Salam perkhabaran dari hamba yang berada di perantauan (Dalam Malaysia jek.. Tapi sebab bukan dalam negeri tanah tumpah darah, di sini hamba sebutkan sebagai perantauan).
Adapun dengan ini, telah lama benar hamba tidak menulis di sini. Di sini kerana adanya kesempatan, maka hamba mengambil peluang yang terhidang untuk mencoretkan tinta hamba di laman ini buat sekian kalinya.
Arakian, hamba kini berada di SKPP, sebuah tempat untuk mengajar orang belajar. Pendek kata, tempat seorang pendidik mencurahkan ilmunya untuk mendidik anak bangsa. Hanya praktikal selama sahaja buat dua bulan sahaja bulan buat kali ini.
Berada di daerah ini, sungguh banyak cabarannya. Baru kini hamba sedar betapa perit dan payahnya menjadi seorang pendidik.
Adapun ditakdirkan, terjadilah suatu kejadian. Negeri Malaysia telah diserang wabak Influenza A aka swine flu aka H1N1!!
Telah banyak institusi pendidikan ditutup kerananya. Setakat hari ini, sebanyak 26 korban telah dicatatkan. Berbalik kepada cerita hamba tadi. Hamba di sini juga tidak terlepas daripada tempias wabak ini. Orang- orang di sini telah digesa untuk memakai topeng untuk membendung wabak tersebut. Bak kata pujangga, mencegah adalah lebih molek daripada membendung! Wallahualam.
No comments:
Post a Comment