Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Thursday, October 21, 2010

Burger Daging Biasa Satu, Nescafe Tarik Satu!!

Semasa mengikuti kuliah lagi, kelopak mata penulis seperti medan magnet yang berlainan kutub. Puas dicuba agar ia sentiasa terbuka luas, mengikuti kuliah pada tengah hari tersebut. Namun, tetap ia terkatup walaupun pendengaran penulis masih tajam, tertumpu kepada setiap bait perkataan yang keluar daripada mulut sang pensyarah kanan yang berada di hadapan. Acap kali juga nama penulis meniti di bibir sang pensyarah kanan kerana mata penulis tidak mahu terbuka di dalam kuliah beliau. Maafkan saya encik, saya tidak upaya untuk memastikan kelopak mata ini terus terbuka. Namun begitu, telinga, hati dan minda saya, tetap tertumpu pada kuliah encik.

Usai makan tengah hari, penulis terus gergegas pulang ke rumah sewa setelah meminta diri untuk bergerak awal daripada rakan- rakan. Siap pengurusan diri yang sewajarnya, penulis mengemas tempat pembaringan untuk mengecas semula bateri yang sudahpun low. Belum pun sempat penulis meunjurkan kaki dan berbaring, skrin telefon bertukar cerah. Telefon tersebut bergerak- gerak
beberapa kali lantas berbunyi menandakan ada pesanan ringkas (mesej) yang memasuki kotak mesej. Tangan segera mencapai telefon di atas meja.

"Kami nak ke Hospital Kulim. Mai la."

Lantas, jari- jemari segera menari- nari di atas papan kekunci, menaip sesuatu di atas skrin telefon.
"Sat, aku nak bersiap."
"Ampa p berapa orang, ramai ka?"

Ibu jari lantas menekan butang Send. Penulis segera bersiap- siap dan terus ke tempat parkir motorsikal di hadapan rumah sewa. Seketika kemudian, skrin telefon kembali cerah. Ada pesanan baru.

"Kami dah pi. On the way ni."

"Eh, pasal apa dorang ni x tunggu aku. Lambat ke aku bersiap tadi?" Penulis lantas melihat jam di pergelangan tangan.
"Urm.. Kurang sepuluh minit," penulis menghitung- hitung masa yang telah diambil oleh penulis untuk bersiap.

Lantas, jari- jemari terus menari- nari lagi di atas papan kekunci.

"Ampa ekot jalan mana?"
"Lunas."
"Ok, sat aku follow up."

"Weh, aku tataw jalan. Ampa kat mana?"

Senyap. Penulis terus mengikuti papan tanda di kiri jalan. Kurang 20 minit, penulis sudah terpacak di kawasan parkir motorsikal di Hospital Kulim. Niat di hati, ingin meninjau keadaan junior yang koma akibat eksiden motorsikal khamis lepas. 

Masih tidak kelihatan batang hidung Osman Jelani. Apakah penulis terlalu laju? Terdetik pertanyaan itu di hati penulis. Selang sepuluh minit, Osman Jelani dan beberapa rakan lain, menampakkan diri dengan 6 buah motorsikal di tempat parkir hospital. Agak ramai.

"Wei, ang pi mana? Puaih kami tunggu ang tadi," soal Zarepan Besto.
"Sorry la wei. Aku tataw jalan. Men ekot signboard jek," balas penulis pula.
"Ang tataw jalan, mcm mana buleh sampai dulu? Tu tara tataw jalan!!" Kelihatan sedikit kekecewaan di hati mereka. 
"Wei, ang ekot bawah noh? Jauh dak?" Tanya Abg Long pula.
"Ntah la. Aku men ekot signboard je tadi. Hehe.." Balas penulis, lurus.
"Wei, sapa dia ketua rombongan tadi? Banyak sgt traffic light. Lambat sampai. Corp yang tataw jalan, ekot signboard da sampai awai," getus Abg Long lagi.

Salah penulis juga, tidak meninjau skrin telefon sebentar tadi. Penulis terpaksa memohon maaf berulang kali kepada mereka untuk menjernihkan suasana. Selesai urusan di parkir motorsikal, kami terus bergerak ke wad. Kami terpaksa mengikut pintu di jabatan kecemasan setelah kami tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan di pintu utama. 

