Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Monday, October 25, 2010

29 Fakta Mengenai Saman Ekor yang Perlu Diketahui

Baru- baru ini, penulis telah menerima satu panggilan dari kampung halaman mengenai satu surat berdaftar. Setelah surat tersebut dikirimkan semula kepada penulis, satu penelitian telah dibuat ke atas surat tersebut. Penulis telah diminta untuk melaporkan diri ke mana- mana pejabat JPJ untuk proses temu siasat. Penulis akan sentuh bab ini dalam entri yang akan datang.

Menurut surat tersebut, penulis diminta hadir
untuk membantu satu siasatan kes melanggar lampu isyarat melibatkan nombor plat kenderaan penulis. Penulis telah difahamkan, pihak JPJ telah menerima aduan mengenai kes tersebut. Penulis juga difahamkan, bahan bukti yang diterima oleh pihak mereka adalah merupakan gambar yang mungkin ditangkap oleh kamera (tak tau la CCTV atau sebagainya- berlaku dalam tempoh Ops Sikap baru- baru ini). Jadi, penulis tak tahu apa status kes yang cuba disiasat ini, sama ada saman ekor atau pun sebaliknya.


Atas sebab- sebab tertentu (leceh nak terang), penulis diminta untuk menyemak laman portal JPJ (mengikut pautan yang telah dijelaskan kepada penulis) untuk menyemak maklumat tambahan. Setelah digodek- godek, penulis tidak dapat menemui maklumat yang dikehendaki.

Namun, penulis telah menemui fakta mengenai saman ekor yang mungkin berguna kepada pembaca.

Sumber: Portal JPJ/ Soalan Lazim/ Saman Ekor
 
1.      Apa itu saman ekor ?
Saman ekor merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang  melakukan kesalahan yang berkenaan. Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Istilah rasmi bagi saman ekor ialah Notis Pol.170A.

2.      Apa perbezaan antara saman ekor dan saman-saman lain?
Saman ekor ialah saman yang dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan. Manakala saman selain daripada saman ekor merupakan gantian saman mahkamah yang dikeluarkan secara terus kepada  pemandu kenderaan sejurus selepas kesalahan dilakukan (kendiri).

3.      Siapa yang mengeluarkan saman ekor?
Saman ekor dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kesalahan memandu melebihi had laju sahaja.

4.      Saya telah menerima saman ekor, apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya anda menerima saman ekor atau Notis Pol.170A, anda hendaklah mengemukakan butiran pemandu kenderaan semasa kesalahan tersebut dilakukan.

5.      Apakah butiran yang perlu dikemukakan?
Butiran yang perlu dikemukakan adalah seperti yang diminta dalam notis Pol. 170A ialah:
a.       Nama dan alamat pemandu;
b.      No. kad pengenalan pemandu;
c.       No. lesen pemandu;
d.      No. telefon
e.       Jantina pemandu;
f.       Tarikh lahir pemandu;
g.       Warganegara pemandu; dan
h.      No. Pasport.

6.      Bagaimana penerima saman ekor boleh memberi maklumat yang dikehendaki?
Penerima saman ekor boleh mengemukakan maklumat pemandu yang berkenaan dengan melengkapkan notis yang diterima dan mengemukakannya semula kepada pihak Polis Diraja Malaysia. Selain itu, penerima saman juga boleh hadir di Balai Polis yang berdekatan bagi mengemukakan maklumat.

7.      Apakah akan berlaku sekiranya saya tidak memberi maklumat yang dikehendaki?
Sekiranya individu mempunyai lebih daripada 1 saman, pembayaran saman secara ansuran boleh dibuat. Misalnya, jika individu mempunyai 5 saman, individu boleh memilih untuk menyelesaikan bilangan saman mengikut kemampuan sama ada menyelesaikan 1 saman atau lebih dalam satu-satu masa.

8.      Mengapakah tempoh 6 bulan diberi untuk menyelesaikan saman tertunggak?   
Anda tidak boleh menuntut semula bayaran saman yang telah dijelaskan kerana saman-saman tersebut tidak dilupuskan. Kerajaan hanya memberi kelonggaran untuk tujuan pembaharuan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

9.      Apakah yang dimaksudkan pembayaran saman secara ansuran?    
Lesen Memandu hanya dibenarkan untuk diperbaharui selama 1 tahun sahaja sekiranya terdapat saman tertunggak.

10.  Saya telah membayar saman sebelum 11 Ogos 2010, bolehkah saya mendapat semula bayaran saman yang telah saya jelaskan?
Anda tidak boleh menuntut semula bayaran saman yang telah dijelaskan kerana saman-saman tersebut tidak dilupuskan. Kerajaan hanya memberi kelonggaran untuk tujuan pembaharuan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

11.  Berapa lamakah tempoh pembaharuan Lesen Memandu yang dibenarkan semasa tempoh kelonggaran? 
Lesen Memandu hanya dibenarkan untuk diperbaharui selama 1 tahun sahaja sekiranya terdapat saman tertunggak

12.  Berapa lamakah tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor yang dibenarkan semasa tempoh kelonggaran?   
Lesen Kenderaan Motor (LKM) hanya dibenarkan untuk diperbaharui selama 6 bulan sahaja.

13.  Bolehkan Lesen Kenderaan Motor diperbaharui 2 bulan lebih awal sebagaimana amalan biasa sekiranya terdapat saman tertunggak? Adakah kelonggaran masih diberikan?
Lesen Kenderaan Motor boleh diperbaharui 2 bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Kelonggaran masih diberikan kepada individu yang mempunyai saman tertunggak untuk membaharui Lesen Kenderaan Motor 2 bulan sebelum tarikh tamat. Walau bagaimanapun, tempoh sah laku Lesen Kenderaan Motor yang diberikan hanya untuk 6 bulan sahaja.

14.  Apa akan berlaku kepada penerima saman yang tidak menyelesaikan saman tertunggak sebelum 1 Mac 2011?   
Tindakan senarai hitam dan mata demerit akan diaktifkan semula selepas tempoh kelonggaran tamat iaitu mulai 1 Mac 2011. Individu yang memiliki saman tertunggak tidak akan dibenarkan memperbaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor sehinggalah semua saman tertunggak diselesaikan.

15.  Apakah faedah sekiranya saman dibayar dalam tempoh kelonggaran? 
Individu yang membayar saman dalam tempoh kelonggaran tidak dikenakan mata demerit.

16.  Di mana saya boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu saya?   
Jika Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu anda telah disenarai hitamkan, pembaharuan hanya boleh dibuat di kaunter JPJ atau Pejabat Pos sahaja.

17.  Adakah saya boleh menggunakan perkhidmatan MyEg untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu yang telah disenarai hitam?    
Pada masa ini, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu yang telah disenarai hitam hanya boleh dilakukan di kaunter JPJ atau Pejabat Pos sahaja.
Walau bagaimanapun, Jabatan akan menyediakan perkhidmatan pembayaran saman di portal MyEG pada masa akan datang.

18.  Sehingga bila kelonggaran pembaharuan ini diberikan?
Kelonggaran untuk boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu bagi yang telah disenarai hitam diberikan sehingga 28 Februari 2011.

19.  Apakah kuasa JPJ untuk menyenarai hitam saman yang dikeluarkan oleh PDRM?   
Di bawah Seksyen 17 (1)(d) dan Seksyen 29 (1A) Akta pengangkutan Jalan 1987, JPJ mempunyai kuasa untuk enggan memberi Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor sekiranya terdapat sesuatu perkara yang belum selesai dengan JPJ dan PDRM.

20.  Jika saya diberi kelonggaran untuk membaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu, adakah senarai hitam kenderaan saya dilupuskan?   
Tidak. Kenderaan anda masih lagi berstatus senarai hitam walaupun pembaharuan cukai jalan dibenarkan.

21.  Jika saya memilih untuk membayar saman Polis/JPJ hari ini, adakah saya akan dikenakan mata KEJARA?  
Tidak. Mana-mana pembayaran saman yang dibuat dalam tempoh kelonggaran ini (11 Ogos 2010 hingga 28 Februari 2011) tidak akan dikenakan mata KEJARA.

22.  Jika saya memilih untuk membayar saman Polis/JPJ hari ini, adakah saya akan diberi apa-apa diskaun bayaran kompaun?
Tidak. Mana-mana pembayaran saman yang dibuat dalam tempoh kelonggaran ini tidak akan diberi apa-apa diskaun.

23.  Di mana saya boleh semak senarai hitam? 
Semakan senarai hitam boleh dibuat melalui MyEg, Portal JPJ atau melalui kaunter JPJ berdekatan.

24.  Adakah senarai hitam saya akan dilupuskan jika saya membuat bayaran ke atas saman-saman yang telah disenarai hitam?
Ya. Senarai hitam atas saman Polis dan JPJ akan dilupuskan setelah semua saman-saman diselesaikan.

25.  Bagaimana cara untuk saya memastikan kenderaan saya tidak disenarai hitam?
Anda perlu menyelesaikan semua saman-saman yang telah dikeluarkan oleh JPJ/Polis dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan kenderaan tidak disenarai hitamkan
   
26.  Saya mempunyai beberapa saman Polis yang belum diselesaikan dan dalam masa yang sama saya mempunyai 2 buah kereta yang akan tamat Lesen Kenderaan Motor (LKM) pada bulan Okober dan bulan November ini. Bolehkah saya mendapat kelonggaran pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk kedua-dua kereta saya ini?   
Boleh. Anda boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) kedua-dua kereta anda. Tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang dibenarkan ialah  6 bulan sahaja untuk setiap kenderaan.

27.  Saya telah disenarai hitam oleh JPJ atas sebab saman Polis yang tidak diselesaikan. Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu saya tamat pada 28 Februari 2011. Bolehkah saya dapat kelonggaran untuk membayar cukai jalan dan lesen saya pada 28 Februari 2011 tanpa menyelesaikan saman-saman saya?
Boleh. Anda dibenarkan untuk memperbaharui Lesen Memandu untuk tempoh 12 bulan dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk tempoh 6 bulan.

28.  Saya mempunyai 10 saman, sebahagian daripada saman tersebut tidak dilakukan oleh saya. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan?   
Tuan perlu membuat semakan saman di kaunter-kaunter Polis atau JPJ berhampiran.

29.  Apa akan berlaku selepas 28 Februari 2011?
Tiada lagi kelonggaran untuk pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu bagi orang ramai yang telah disenarai hitam.
Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu hanya akan dibenarkan jika kenderaan atau orang tersebut tiada mempunyai senarai hitam.
Mana-mana bayaran saman yang dibuat selepas tarikh tersebut akan dikenakan mata KEJARA.

1 comment:

The Gsk said...

gua pun ade dpt... malas gua nak pegi... katanya gua bwk keta ikut lorong kecemasan...

kete tu mmg no.plat gua, tp betul ke tu kete gua? dan betul ke gua yg bawak? mmg faking syit saman ekor ni..