Tidak terniat di hati penulis untuk mencemuh, fitnah, memandang hina kepada mana- mana pihak melalui entri ini. Hanya sekadar menyatakan pendapat.
Ini berkaitan tindakan seorang makcik aka isteri kepada PM kita. Bukan penulis ini menyokong mana- mana pihak. Penulis tidak berminat dengan dunia politik. Sudah banyak sengketa yang tercipta oleh politik ni. Sekadar ingin menyatakan
pendapat agar tidak diganggu tugasan si suami itu. Biarkanlah dia melakukan tugas dia. Penulis percaya, tanpa campur tangan makcik, tugasan beliau akan berjalan dengan lebih lancar. Makcik duduk sahajalah di rumah, menjahit, menjaga tanaman pokok bunga, membuat kerja- kerja sulaman tangan, menjaga cucu dan sebagainya. Apa yang saya lihat sekarang ini seperti lebih sudu dari kuah. Banyak sangat campur tangan makcik dalam urusan si suami.
Orang ramai melihat, menilai. Jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak. Tak begitu, makcik? Sekali lagi penulis nyatakan, bukan niat penulis untuk menghina, mendatangkan aib, mencemuh, menyelar, menjatuhkan maruah dan sebagainya. Hanya menyatakan pendapat. Penulis tidak berminat dengan politik. Hanya sekadar memerhati.
Penulis tidak berpihak kepada mana- mana parti. Mana yang baik latar- belakangnya, penulis pangkah. Tidak elok kelakuannya, apakan daya, maafkan penulis. Penulis mengundi bukanlah berdasarkan parti yang diwakili oleh calon. Tetapi, peribadi calon itu sendiri.
No comments:
Post a Comment