Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Sunday, June 14, 2009

Hari Bapa, Hari Ibu- bila tu, wujudkah??

Sekapur Sireh
Hamba yakin, ramai di antara muda- mudi dewasa ini keliru mengenai tarikh sambutan Hari Bapa dan Hari Ibu.. Jika sambutan- sambutan yang lain mempunyai tarikh yang tetap, sambutan ini tidak mempunyai tarikh seperti yang tersebut. Namun, bilakah sambutan ini disambut, bagaimana tarikhnya ditentukan?? Teruskan membaca dan anda pasti temui jawapannya..

HARI BAPA


Kad Ucapan Hari Bapa

Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada bapa dan kegiatan kekeluargaan.
Untuk pengetahuan para pembaca, sambutan Hari Bapa disambut pada tarikh- tarikh yang berlainan di beberapa negara. Di Malaysia, sambutan hari bapa disambut pada Ahad Minggu ketiga. Sambutan Hari bapa di negara kita pada tahun ini jatuh pada 21 Jun, iaitu pada hari Ahad minggu ini!! Sudahkah kita bersdia untuk mengucapkan ucapan keramat itu kepada bapa kita??


HARI IBU


Kad Ucapan Hari Ibu

Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang mengiktiraf golongan bapa.
Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Sesuai dengan agama dan kepercayaan kita, sambutan hari ibu di negara kita disambut semata- mata untuk menghargai pengorbanan ibu- ibu kita. Begitu juga halnya dengan sambutan hari bapa. Sesuatu yang menarik mengenai kedua- dua sambutan ini di negara kita, jika Hari Bapa disambut pada hari Ahad minggu ketiga Jun, Hari Ibu disambut pada hari Ahad minggu kedua Mei- 5 minggu sebelum sambutan Hari Bapa diadakan..
Hamba mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Bapa dan Selamat Hari Ibu (walaupun dah 5 minggu berlalu) kepada semua bapa- bapa dan ibu- ibu di seluruh Malaysia (Malaysia jek.. Huhu..)..

4 comments:

Rona Realiti said...

nice blog bro...

Ariff Putera Tun Tuah said...

Nah, just wrote what I had in my head and my view.. Hehe.. There are lots of better blogs out there.. Well, thanks for the comment..=)

ainShahajar said...

ayah dan ibu, hargai mereka ketika mereka masih bernafas...

Ariff Putera Tun Tuah said...

Tepat sekali kata tuan hamba itu.. Hargailah mereka..=)