Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Sunday, October 10, 2010

Final Sem: Tempoh Peralihan yang Menyesakkan

Suatu ketika, sewaktu penulis berada di sem 6, hati penulis sentiasa tertanya- tanya, "Bila la aku nak masok sem lapan macam dorang tuh?" Terbayang suatu keseronokkan apabila berada di sem 8. Al- maklumlah, semester yang terakhir bagi program sarjana muda.

Apabila berada di sem 7, badge penulis dikehendaki menyiapkan kertas cadangan untuk kajian tindakan akademik. Sewaktu itu, terdetik di hati penulis, "Kejap je neh, sem 8 sok, rilek da aku. Yippee!!" Jelas di situ, penulis sentiasa membayangkan kegembiraan apabila berada di sem 8. Rakan- rakan di bangku sekolah sudah ramai yang menamatkan pengajian. Malah, sudah ada yang menyambung pengajian di peringkat sarjana serta ijazah kedoktoran! Sudah ramai yang memiliki kereta sendiri. Tidak kurang juga yang akan berkahwin, sudah berkahwin dan beranak- pinak.



Hari pertama menjejakkan kaki di semester 8, hati penulis tersangat girang. Apakan tidak, sudah berjaya mendaki ke semester terakhir pengajian. Sudah lebih lima tahun penulis bermastautin di wilayah asing ini. Sebermula minggu pertama, penulis telah menerima kuliah dan taklimat yang padat. "Minggu depan kamu akan kembali ke sekolah praktikum kamu semester lepas untuk menjalani internship," taklimat pensyarah yang bertugas. Jadual awal mengesahkan kami akan menjalani internship pada minggu ketiga. Bermakna, jadual tersebut telah diawalkan selama seminggu.

Internship?

Berbeza dengan bidang lain, internship di dalam bidang perguruan memerlukan guru- guru pelatih menjalani intership sewaktu masih di dalam tempoh latihan walaupun mereka telah menjalani sebanyak tiga kali praktikum sebelumnya. Mereka dikehendaki menjalan 1 projek dan membantu 2 lagi projek lain dari kalangan rakan- rakan praktikum di sekolah yang sama.

An intern is someone who works in a temporary position with an emphasis on on-the-job training rather than merely employment (SIH-199), making it similar to an apprenticeship. Interns are usually college or university students, but they can also be high school students or post graduate adults seeking skills for a new career. Student internships provide opportunities for students to gain experience in their field, determine if they have an interest in a particular career, create a network of contacts, or gain school credit. Internships provide employers with cheap or free labor for (typically) low-level tasks, and also the prospect of interns returning to the company after completing their education and requiring little or no training.
-Wikipedia-
Sepanjang tempoh sebulan menjalani intership tersebut, guru praktikum juga dikehendaki menjalankan kajian tindakan akademik mereka!! (Fusyoo~ Sempat ke?) Namun, itulah kenyataan yang harus dihadapi oleh penulis dan rakan- rakan selama tempoh tersebut. Bunga di hati sudah semakin layu. Rupa- rupanya, semester lapan ni, tidaklah segirang yang penulis sangkakan. Namun diri ini masih kuat memujuk hati agar sentiasa positif. Tempoh sebulan ini hanya sementara. Pejam celik, sudah habis sebulan. Hati penulis pada ketika itu kembali berbunya mekar walaupun tidak semekar dahulu.

Gambaran kajian tindakan

Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan jam sepuluh pagi!! Selesai menjalani tempoh internship, penulis dan rakan- rakan dikehendaki pula menyiapkan laporan kajian. Malah, turut dikehendaki membentangkan hasil dapatan kajian dalam sebuah seminar yang harus dianjurkan oleh pihak kami. Turut dibebani 2 kelas tambahan pada waktu petang, kelas Intel dan kelas Standar Guru Malaysia (SGM) serta tugasan yang disertakan (walaupun tidak mempunyai credit hour), penulis juga perlu menyiapkan tugasan untuk 2 lagi kertas wajib. Bunga yang dahulunya mekar, terasa hangus disambar halilintar!! Hahahah~

Rupa- rupanya, semester lapan merupakan semester yang amat menyesakkan. Tugasan yang banyak dan hampir tersungkur di tengah jalanan tandus. Namun begitu, perjalanan harus diteruskan. Sisa pengajian hanya berbaki beberapa minggu. Minggu hadapan sudahpun sampai ketikanya untuk sesi pembentangan hasil dapatan kajian dalam seminar yang dirancang dan dianjurkan oleh pihak kami. "Ya Allah, Kau gagahkanlah diri kami, Kau teguhkanlah hati kami untuk meneruskan perjuangan ini. Dan semoga perjuangan ini menjadi antara perjuangan yang mendapat redhaMu. Amin!!"

p/s- Cabaran dan perjuangan di sekolah sesudah posting awal tahun depan (insyaAllah) pula menanti. Khabarnya lebih mencabar!! Walawehhh~

No comments: