Dua minggu yang lepas, seperti biasa, penulis telah menghadiri kuliah pada hari yang disebutkan oleh pensyarah penulis sebagai hari kurang motivasi (hari Isnin). Kuliah pada hari tersebut lebih berkisar kepada
project based learnig (pembelajaran berasaskan projek).
Salah satu kaedah pembelajaran yang berada di bawah pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri (
inquiry based learning).
Di akhir pengajaran, pensyarah penulis telah mendapat 1 idea berhubung pembelajaran pada hari tersebut. "Kuliah yang berikutnya, kita akan praktikkan apa yang kita belajar pada hari ini." Maka, hari yang diperkatakan pun sampai. Kumpulan penulis telah ditugaskan untuk menyediakan satu video. Setelah sepakat bersama ahli kumpulan, maka kami telah bersetuju untuk menerbitkan satu video yang bercorak dokumentasi, iaitu video mengenai persiapan projek ahli- ahli kelas kami. Inilah hasilnya;
The Making of Project Based Learning
Suatu ketika, sewaktu penulis berada di sem 6, hati penulis sentiasa tertanya- tanya, "Bila la aku nak masok sem lapan macam dorang tuh?" Terbayang suatu keseronokkan apabila berada di sem 8. Al- maklumlah, semester yang terakhir bagi program sarjana muda.
Apabila berada di sem 7, badge penulis dikehendaki menyiapkan kertas cadangan untuk kajian tindakan akademik. Sewaktu itu, terdetik di hati penulis, "Kejap je neh, sem 8 sok, rilek da aku. Yippee!!" Jelas di situ, penulis sentiasa membayangkan kegembiraan apabila berada di sem 8. Rakan- rakan di bangku sekolah sudah ramai yang menamatkan pengajian. Malah, sudah ada yang menyambung pengajian di peringkat sarjana serta ijazah kedoktoran! Sudah ramai yang memiliki kereta sendiri. Tidak kurang juga yang akan berkahwin, sudah berkahwin dan beranak- pinak.