Oleh: Ariff Putera Tun Tuah
Pulau Pinang: Gempar!! Beberapa pelatih Program Perguruan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di salah satu kampus Insttitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di sini digemparkan dengan pengawalan tarikh praktikum meraka.
Tarikh praktikum kali kedua mereka yang diadakan semester ke- 6 program tersebut yang akan berlangsung selama lapan minggu telah diawalkan seminggu. Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pengawalan tersebut harus dilakukan menyesuaikan dengan kalender kursus dan cuti program berkenaan.
Apa yang memeranjatkan pelatih perguruan semester 6 di sini adalah kerana tarikh penerimaan kenyataan pekeliling dan tarikh pengumuman kenyataan pekeliling tersebut di kampus mereka. Kenyataan pekeliling tersebut telah diterima oleh kampus mereka pada 13 May 2009. Manakala mereka baru dimaklumkan mengenai perkara tersebut pada Isnin lepas iaitu pada 22 Jun 2009 sementara 27 kampus yang lain difahamkan telah sedia maklum dan penempatan pelatih di sekolah- sekolah telah dilakukan lebih awal berbanding mereka.
Beberapa pelatih yang ditemui dipetik sebagai berkata sedikit kecewa dengan kelewatan permakluman tersebut. Mereka harus mencari penempatan di sekolah- sekolah yang berhampiran selain rumah sewa yang mungkin perlu bagi mereka yang mendapat penempatan yang jauh dari kampus.
Mereka juga dipetik sebagai berkata, permakluman yang awal adalah penting di masa hadapan. Ia adalah penting untuk mereka melakukan persediaan awal untuk penempatan mereka.
No comments:
Post a Comment