Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Thursday, May 28, 2009

DUN Penanti in Chaotic!!

Heboh dengan perletakan jawatan TKM 1 Pulau Pinang, SPR terpaksa melakukan 1 pilihan raya bagi mengisi kekosongan DUN Penanti yang sebelum ini disandang oleh bekas ADUN tersebut. Hasilnya, sejak 25 Mei yang lepas, maka berduyun- duyunlah manusia dari seluruh pelusok Malaysia datang ke kawasan Hitam ini.. Huhu.. 
Banyak kem yang dibina di sekitar kawasan ini termasuklah kat depan rumah hamba yang dahulunya diknali sebagai Laksa Seringgit kini telah berubah menjadi Bilik Gerakan salah satu parti politik! Tidak terlepas pandang, juga 1 kawasan yang dipanggil Kem Baghdad- digelar sedemikian oleh salah 1 parti politik yang berkempen di sini beberapa hari yang lepas. Kem baghdad yang trletak di tapak ekspo di pekan Bukit Mertajam merupakan kem penempatan sementara Pasukan Simpanan Perskutuan atau digelar juga Federal  Reserve Unit (FRU). Pasukan ini telah ditugaskan untuk memantau pilihanraya tertutup yang bakal berlangsung pada 30 Mei kelak dan juga sepanjang tempoh berkempen di sini. 
Selepas tarikh tersebut, kita akan melihat satu perubahan baru terhadap negeri ini. Siapa yang akan menang, Parti Cap Kunci, Parti Cap Payung, ataupun Parti Facing Together Waxing and Waning Cressent on the Top of Blue background? Kita tunggu dan lihat sahaja. Hamba tidak berminat dengan berpolitik. Suasana politik di negara ini dilihat masih mentah dan tidak professional. Maksud hamba di sini, parti- parti politik di negara ini cenderung untuk mencetuskan perpecahan kaum dan bangsa, Bangsa Malaysia yang mereka cipta dengan menumpahkan banyak darah wira dan perajurit negara! Patriotikkah kita dengan mengamalkan budaya politik sebegini? Wallahualam.

Wednesday, May 27, 2009

Travian


Sejak kebelakangan ni hamba begitu asyik sekali dengan permainan berunsurkan internet ataupun disebut juga di sini sebagai online game. Pastinya tuan hamba semua tertanya- tanya apa ke bendanya online game. Sebenarnya, ia adalah sejenis permainan yang memerlukan aplikasi internet untuk dimainkan. Salah satunya termasuklah Travian. Setakat ini, sudah terdapat empat server permainan ini di Malaysia termasuk satu server laju yang juga disebut di sini sebagai speed server. Jika hendak dibandingkan dengan negara- negara lain yang terlebih dahulu dikemarukkan dengan permainan ini, jumlah tersebut adalah sedikit sebenarnya. Di sini, hamba ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai permainan ini kepada tuan hamba para pembaca sekalian. 

Paparan Pusat Kampung dalam Travian

Pertama sekali, tuan hamba boleh memilih antara tiga puak dalam Travian, Rom, Gaul dan Teuton. Setiap puak mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri dan jenis-jenis askar mereka adalah sangat berbeza juga. Oleh itu adalah penting untuk memilih puak yang sesuai dengan anda. 




Puak Rom

Puak Rom
Empayar Rom ialah puak dalam Travian adalah paling senang dimainkan oleh orang baru. Oleh sebab tahap sosialnya yang tinggi dan pembangunan teknologi Rom ialah pakar dalam bangunan dan koordinasinya, dan pasukan mereka adalah sebahagian daripada elit dalam Travian.
Mereka adalah sangat seimbang dan berguna dalam serangan dan juga dalam pertahanan. Untuk menjamin kepelbagian ini the pasukan Rom dilatih sangat lama dan latihan mereka adalah mahal. Infantri mereka adalah legenda yang hidup, tetapi pertahanan mereka terhadap askar berkuda bukannya sebaik puak lain
Untuk orang baru, yang tidak tahu apa yang mereka hendak main, Rom adalah pilihan yang ideal..

Keistimewaan
  • Boleh tingkatkan atau lanjutkan bangunan dan lapangan sumber serentak.
  • Bonus pertahanan tinggi oleh tembok
  • Pedagang boleh angkut 500 unit sumber (kepantasan: 16 medn sejam)
  • Infantri sangat kuat, askar berkuda sederhana,
  • Pembangunan adalah mahal dan mengambil masa lama.


Puak Gaul

Puak Gaul
Gaul adalah paling aman daripada tiga puak dalam Travian. Askar-askar mereka adalah terlatih untuk pertahanan hebat, tetapi kemampuan mereka untuk menyerang masih setanding dengan dua puak lain. Gaul ialah penunggang, kuda mereka adalah terkenal dengan kepantasan mereka yang membenarkan penunggang mereka menyerang musuh dengan tepat sehingga mereka boleh menyebabkan kerosakan dan mengelirukan mush mereka.

Puak ini adalah sangat senang untuk bertahan, tetapi taktik aggresif boleh dilakukan. Ia berikan anda peluang untuk membentuk mana-mana arah strategik (pertahanan atau aggresif, persendirian atau pembantu yang dipercayai, pedagang atau perampas, infantri atau askar berkuda, peneroka atau penjajah), tetapi anda perlu sedikit pengalaman dan bakat. Boleh dikatakan juga puak untuk pemain baru!

Keistimewaan
  • Bonus kepantasan: Askar tercepat dalam permainan
  • Sederhana bonus pertahanan kerana pagar kubu
  • Pedagang boleh angkut 750 unit sumber (kepantasan: 24 petak sejam)
  • Gua dua kali lebih besar
  • Senjata pengepung yang mahal
  • Peneroka yang murah



Puak Teuton

Puak Teuton
Teuton adalah puak yang paling aggresif. Askar-askar mereka adalah kejam dan ditakuti kerana keberangan dan kegilaan mereka apabila mereka serang. Mereka bergerak sekeliling gerombolan perampas, dan tidak takut akan kematian. 

Tetapi, mereka kekurangan disiplin ketenteraan Gaul atau Rom, yang menyebabkan kelemahan mereka dalam kepantasan dan pertahanan. Untuk para pemain yang aggresif dan berpengalaman Teuton adalah pilihan terbaik!

Keistimewaan
  • Bonus rampasan: gua musuh hanya sembunyi 2/3 kandungannya.
  • Tembok tanah susah dimusnahkan, tetapi hanya berikan bonus pertahanan minimum
  • Pedagang boleh angkut 1000 unit sumber (kepantasan: 12 bidang sejam)
  • Sangat murah dan pasukan terlatih dengan cepat yang membolehkan mereka perampas yang hebat
  • Pertahanan lemah

Jika tuan hamba berminat untuk mencuba permainan ini, hamba galakkan tuan hamba sekalian untuk 
menyertai permainan ini di server terbaru Travian Malaysia speed 3x di 
http://www.travian.com.my/?uc=myx_44211