Pada entry sebelum ini, penulis ada menyebut tentang niat penulis yang terbantut akibat air yang dijerang di dalam heater oleh roommate penulis kering tanpa dapat dikesan!! Malahan, percubaan penulis untuk mencelur dan mejamah megi turut terbantut apabila megi yang dicelur penulis dipenuhi semut secara tiba- tiba!!
Oleh kerana kelaparan yang tidak dapat dibendung, mata penulis cerah sampai ke pagi!! Penulis bernasib baik setelah masa yang terluang diisi oleh permainan farmville dan juga Need for Speed (NFS). Setelah azan Subuh berkumandang, penulis bergegas menguruskan diri, solat dan bersiap- siap. Tepat jam 7.35 pagi,
penulis terus memecut motorsikal kapcai standard milik penulis ke kedai Pak Abu, Mengkuang Titi.
Hajat di hati ingin menjamah roti canai pada pagi itu. Alangkah sedihnya apabila dapur roti canai tidak beroperasi pada pagi itu. Penulis terus ke bahagian membancuh air dan memesan secawan nescafe tarik. Beredar dari bahagian membancuh air, mata penulis tertancap pada sebuah tray yang dipenuhi dengan mee goreng dan juga kue teow goreng. Tidak jauh di suatu sudut, kelihatan sepinggan telur mata kerbau.
Penulis memandang ke muka pembancuh air dan muka tuan yang empunya kedai tersebut berulang kali. Tanpa berlengah, penulis terus mencapai pinggan dan senduk yang telah disediakan di situ. Dengan pantas, tangan penulis terus mencedok kue teow gorang tadi ke dalam pinggan di tangan. Beredar dari meja tersebut, mata penulis tertancap pula pada sebakul karipap, terus penulis capai seketul.
Duduk di meja makan, penulis terus membaham hidangan yang telah dipilih sesudah membaca bismillah dan sepotong doa. Roommate penulis, telah penulis tinggalkan di rumah. Penulis yakin beliau akan kembali sebentar lagi. Beliau kelihatan blur pagi ini. Mungkin akibat kejadian awal pagi tadi.
Sesudah roommate penulis menyertai penulis dan baru habis setengah pinggan, penulis sudah selesai mengerjakan kue teow goreng dan karipap tadi. Memandangkan roommate penulis baru setengah perjalanan menghabiskan hidangan beliau, penulis terus menyambar sebungkus nasi lemas dan membaham juadah tersebut tanpa menoleh kiri dan kanan. Alhamdulillah, terisi juga perut penulis pagi ini. Hehe..
Selesai menghabiskan hidangan nescafe tarik kegemaran penulis, penulis terus menghidupkan enjin motorsikal. Sejurus itu, penulis terus memecut ke kampus pula. Sudah hampir lewat, lima minit sebelum jam lapan pagi (kuliah bermula jam lapan pagi). Nasib baik lah perjalanan ke kampus dari kedai makan Pak Abu hanya mengambil masa kurang tiga minit. Hehe..
Jejak Misteri
Monday, October 11, 2010
Kebulor terok!!
Labels:
Blur,
Farmville,
Heater,
Kebulor,
Maggie,
megi,
Mengkuang Titi,
Nasi Lemak,
NFS,
Roti Canai,
Tray
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment