Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Tuesday, October 26, 2010

Diari Seorang Pelajar

Petang itu, sesudah tamat sesi merapu oleh si polan, dia segera menendang penendang motorsikal untuk menghidupkan enjinnya. Kelihatan manusia berpusu- pusu membawa tujuan masing- masing. Dia juga mempunyai destinasi tujuannya.  Dengan sabar dia menunggu dearah lautan manusia itu surut agar dapat meneruskan perjalanan yang tergendala.

Tengah hari itu, dia perlu bersegera. Diketepikan nafsunya yang bergelodak untuk menjamah sajian tengah hari. "Aku harus cepat!"
Getus hati kecilnya.

Sampai sahaja di destinasi yang dituju, dia segera menopang motorsikal kapcai buruknya yang telah banyak berjasa. Dibiarkan enjin motorsikal itu reda seketika sebelum dimatikan enjinnya. Sayang sungguh dia pada motorsikal tersebut. Apa tidaknya, motorsikal itu dibeli menggunakan wang sakunya sendiri. Tidak dia mengharap pada belas ehsan orang untuk mendapatkan motorsikal tersebut.

Cuaca petang itu membakar garang. Tidak sedikit pun simpati ditunjukkan kepada mahkluk yang melata di daerah itu. Entah apa dendamnya kepada makhluk di daerah itu. Awan juga tidak gagah memayungi langit di daerah itu. hanya terapung di kejauhan, mengelak dari melintasi daerah yang didendami oleh sang mentari.

Dimasukkan anak kunci ke dalam ibu kunci yang sedia menanti. Dipulas- pulas anak kunci itu agar dapat dia melolosi pintu rumah yang diperbuat daripada kayu itu. dari arah itu, dia telah mendengar aliran air yang sayu di bahagian belakang rumah yang agak tersorok. Di saat itu, syaitan mula menjalankan kerja laknatnya. Dibisikkan kata- kata hasutan amarah kepada anak muda itu.

Dia memujuk  hati yang panas dibakar api kemarahan. Sebelum sampai ke rumah tadi, dia telah singgah untuk membeli sebiji pelambung beserta sebatang sesendal buat membaiki perpaipan yang keuzuran dimamah usia. Kini, dia segera meninjau ke dalam tandas yang paipnya mengalami keuzuran. Sampai sahaja di muka pintu, kakinya telah dibasahi oleh cairan sejuk yang bertakung di atas lapisan batuan gunung yang telah dicanai cantik oleh si pencanai batu.

Kesejukan air itu nyata tidak dapat menyejukkan hatinya yang sedang membara. Jiwanya membahang dikuasai oleh haba pupukan sang mentari ditambah bisikan syaitan yang menghasut. Dia mendengus keras melepaskan rasa tidak puas hati yang ketara.

Segera di mencapai kunci motorsikal untuk membuka bahagian menyimpan peralatan. Diambilnya sebuah apit sambil bergegas semula ke arah bilik air tadi. Dipulas- pulasnya kepala pili itu dengan penuh kesabaran. Seketika, dia kembali ke arah garaj dan terus membelok ke kiri rumah. Dia lupa menutup pili utama yang menyebabkan kebanjiran di bahagian dapur rumahnya. Segera pula dia mengerjakan kepala pili yang uzur tadi.

"Huh, tersumbat pula lubang sesendal ni!" Getus hati kecilnya, hampa. Dicubanya agar bahagian yang tersumbat itu dapat dilegakan. Empat- lima kali mencuba, urusannya gagal. Dia duduk menenangkan fikiran.
seketika kemudian, seorang teman pulang ke rumah tersebut. Dia segera mencapai topi keledar yang tersadai di tepi dinding sebelah kanan rumah. Enjin motorsikal dihidupkan semula. Terus dia memecut ke arah destinasi baru. Tujuannya kini adalah pejabat kerajaan di daerah jiran.

Bersambung..

No comments: