KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno setuju kajian menyeluruh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan diumumkan kepada orang ramai selepas diteliti Kabinet, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata, pengumuman mengenainya akan dibuat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.
"MT malam ini mendengar taklimat daripada Muhyiddin mengenai kedudukan PPSMI dan kita bersetuju ia diumumkan selepas diteliti dan dipertimbangkan Kabinet nanti," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu, sebentar tadi.
PPSMI seperti mana yang kita maklum adalah Program Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Setelah sekian lama program ini dilaksanakan dan setelah berjuta ringgit wang rakyat Malaysia dihabiskan untuk menyediakan inventories dan properties serta prasarana bagi tujuan tersebut, ada suara- suara sumbang yang mempertikaikan keberkesanan seterusnya mencadangkan penghapusan program tersebut.
Yang menjadi persoalan sekarang ini, sejauh mana penglibatan mereka dalam pelaksanaan PPSMI yang melayakkan mereka untuk mempertikaikan keberkesanannya? Adakah mereka ini guru- guru, pelatih- pelatih perguruan, murid- murid mahupun pelajar- pelajar ataupun Yang Berhormat yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan PPSMI? Tidak sama sekali. Hamba sangat sedih kerana isu seumpama ini dijadikan isu demi kepentingan politik dan tekak sesetengah pihak.
Terdapat sesetengah pihak yang secara jelas dan kasar membabitkan isu memertabatkan dan memperkasakan bahasa Melayu. Perkara ini tidak menjadi isu kerana dalam soal menuntut ilmu, sesetengah perkara lain yang mustahak harus diambil kira. Sekiranya benar perkara ini membabitkan isu permatabatan dan permerkasaan bahasa kebangsaan kita, mengapa tidak seluruh universiti di negara ini menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sains dan matematik dan semua bidang yang berkaitan dengan subjek tersebut?
Kita perlu lihat perkara ini sebagai sesuatu yang positif. PPSMI perlu dilihat sebagai satu platform persediaan kepada murid- murid dan pelajar- pelajar di sekolah- sekolah. Ilmu dalam bidang- bidang tersebut disediakan dalam bahasa Inggeris yang pada asalnya diciplak oleh penyangak- penyangak Inggeris dari bahasa Arab. Dewasa ini, jika ia tidak disediakan di dalam bahasa Inggeris, sudah pasti ia akan disediakan di dalam bahasa Arab. Ini kerana peradapan bangsa kita belum cukup maju untuk menghasilkan ilmu yang seumpama itu yang mana telah disediakan oleh bangsa- bangsa, tamadun, peradapan dan budaya yang lebih awal dari kita. Harus diingatkan, peradapan kita di Tanah Melayu ini hanya muncul setelah Parameswara menduduki Melaka dari Palembang setelah lari dari tanah air tempat umpah darahnya.
Tujuan hamba mewacanakan artikel ini bukanlah kerana hamba tidak sayang kepada bahasa dan martabatnya. Hamba orang Melayu, bangsa Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu, keluar dari perut ibunda hamba yang berbangsa Melayu. Hamba hanya membincangkan isu ini dari sudut ilmiah semata- mata. Tidak ada niat lain. Jika hamba menyentuh sensitiviti mana pihak, maafkan hamba dan silalah tegur dengan lenggok bahasa yang sopan yang mencerminkan kehalusan budaya bangsa kita.
Hamba juga amat berbesar hati jika ada mana- mana pihak yang ingin membincangkan isu ini secara ilmiah. Salam ukhwah.
No comments:
Post a Comment