Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Tuesday, October 26, 2010

Warkah Rasmi untuk En. Teknikal


Anak Murid yang Hina, Sijil Pun Tiada,
X PISMP XX/XX/XX X,
IPG Kampus Txxxxu Bxxxxn,
14xxx Bxxxt Mxxxxxxm,
Pxxxu Pxxxxg.
                                                                                                                                                     

En. Teknikal,
Unit Teknikal,
IPG Kampus Txxxxu Bxxxxn,
14xxx Bxxxt Mxxxxxxm,
Pxxxu Pxxxxg.                                                                                                   26 Oktober 2010

RAYUAN diSegerakan Kemasukan Elaun

Tuan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.        Saya mewakili rakan- rakan, merayu agar pihak tuan dapat menyegerakan kadar kemasukan elaun kami.

3.        Untuk pengetahuan pihak tuan, kehadiran elaun tersebut ke dalam akaun kami yang dikatakan bukan hak kami walaupun setelah kami menandatangani lima salinan borang perjajian dengan dua orang penjamin berserta saksi serta lima setem hasil bernilai Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja setiap satu yang telah dimatikan di Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Bandar Pusar Perda, Pulau Pinang tersangatlah membantu kami dalam urusan harian kami dalam mengekalkan komitmen kami terhadap sebarang kehendak kursus dan aktiviti- aktiviti kampus.

4.        Dengan kehadiran elaun tersebut, dapatlah kami menyiapkan portfolio Independent Self- Learning, ISL kami yang perlu dihantar pada keesokan hari.

5.        Dengan kehadiran elaun tersebut, dapatlah kami membayar wang pendahuluan untuk urusan penjilidan laporan kajian tindakan akademik kami yang perlu dilunaskan keesokan pagi.

6.        Dengan kehadiran elaun tersebut, dapatlah kami membeli satu ream kertas A4 80 g/sm untuk mencetak tiga salinan laporan kajian tindakan akademik kami yang perlu dihantar untuk dijilid pada 27 Oktober 2010.

7.        Dengan kehadiran elaun tersebut, dapatlah kami membeli katrij pencetak elektronik yang sudah kehabisan dakwatnya kerana sering digunakan untuk mencetak segala keperluan/ kehendak kursus dan aktiviti- aktiviti telah dijalankan oleh pihak pentadbiran kampus.

8.        Dengan kehadiran elaun tersebut, dapatlah kami memperolehi satu unit pencetak elektronik baru bagi kami yang sudah rosak pencetaknya dan tidak dapat dibaiki oleh pihak yang dirujuk kerana harganya melebihi seunit pencetak elektronik baru yang serupa di pasaran.

9.        Dengan kehadiran elaun tersebut, dapatlah kami mengisi minyak motorsikal  kapcai cabuk kami yang tersadai di garaj kerana tidak terisi tangkinya untuk menghadiri kuliah dan semua aktiviti- aktiviti kampus yang melambak- lambak tidak kenal siang dan malam, pagi dan petang.

10.    Dengan kehadiran elauun tersebut, dapatlah kami mengganti tayar motorsikal kapcai cabuk kami yang telah haus tayarnya dan membahayakan pemanduan kami di jalan raya agar kami tidak mengalami kemalangan yang boleh mengorbankan jiwa yang mana jika sedemikian halnya, kerja pihak encik akan bertambah kerana terpaksa pula bertungkus- lumus menguruskan urusan pampasan insurans kami yang sudah tentu bakal memeningkan kepala pihak tuan sekaligus merugikan wang ringgit pihak tuan dengan nilai yang lebih besar. Selain itu, kami juga dapat menghadiri kuliah dan segala aktiviti kampus dengan lebih cekap dan efisyen di masa hadapan.

11.    Dengan kehadiran elaun tersebut, dapatlah kami mengisi perut kami dengan makanan yang lebih berkhasiat. Justeru itu, tidak perlulah kami melantak Maggie siang dan malam yang mana kandungan bahan kimia di dalam makanan tersebut dapat mengurangkan prestasi dan komitmen kami dalam kuliah dan segala aktiviti kampus.

12.    Dengan kehadiran elaun tersebut, kami akan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi yang mana sudah tentu pihak tuan juga akan mendapat saham apabila kami turut mendoakan kesejahteraan pihak tuan di dunia dan akhirat di atas kebajikan yang bakal tuan lakukan kelak.

13.    Keprihatinan pihak tuan, kami dahului dengan jutaan terima kasih. Semoga Allah memberkati usaha tuan di dunia dan akhirat. Semoga tuan ditempatkan di kalangan orang- orang yang mendapat balasan syurga walaupun kehadiran ia sudah terlewat dari tarikh yang sepatutnya seperti mana yang telah tercatat di atas lima salinan borang perjajian dengan dua orang penjamin berserta saksi serta lima setem hasil bernilai Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja setiap satu yang telah dimatikan di Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Bandar Pusar Perda, Pulau Pinang yang telah kami tandatangani dahulu.


Sekian,

(Anak Murid yang Hina, Sijil Pun Tiada)
s.k./ u.p. En. Teknikal

4 comments:

Ariff Putera Tun Tuah said...

Warkah ini diterima sebentar tadi. Ia merupakan amanah daripada individu yang tidak dapat dinyatakan di sini.

Azie said...

ta hbis2....

Ariff Putera Tun Tuah said...

p/s- ini cuma gambaran situasi yang sedang dihadapi. huhuh~
Oit, jgn lupe klik kat banner yang xmo kluar tuh. Penat aku adjust, xmo kluar gak. Tensi~

Unknown said...

klu nk pinjam dgn saya dulu pun bleh... no hal... saya bukan ALONG tapi saya ATEH... ngehehehehe