Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Friday, October 22, 2010

Keranamu Elaun

Kerana ketidakhadiran mu elaun, penulis sudah lama

Tidak lakukan,
  1. Menggunting rambut. Kebiasaannya, penulis memotong rambut tiga minggu sekali untuk memastikan rambut sentiasa kemas dan rapi. Oleh kerana elaun sudah lama tidak menjengahkan diri, penulis tidak lagi mengunjungi kedai gunting rambut. Sekali cantas, RM7. Boleh buat bayar makan tengah hari tuh. Siap ader balance lagi.
  2. Melawati kedai motor. Terutamanya untuk mengganti minyak hitam aka minyak silinder. Kompem lepas neh kene maki dengan uncle kedai motor tu lagi. "Sudah berapa lama u tak tukar minyak hitam? Boleh rosak enjin motor taw!!" Alamak~ Kene hamun lagi la jawabnya. Awal sem dulu da kene. Rantai motor pun da kendur neh. Silap hari bulan, haus sprocket motor.
  3. Tidak menggunakan printer. Printer rosak, anta repair. Da la takde dwet nak bayar service brother tuh. Bile da ader dwet plak, brother tuh tak angkat telepon! Kacau betol.
  4. Tuang minyak motor. Singgah stesyen minyak seminggu sekali jek. Mana larat nak singgah banyak banyak kali. Baru ni, harga minyak naek plak! Kacau betol. Kesian motor tuh, dok tersadai jek.
  5. Melawati kedai buku. Dulu kerap juga la dok singgah kedai buku, beli stationary, kertas A4, buku. Sekarang, jangan harap nak singgah, nak pandang kedai buku pun, sayu jek.
  6. Makan. Ini satu lagi hal. Haru biru hidup. Hahahah~ Makan pun nak kene bercatu! 
  7. Balik kampung. Orang lain memang kerap balik kampung, melawat mak ayah. Penulis masih tiada rezeki nak melawat orang tua, adik- beradik di kampung sejak cuti raya tempoh hari. Bayangkan, perbelanjaan pergi balik (tiket bus ekspress + tiket bus lompat- lompat) je da dekat RM150!! Boleh tampung hidup seminggu setengah. Lupakan niat nak balik kampung.
  8. Melawat sedara mara. Penulis ada ibu saudara dan keluarga di daerah asing sebelah utara ni. Cukup lama tak melawat mereka. Rindu nak dengar celoteh sepupu- sepupu yang masih kecil.
  9. Bayar saman ekor motorsikal. Jangan salah faham. Saman tersebut telah diisukan pada 4.++pm, 05 Okt, yang lepas. Ketika itu, penulis sudah pun bergasak melakukan lawatan sambil belajar di pekan Bahau selepas turun dari bus City Liner dari Seremban sesudah turun dari bus ekspress dari wilayah Utara. Dipendekkan cerita, orang lain yang tunggang motorsikal tersebut.
  10. Tambah nilai. Nset neh da lama tak top up! Bayangkanlah!! Hahahah~


Sering lakukan,
  1. Melantak megi. Apa nak buat, hanya megi yang mampu. Cukup suka melantak megi neh.
  2. Melepak sambil renung dinding + siling kat rumah sewa. 
  3. Menumpang printer housemates.
  4. Catu makanan.
  5. Melupakan nset.
  6. Missed bayar bil. Termasuklah bil air, bil elektrik (bil utiliti), bil berokband!!
  7. Menebalkan muka. Ni yang paling malas nak buat. Tapi terpaksa buat. Nak buat macam mana, kering beb! Terpaksa loan pama (papa and mama), adik- beradik yang dah keje. Pergh!! Aib sungguh.
  8. Hilang kewarasan. Terutama apabila melibatkan bayaran mahupun kutipan paksarela dari pihak kampus. Hangin betol. Redha je la.

Setakat ni yang terlintas di fikiran buat masa ni. Di masa hadapan, mungkin ada penambahan di mana- mana. Tunggu..

No comments: