Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Wednesday, June 10, 2009

Halimah Jongang



Salam perantauan, salam percutian kepada rakan- rakan sekampus dengan hamba dan para pembaca yang tidak berapa nak tetap. Hari ini hamba tertarik untuk mengulas mengenai satu drama yang disiarkan oleh Astro Prima iaitu Halimah Jongang. Drama ini dibintangi oleh Johan Raja Lawak dan beberapa barisan pelakon berbakat yang lain seperti Os dan Tengku Sheera sebagai Heroin.
Drama ini telah menarik perhatian hamba yang xberapa nak minat dengan drama Melayu yang kebanyakannya stereotype! Apa yang menariknya mengenai drama ini adalah kerana jalan cerita dan plotnya adalah satu idea yang baru. Selain dari perjalanan cerita yang sentiasa mencuit hati dan tidak hipokrit- tidak dibuat- buat seperti sesetengah pelakon lain. Ini menunjukkan pemilihan pelakonnya adalah bagus. Tahniah untuk pengarah drama ini!
Selain itu, antara faktor lain yang membuatkan drama ini menarik adalah kerana barisan pelakon berbakat yang jarang keluar di kaca telivisyen. Jadi, penonton tidaklah terlalu bosan menonton muka pelakon tersebut- xminat menonton muka pelakon yang sama dalam 3- 4 drama yang sama dalam satu- satu tempoh.
Kepada yang masih belum menonton drama ini, silalah berbuat sedemikian. Astro Prima ada menayangkan siaran ulangan untuk drama ini. Saya jamin drama ini tidak akan membosankan anda. Anda juga boleh memuat turun drama ini di url, http://aman-evolution.forum6.info/what-s-new-f6/halimah-jongang-tvrip-t2038.htm

No comments: