Aku buat acuh tidak acuh akan kehadiran mereka. Sibuk dengan kerjaku menanda buku murid. Tiba- tiba, aku terdengar sapaan salam. Aku menjawab perlahan sambil meneruskan kerjaku, masih tidak menyedari kehadiran mereka berhampiran mejaku pada hari itu yang ku kongsi bersama cikgu Kamaruzzaman, guru sesi petang. Guru ini dikatakan bekas warden penjara. Betul atau tidak, wallahualam.
"Cikgu!" Agak keras perkataan itu dilontarkan.
"Cikgu Mu'izzuddin!" Kali ini aku namaku disebut pula. Aku menoleh ke arah suara tersebut.
"Ya, ada apa yang boleh saya bantu?" Aku bertanya kepada mereka dengan cara agak skema. Memang sudah menjadi kebiasaanku untuk bertanya sedemikian sekali- sekala.
Mereka menghulurkan selembar kertas kepadaku. Aku mengambil dan membaca lembaran kertas tersebut. Jelas tertera di situ, "Pertandingan Badminton Sempena Cuti Peristiwa Merentas Desa." Turut disenaraikan adalah nama guru- guru lelaki yang dijemput dan perlu menyatakan persetujuan. Di bawa sekali, jelas tertera cop dan tandatangan penolong kanan. Selanjutnya, aku meneliti beberapa orang guru yang telah menyatakan persetujuan dan turut menurunkan tandatangan mereka selain beberapa bait dialog lucu berunsur cabaran kepada guru lain yang diselitkan berhampiran nama mereka. Ia jelas dapat menggalakkan penglibatan guru- guru terlibat. "Main psychology dorang neh," aku bermonolog sendirian.
"Erm, nama- nama ni siapa yang senaraikan," tanyaku kepada murid- murid tersebut.
"Tataw, tadi PK yang bagi," balas mereka serentak.
"Memang sah ni keje PK," aku bermonolog lagi.
"Macam ni la, saya tataw tempat ni. Kalau cikgu ijat join, saya join." aku memberikan alasan kemalasan.
"Cikgu ijat yang mana cikgu," soal mereka kepadaku bagi mendapatkan kepastian.
"Tu, yang handsome tu. Pergi jumpe die dulu" balasku kepada mereka sambil menunjukkan ke arah kelibat Izad.
"Terima kasih cikgu nuh," balas mereka sambil terus berlalu ke arah Izad, masih takut- takut.
Aku meneruskan kerja- kerjaku yang masih tertangguh. Berkerut- kerut keningku menanda buku murid- muridku. Seketika kemudian, aku terdengar namaku dipanggil lagi.
"Cikgu Mu'izzuddin, cikgu Ijat da bagi persetujuan," kata mereka sambil terus mengunjukkan lembaran kertas sebentar tadi.
Aku mengambil lembaran kertas tadi dan terus mencari nama Izad. Memang sah, Izad sudah menyatakan persetujuannya untuk menyertai pertandingan tersebut.
"Jat, ekau join ko lawan badminton senin nanti?" laungku kepada Izad yang hanya duduk beberapa rantai dariku. (Dekat nak mampos sebenarnya)
"Aah, kurang- kurang eh, terisi gak maso den. Dok umah yo, bosan gak," khabar Izad selamba.
"Ekau tau ko tompek ni? Den tak tau tompek ni ha," khabarku lagi.
"Tau. Alah, nanti kito poie samo. Pagi tu ekau datang umah den." jelas Izad.
"Okeh, settle. Kalau macam tu, sonang kojo den," aku terus menyatakan persetujuanku.
"Terima kasih cikgu!" ucap murid- murid perempuan tersebut dan terus berlalu. Mencari guru- guru yang lain barangkali.
***************************************************************************************************************
Aku begitu tekun menghabiskan makanan tengah hariku ketika itu apabila cikgu Shahril tiba- tiba membuka cerita mengenai pertandingan badminton yang bakal berlangsung.
"Kejap lagi korang g stor sukan ye, kita undi partner." Khabar cikgu Shahril spotan.
"Eh, hang dah bagitaw depa ka?" tanya cikgu Mursyid pula.
"Dak lagi. Baru bagitaw sekerat," balas cikgu Shahril bersungguh.
"Sat, aku call depa," beritahu cikgu Mursyid seraya mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus menghubungi beberapa orang guru lain.
Setelah selesai makan tengah hari dan merapu barang seketika, kami segera beredar ke stor sukan. Kelihatannya beberapa orang guru sudah berkumpul di sana. Setelah sepakat dan kertas undian siap, maka berjalanlah undian pada tengah hari tersebut. Aku akan berpasangan dengan cikgu Razak dalam pertandingan itu kelak. Sementara Izad berpasangan bersama guru pembimbing kami, cikgu Mohd Akhir. Sebelum beredar, sempat juga kami melayan guru- guru ini merapu. (Sekali- sekala merapu ok gak kan.. Huhu..)
***************************************************************************************************************
Pagi itu aku menerima text messaging daripada Izad, meminta aku datang ke rumahnya. Dengan pantas dan cantas, aku bersiap, start motorsikal dan terus menuju ke rumahnya di Taman Guar Perahu. Melalui jalan pintas sepanjang tebing sungai adalah satu peristiwa yang sangat menyeramkan. Kawasan tebing sungai pada waktu pagi adalah sangat sejuk dan berkabus. Motorsikal yang ku tunggang berkemungkinan terjunam ke dalam sungai jika aku culas. Tambahan pula, jalan kecil di tebing sungai itu menjadi laluan jogging di waktu pagi.
Sesampai di tumah Izad, aku terus memakir motorsikal dan memberi salam. Kelihatan kelibat dua orang lagi housemates Izad di sana. " x pergi kuliah ke dorang neh?" bisik hati kecilku.
Setelah berdialog barang seketika, barulah aku tahu duduk perkara yang sebenar. Yang seorang itu mendapat cuti sakit dari encik pembantu perubatan. Manakala yang seorang itu pula, tumpang sakit sekali.
Sementara menunggu Izad bersiap, aku keluar sebentar, mencari sarapan pagi. Teringat pesan mak, "Apo- apo hal, sarapan dulu. Esok kalau sakit, sapo yang susah?" Pesanan emak itu masih tersimpan kemas di kotak pemikiranku. Malah, ia sentiasa terngiang- ngiang tatkala aku berhajat untuk skip sarapan pagi.
Sampai semula di rumah Izad, aku kena bahan dengan budak dua ekor tu. Puncanya, aku tak belikan sarapan untuk mereka sekali. Aku hanya membeli beberapa bungkus nasi lemak dan kuih muih sekadar untuk mengisi perut. (Sebenarnya aku tengah budget duit time tu. Hahahah~ Selepas buat kira- kira, keadaan kewangan aku sememangnya sesak. Mintak maaf kawan- kawan.)
Seterusnya, dengan kalimah bismillah dan doa menaiki kenderaan, aku dan Izad pun bertolak ke dewan badminton Sungai Dua melalui jalan lama. Jalan ini terasa lengang kerana jaran digunakan barangkali.
Sampai di sana, kami dihidangkan lagi dengan sarapan pagi berupa kuih karipap dan juga bihoon goreng. Perut kami yang sudah terisi tidak mampu lagi untuk menerima makanan. Kami mengambil keputusan untuk membaham makanan tersebut sesudah tamat perlawanan akhir tengah hari nanti.
Sejurus kemudian, perlawanan pun berlangsung menggunakan beberapa court yang sememangnya banyak di dalam dewan tersebut. Pengadil pertandingan adalah terdiri dalam kalangan guru- guru yang menjadi peserta juga. Format pertandingan adalah sistem 21. Agak jenuh untuk menghabiskan satu- satu pusingan perlawanan. Apatah lagi apabila kami menggunakan dua set pada satu- satu pusingan perlawanan.
Perlawanan pertama dan kedua menyaksikan aku dan cikgu razak menang mudah terhadap lawan kami. Habis pusingan kedua, aku mempunyai masalah dengan kasut sukan yang aku pakai. Malah, aku juga sudah diselubungi keletihan kerana kurangnya stamina. Untuk pengetahuan semua, aku sudah lama tidak bersukan. Sentiasa ada halangan apabila hendak bersukan pada setiap petang. ( Tak payah cerita banyak. Sebenarnya malas adalah punca utama. Hahahah~)
Perlawanan ketiga menyaksikan aku dan cikgu Razak kecundang. Kami bertemu dengan yang hebat kali ini. Namun kami tetap layak ke separuh akhir. Kali ini kami kalah sekali lagi menjadikan kami hanya layak mara ke pusingan penentuan tempat ketiga dan keempat. Untuk pusingan ini, kami telah bertemu semula dengan lawan pada pusingan ketiga sebentar tadi. Kali ini kami telah memberikan saingan yang agak hebat kepada mereka. Kami hanya kalah tipis. Ini bermakna kami hanya layak merangkul tempat keempat. Aku bersyukur dengan kemenangan yang telah diraih. Sebenarnya, sudah lama juga aku tidak memegang raket badminton walaupun raket itu sentiasa ada di dalam stor. (Hehehe..)
Ini sahaja yang termapu untukku rangkul pada pagi tersebut
Tengah hari itu, kami balik ke ruumah masing- masing dengan baju yang berlemus dengan peluh masing- masing. Terasa kesengalan kerana ttidak membawa tuala dan juga baju spare pada pagi itu.
Beberapa hari berikutnya, aku mendapat tugasan baru lagi. Ini termasuklah lawatan terkejut, tergempar daripada unit praktikum. Nantikan sambungannya dalam Good Morning Sir!! Part 7..
4 comments:
oit....ni FatinShahar...blog yang hagak baru ;p...wahahaaa
Dekat 2 taun da la.. Huhu.. Jrg update. hit counter tuh baru tarok jek 2 minggu lepas.. Huhu..
wow...thniah ler ...=)
Thanks little sis.. huhu..
Post a Comment