Sampai di sana, kami menghadapi permasalahan yang serupa. Silap kami kerana datang di luar waktu melawat. Kami hanya dibenarkan naik secara bergilir- gilir, dua orang untuk setiap giliran selepas menulis nama di buku pelawat. 

Sampai giliran penulis, para doktor di wad 11 (ICU dan CCU), sedang melakukan round (melakukan pemeriksaan ke atas setiap pesakit di wad tersebut). Penulis dan rakan yang mengambil giliran, Temiji, terpaksa menunggu lama untuk masuk ke wad tersebut. Sempat juga penulis bertemu dan berbicara dengan adik dan beberapa rakan kepada bapa junior tersebut.

Penulis hanya dapat melawat sebentar apabila jururawat yang bertugas berpesan untuk melawat sebentar sahaja kerana mereka hendak melakukan tugasan mereka ke atas pesakit. Kasihan kepada rakan rakan lain yang tidak sempat melawat. Apakan daya, mereka hanya melakukan tugas yang diamanahkan.

Keluar daripada pintu pagar hospital, kami singgah di sebuah masjid berhampiran setelah mendengar azan sewaktu menunggu lampu isyarat berubah warna. Selesai mengaminkan doa serta bersalaman dengan jemaah masjid, penulis dan Zarepan Besto mengambil keputusan untuk tidak menyertai rakan- rakan yang lain yang bercadang untuk singgah minom petang di restoran berhampiran. 

Kami berdua mengambil jalan yang berlainan setelah sampai di persimpangan ke lebuhraya BKE apabila Zarepan Besto menghalakan motorsikal Krissnya ke sana. Penulis pula lebih selesa mengikut jalan lama, menyusuri jalan raya di Lunas kerana arah ke rumah sewa penulis lebih dekat menggunakan jalan itu.
Sampai sahaja di rumah, penulis terus mengejutkan si Jupami yang sedang enak dibuai mimpi. Cadangnya, henda keluar minum petang dan sekaligus makan malam di gerai nasi kandar Kompleks Gerai Masjid Kubang Semang. Namun, penulis terlelap sewaktu menunggu Jupami bersiap.

Beberapa kali juga penulis terjaga untuk pengurusan diri dan terlelap semula selepas beberapa ketika. Ketika semua teman serumah keluar makan malam juga, penulis masih lena. Minda penulis berada dalam keadaan sedar ketika mereka keluar dari rumah. Penulis juga sedar ketika Jupami dan Wan Kokos mengejutkan penulis untuk keluar makan bersama. Namun badan dan mata penulis tidak berdaya untuk bangun. 

Penulis tersedar semula ketika hampir tengah malam akibat terhidu asap pembakaran yang tidak bertanggungjawab. Teman- teman serumah baru sahaja pulang dari makan malam. Cukup lama mereka berjoki, memainkan peranan sebagai ahli politik kedai kopi.

Bangkit dari pembaringan, penulis terus membasuh muka dan rambut. Selesai menyikat rambut, penulis terus mencapai helmet KHI penulis seraya menghidupkan enjin motorsikal. Motorsikal terus dipacu ke stesyen minyak MOBIL di Kubang Semang. 

Dalam perjalanan balik, penulis singgah di Boy Burger di persimpangan penanti, berhadapan Balai Polis Kubang Semang. Gerai ini pernahh menjadi tumpuan surat khabar kerana hidangan burgernya yang enak. Meja bersebelahan adalah pegawai polis yang sedang menikmati supper. Jarang ada pegawai polis di balai tersebut. Mungkin ada kes yang mendesak di sana.

"Makan apa bang?" Tanya pelayan gerai tersebut.
"Bagi Burger Daging Biasa satu, Nescafe Tarik satu," penulis menyatakan pesanan kepada pelayan tersebut.

Penulis terus bergerak ke kaunter gerai untuk mengambil beberapa majalah buat tatapan sementara menunggu pesanan siap. Tidak lama kemudian, pesanan penulis sampai. Agak berbeza dengan pesanan penulis sebentar tadi, pesanan yang sampai merupakan Chips and Beef.

"Terima kaseh!" Ucap penulis kepada pelayan gerai tersebut.
"Mana pulak datangnya potato chips neh?" getus penulis di dalam hati. Hentam sajalah labu~

No comments: