka memenuhi ladang ternakan masing- masing.
Mereka sekarang sudah digelar Tuan Sopak, Tuan Botak dan Tuan Buta. Kekayaan mereka tersebar di kalangan Bani Israel.
Allah kemudian mengutuskan malaikat untuk turun ke bumi dalam rupa seorang pengemis. Mula- mula sekali, malaikat pergi ke rumah Tuan Sopak.
“Saya ini musafir yang miskin, tuan,” kata malaikat. “Tiada bekal untuk pulang. Demi Allah yang mengurniakan paras yang indah dan harta yang banyak, berilah unta seekor kepada saya untuk meneruskan perjalanan.”
Tuan Sopak jijik melihat musafir di depannya itu. Maka dia pun berkata, “Aku harus menyelesaikan banyak hutang. Aku tidak boleh memberi apa- apa kepada kau.
"Moga Allah mengembalikan keadaan tuan yang asal,” balas malaikat yang menyerupai pengemis itu.
Selepas malaikat beredar, Si Sopak menjadi seperti dahulu. Kulitnya kembali menjadi sopak. Ternakan untanya semakin hari semakin susut kerana mati. Akhirnya, habislah semua harta kekayaannya.
Malaikat pergi menemui Tuan Botak pula untuk meminta sedekah, Tuan Botak memberi alasan yang sama dengan Tuan Sopak. Maka malaikat pun berdoa agar Allah menjadikan Tuan Botak seperti dahulu.
Kepalanya pun menjadi botak kembali. Lembu si botak juga mati seekor demi seekor. Maka si botak pun kembali menjadi miskin.
Malaikat menemui Tuan Buta pula. Lelaki itu sentiasa bersyukur kepada Allah. Apabila malaikat meminta agar diberikan seekor kambing, Tuan Buta pun berkata, “Dulu aku seorang buta. Allah telah menyembuhkan mataku. Oleh itu, kau ambil mana- mana kambing yang engkau sukai untuk dibuat bekalmu.”
Mendengar jawapan itu, malaikat pun berkata, “Jagalah hartamu baik- baik. Sebenarnya Allah hanya ingin mengujimu. Allah telah meredhaimu, sedangkan saudara- saudaramu telah mendapat kemurkaan.”
Si Buta pun menadah tangan lalu mengucapkan syukur.
"Dan sesungguhnya Kami isikan dalam neraka Jahanam itu sebahagian dari golongan jin dan manusia. Mereka itu terdiri daripada golongan yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat- ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda- tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ayat dan nasihat Allah. Mereka tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Merekalah orang yang lalai." (Surah al- A'raf: 179)