Jejak Misteri
Friday, June 19, 2009
Transformasi Pendidikan- KBSR kepada KSSR
Sistem pendidikan Malaysia akan berubah lagi.. Transformasi pendidikan ataupun juga disebut sebagai perubahan sistem pendidikan ini akan bermula awal tahun depan di mana Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) akan diubah kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KBSR). Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah menggubal dan menyediakan modul untuk kurikulum baru ini.
Seperti yang telah hamba sebutkan tadi, KSSR akan mengunkan modul sepenuhnya bagi menggantikan buku teks. Beberapa buah sekolah telah dipilih sebagai pilot school ataupun sekolah rintis bagi pra- pelaksanaan kurikulum baru ini..
Dalam pelan pra- pelaksanaannya, KPM telah memilih 500 buah sekolah sebagai sekolah rintis. Program rintis ini telah dilaksanakan bermula 31 Mac sehingga penghujung Jun 2009 melibat murid- murid tahun 1 di sekolah- sekolah terpilih. Ia menyaksikan 50 buah sekolah melaksanakan secara penuh dan selebihnya melaksanakan untuk subjek tertentu/ terpilih. KSSR menyaksikan pembahagian matapelajaran kepada 3 modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asal Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap 1- Tahun 1 hingga 3 akan tertumpu kpd penguasaan 4M- membaca, menulis, mengira & menaakul, dan kemahiran ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara Tahap 2- Tahun 4 hingga 6 akan tertumpu kpd pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Desas- desus ada mengatakan bahawa di bawah program ini, beberapa sukatan/ bab dalam subjek tertentu dari Sekolah Menengah akan diserapkan ke sekolah rendah! Maknanya murid- muid sekolah rendah sekarang sudah semakin jauh ke hadapan..=)
Namun begitu harus diingat, isu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris) masih belum selesai. Apakah ini merupakan satu langkah yang bijak? KSSR diunjurkan oleh KPM semasa Dato' Hisyamuddin memegang portfolio pelajaran. Sekarang, beliau telah bertukar ke porfolio lain dengan menyaksikan TPM memegang portfolio pelajaran menggantikan beliau.. Sejauh manakah keberkesanan perlaksanaan KSSR? Apakah nasib PPSMI?? - Yang ni kena tanya yang lebih pakar.. Susah ese nak jawab.. Kito tunggu yolah yo..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment