Bangun pagi, gosok gigi.. Cuci muka, terus mandi..
Macam tu ke? Bukan, bukan mcm tu. Hakikatnya, malam tadi penulis langsung tak dapat lelapkan mata. Sewaktu menjamu makan malam di kedai sebelah bundle pun, fikiran penulis sedang sarat dengan satu persoalan berat. Langsung penulis tidak dapat menyertai isi perbualan yang hangat dibincangkan oleh ahli- ahli politik kedai kopi (rakan- rakan sekelas penulis) kala itu. Mereka ini kalau sudah berkumpul, punggung tu dah macam melekat di atas kerusi, tak tahu nak bangkit walaupun air di dalam cawan sudah kering diteguk oleh kerongkong yang rakus. Lebih mengharukan apabila
bercawan- cawan lagi air top up menyusul. Kalau dilayan, sehingga lewat pagi pun tidak menjadi masalah.
Sampai di rumah, penulis terus memulakan penulisan akademik yang perlu diperbaiki. Seawal lapan pagi, ia perlu dihantar kepada penyelia untuk disemak. Hakikatnya, markah sudah diberi. Penulisan akademik ini perlu dibaiki untuk tujuan penjilidan dan penerbitan. Penyelia penulis menginginkan hasil yang terbaik sebelum ia dijilid. Arrgghhh!! Berat dan sarat kepala penulis apabila memikirkan soal penulisan akademik yang satu itu.
Antara yang menjadi punca kepada ketidak- tiduran penulis malam sebelumnya adalah disebabkan pesanan atau amanat yang satu ini. Sampai sahaja di rumah, rumate penulis telah berpesan satu pesanan kepada penulis. Pesannya, "Corp, kalau aku tertidur nanti, tlg kejutkan ye. Aku nak jemput Miji kat jeti." Begitulah pesan beliau kepada penulis. Tidak diketahui pukul berapa Miji akan sampai di jeti. Hanya itulah pesannya. Sudahnya, sampai sekarang penulis tidak dapat tidur.
Berbalik kepada tajuk entri di atas. Sesudah selesai melakukan pengurusan diri, penulis terus menyarungkan kasut dan menghidupkan enjin moto yang sejuk. Seketika kemudian, sesudah membaca doa menaiki kenderaan, penulis terus memecut ke Kedai Pak Abu. Alhamdulillah, pagi itu (pagi tadi), ada disediakan roti canai. Penulis terus memesan Nescafe Tarik pada abang Tukang Buat Air dan dua keping Roti Canai pada adik Pembantu Pembuat Roti.
"Bang, roti ni nak carik ka?" tanya adik tersebut dalam pelat Utara.
"Ha, apa dia?" tanyaku yang tidak dapat menangkap pelat beliau.
"Roti ni nak carik ka?" tanya beliau lagi sehingga cukup tiga kali!
"Ha, ha'ah," balasku kepadanya sambil mengangukkan kepada.
"Kuah nak buh ataih ka?"
"Ha, ha'ah," balasku lagi sambil menganggukkan kepalaku sekali lagi.
Seketika kemudian, rumate dan beberapa teman lagi menyusul di sana. Sebenarnya, penulis dan beberapa lagi teman sekuliah amat senang menjamu selera di sana. Ini kerana, kedai tersebut mempunyai rahsianya terssendiri!
"Ang taw dak, aku cukup geram kat tokey kedai nasik lembek tuh! Rasa nak pukoi ja pakcik tuh!" kata Zarepan ketika kami sedang enak menjamu selera di sebuah kedai makan pada suatu malam.
"Lor, awatnya ang? Aku tengok pakcik tu okey pa? Mcm tengah hari tadi, pakcik selamba ja top up ayaq kosong aku. Siap sua aih! Aku x mintak pon," balas Pendi Kampong Bahagia pula.
"Hah, sebab tu la aku geram! Ang taw dak, time aku nak bayaq tuh, macam biasa la kan, aku habaq la kat dia aku makan apa. Hang taw dia kata berapa ringgit?" tanya Zarepan dengan suara yang cukup tak puas hati.
"Aku tataw," balas Pendi Kampong Bahagia kurang sabar.
"Kau kene berape tadi?" Tanya Zupa O La La penuh sentimental.
"Hang taw, aku amek lauk 4 jenih, dia suh aku bayaq tiga ringgit enam kupang!!" Balas Zarepan dengan suara yang cukup tidak puas hati.
"Hah, elok la tu. Muroh!" Balas Pendi Kampong Bahagia dengan pelat Telok Ansonnya yang juga agak tinggi.
"Elok hang kata? Rega dia tak kena! Macam mana dia nak untung lagu tu?" Balas Zarepan semula.
"Tu la orang kate, kalau orang yang suke bersedekoh ni, muroh rezeki. Tengok Pak Abu tu, juai muroh, tapi edai tetap jalan. Laku je. Orang ghamai je." Balas Pendi Kampong Bahagia panjang lebar, hampir memasuki fasa tazkirah.
Dakwaan sahabat- sahabat penulis itu ada asasnya. Sewaktu penulis hendak membayar harga Nescafe tarik pagi tadi pun, Pak Abu hanya mengambil seringgit sebagai harga air tesebut. Pak Abu memang tidak berkira.
"Minum apa tadi?" Tanya Pak Abu ramah.
"Nescafe Tari, pakcik," maklumku.
"Aaaa.. Nescafe Tarik ya? Seringgit sudah. Shhh.." Kata Pak Abu kepadaku.
Aku memandang muka Pak Abu dengan muka yang kebingungan.
"Biar betol orang tua ni, tak penah dibuat orang, zaman ni jual Nescafe Tarik harga seringgit!" Penulis bermonolog sendirian sambil terus berlalu pergi. Pernah suatu ketika, usai menjamu makanan tengah hari di kedai Pak Abu, secara tiba- tiba beliau membungkus beberapa bungkus Nasi Lemak di atas meja tempat penulis makan. Sekonyong- konyongnya, beliau terus menyuakan bungkusan itu kepada penulis.
"Eh, apa ni Pak Abu?" Tanya penulis kehairanan.
"Ni, Pak Abu sedekah. Nasi Lemak pagi tadi. Bagi kawan- kawan yang selalu datang makan tu sekali ye," jelas Pak Abu kepada penulis.
"Ya Allah, kau murahkanlah rezeki orang tua ini. Sesungguhnya, dia tidak pernah berkira kepadaku dan rakan- rakan. Kau berkatilah rezeki dia, Ya Allah! Amin!!" Penulis berdoa kepada yang Maha Pemurah.
Begitulah resam Pak Abu. Kadang- kadang, penulis dan rakan- rakan naik segan hendak menjamu selera di kedai beliau. Itulah rahsia kedai Pak Abu. Shhh.. Ini Rahsia Kedai Pak Abu!!
Jejak Misteri
Wednesday, October 20, 2010
Hapa die? Shhhh.. Ini rahsia Kedai Pak Abu!!
Labels:
Bangun Pagi,
Bundle,
Jamu,
Kedai,
Kopi,
Murah,
Pak Abu,
Penulisan Akademik,
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment