Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Thursday, May 28, 2009

DUN Penanti in Chaotic!!

Heboh dengan perletakan jawatan TKM 1 Pulau Pinang, SPR terpaksa melakukan 1 pilihan raya bagi mengisi kekosongan DUN Penanti yang sebelum ini disandang oleh bekas ADUN tersebut. Hasilnya, sejak 25 Mei yang lepas, maka berduyun- duyunlah manusia dari seluruh pelusok Malaysia datang ke kawasan Hitam ini.. Huhu.. 
Banyak kem yang dibina di sekitar kawasan ini termasuklah kat depan rumah hamba yang dahulunya diknali sebagai Laksa Seringgit kini telah berubah menjadi Bilik Gerakan salah satu parti politik! Tidak terlepas pandang, juga 1 kawasan yang dipanggil Kem Baghdad- digelar sedemikian oleh salah 1 parti politik yang berkempen di sini beberapa hari yang lepas. Kem baghdad yang trletak di tapak ekspo di pekan Bukit Mertajam merupakan kem penempatan sementara Pasukan Simpanan Perskutuan atau digelar juga Federal  Reserve Unit (FRU). Pasukan ini telah ditugaskan untuk memantau pilihanraya tertutup yang bakal berlangsung pada 30 Mei kelak dan juga sepanjang tempoh berkempen di sini. 
Selepas tarikh tersebut, kita akan melihat satu perubahan baru terhadap negeri ini. Siapa yang akan menang, Parti Cap Kunci, Parti Cap Payung, ataupun Parti Facing Together Waxing and Waning Cressent on the Top of Blue background? Kita tunggu dan lihat sahaja. Hamba tidak berminat dengan berpolitik. Suasana politik di negara ini dilihat masih mentah dan tidak professional. Maksud hamba di sini, parti- parti politik di negara ini cenderung untuk mencetuskan perpecahan kaum dan bangsa, Bangsa Malaysia yang mereka cipta dengan menumpahkan banyak darah wira dan perajurit negara! Patriotikkah kita dengan mengamalkan budaya politik sebegini? Wallahualam.

2 comments:

mektoq said...

muiz,i link blog u eh :)

Ariff Putera Tun Tuah said...

Buleh jek.. Huhu..