Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Monday, August 10, 2009

Berakhirnya Dunia Travian Server Malaysia 1

Para pemain Travian yang dikasihi,

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga zaman ini. Sebaik sahaja Raja Sulaiman diberikan cincin, terukir diatasnya pesanan yang boleh mengambil semua kegembiraan dan kesedihan di dunia ini. Oleh itu, adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyedihkan untuk kami mengumumkan yang dunia Travian ini juga sudah berlalu!



Keputusan: Matahari sudah lama terbenam, tetapi para pekerja kampung Read my profile meneruskan kerja mereka dalam kedinginan malam, tanpa menghiraukan musuh yang tidak terkira yang sedang mara untuk menghancurkan segala usaha yang telah dicurahkan, mengetahui yang mereka sedang berlumba dengan masa dan ancaman terbesar dalam hidup mereka. Akhirnya, segala onak duri berkahir pada 20:47 selepas seorang pekerja meletakkan batu terakhir pada apa yang disifatkan sebagai ciptaan terbaik dan termasyur yang pernah wujud dalam sejarah sejak kejatuhan Puak Natar.

Bersama dengan persekutuan "SS - WW", "kungfu master" merupakan orang pertama yang berjaya menyiapkan Keajaiban Dunia, menggunakan berjuta-juta sumber dan juga melindunginya dengan beratus-ratus ribu askar yang gagah dan berani. Oleh itu, "kungfu master" menerima gelaran "Pemenang Era Ini"!

"Hazell" merupakan pemerintah empayar peribadi yang terbesar, diikuti oleh "Mavik" dan "Ainc".
"botol" ialah penyerang paling gagah dan terkuat pada zaman ini, komander yang paling menakutkan.
"kungfu master" ialah pembela yang cemerlang, membunuh musuh-musuhnya di pagarnya, melumurkan kawasan sekeliling kampungnya dengan darah mereka.

Kami berharap anda menikmati masa gembira seperti mana kami menikmati masa melayani pemain pemain dan syabas kami ucapkan kepada pemain pemain yang bertahan sehingga akhir.

Tulus Ikhlas,
Pasukan Travian Anda

Salam perkhabaran..

Salam perkhabaran dari hamba yang berada di perantauan (Dalam Malaysia jek.. Tapi sebab bukan dalam negeri tanah tumpah darah, di sini hamba sebutkan sebagai perantauan).

Adapun dengan ini, telah lama benar hamba tidak menulis di sini. Di sini kerana adanya kesempatan, maka hamba mengambil peluang yang terhidang untuk mencoretkan tinta hamba di laman ini buat sekian kalinya.

Arakian, hamba kini berada di SKPP, sebuah tempat untuk mengajar orang belajar. Pendek kata, tempat seorang pendidik mencurahkan ilmunya untuk mendidik anak bangsa. Hanya praktikal selama sahaja buat dua bulan sahaja bulan buat kali ini.

Berada di daerah ini, sungguh banyak cabarannya. Baru kini hamba sedar betapa perit dan payahnya menjadi seorang pendidik.

Adapun ditakdirkan, terjadilah suatu kejadian. Negeri Malaysia telah diserang wabak Influenza A aka swine flu aka H1N1!!



Telah banyak institusi pendidikan ditutup kerananya. Setakat hari ini, sebanyak 26 korban telah dicatatkan. Berbalik kepada cerita hamba tadi. Hamba di sini juga tidak terlepas daripada tempias wabak ini. Orang- orang di sini telah digesa untuk memakai topeng untuk membendung wabak tersebut. Bak kata pujangga, mencegah adalah lebih molek daripada membendung! Wallahualam.