Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Wednesday, July 28, 2010

Tawaran Baru Professionalisme Perguruan Malaysia

Menjadikan Profession Keguruan Pilihan Utama
Menarik siswazah cemerlang menyertai profession keguruan adalah kritikal. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang keguruan sebagai profession yang berprestij.

Kerajaan akan menjadikan profession keguruan sebagai kerjaya pilihan dengan menekankan empat perkara berikut:

Jujur Kepada Diri Sendiri

Lahir dan batinmu harus sejalan. Jika tidak sejalan engkau akan terus tertekan. Engkau akan kepayahan untuk menutupi kekurangan dirimu. Hiduplah engkau seadanya. Jujurlah engkau kepada dirimu, engkau akan ringan dan bebas melangkah. Engkau tidak akan dihinggapi rasa was- was dan khuatir terhadap kekurangan dirimu. Ketahuilah, engkau tidak akan meraih kehormatan dengan kedustaan. Kehormatan  dapat diraih dengan kejujuran. Serasikanlah penampilan lahirmu dengan penampilan batinmu. (IBN AL- MUBARAK)

Kisah Si Sopak, Si Botak dan Si Buta (Kisah al- Quran)


Pada suatu masa dahulu, terdapat tiga bersaudara daripada keturunan Bani Israel. Mereka hidup dalam kemiskinan dan sentiasa dihina. Salah seorang daripada tiga bersaudar itu digelar Si Sopak.
Dia digelar begitu kerana kulitnya dijangkiti penyakit sopak. Saudaranya yang kedua, botak kepalanya. Maka digelar Si Botak. Yang ketiga digelar Si Buta kerana buta matanya. Pada suatu hari, si sopak berkata, “Alangkah bahagianya aku jika kulitku sehalus sutera dan aku pula menjadi kaya.”
Allah mendengar kata- kata itu dan mengutuskan malaikat pergi ke rumah Si Sopak dalam bentuk manusia. Malaikat itu berrtanya kepada Si Sopak, “Apakah yang engkau inginkan?”
“Kulit yang halus dan sihat daripada penyakit ini. Aku juga inginkan unta agar aku boleh menternaknya nanti,” kata si Sopak.
Malaikat pun menyapu sekujur tubuh Si Sopak. Kulit Si Sopak pun berubah menjadi halus. Selepas itu, malaikat pun menyerahkan seekor unta yang sedang bunting kepada Si Sopak.
Malaikat seterusnya pergi ke rumah Si Botak pula. So Botak sefang menyesali nasib dirinya yang malang. Kepalanya yang botak kelihatan berkilat. “Apakah yang engkau inginkan wahai Botak,” tanya malaikat.
Saya ingin sembuh daripada penyakit botak ini, biarlah rambut yang halus dan lebat tumbuh, aku juga inginkan lembu untuk dipelihara,” kata Si Botak malu- malu.
Malaikat pun mengusap kepala Si Botak. Dengan izin Allah, tumbuhlah rambut yang lebat. Wajahnya menjadi kacak. Malaikat pun menyerahkan seekor lembu betina bunting kepada Si Botak. Si Botak pun memeliharanya sehingga beranak pinak.
Kemudian malaikat pergi pula ke rumah Si Buta. Seperti dua saudaranya yang lain, malaikat bertanya apa yang si buta inginkan, “Aku inginkan mataku yang buta ini disembuhkan oleh Allah. Maka dapatlah aku melihat saudara- saudaraku,” kara Si Buta.
Malaikat pun mengusap mata Si Buta. Si Buta pun membuka mata dan alangkah terperanjatnya dia apabila sudah dapat melihat. Malaikat pun bertannya kekayaan apakah yang Si Buta inginkan, dan apabila Si Buta meminta kambing, malaikat juga menyerahkan seekor kambing yang sihat dan sedang bunting kepadanya.
Beberapa tahun kemudian, terkenallah ketiga- tiga bersaudara itu kerana kekayaan masing- masing. Ternakan mereka memenuhi ladang ternakan masing- masing.
Mereka sekarang sudah digelar Tuan Sopak, Tuan Botak dan Tuan Buta. Kekayaan mereka tersebar di kalangan Bani Israel.
Allah kemudian mengutuskan malaikat untuk turun ke bumi dalam rupa seorang pengemis. Mula- mula sekali, malaikat pergi ke rumah Tuan Sopak.
“Saya ini musafir yang miskin, tuan,” kata malaikat. “Tiada bekal untuk pulang. Demi Allah yang mengurniakan paras yang indah dan harta yang banyak, berilah unta seekor kepada saya untuk meneruskan perjalanan.”
Tuan Sopak jijik melihat musafir di depannya itu. Maka dia pun berkata, “Aku harus menyelesaikan banyak hutang. Aku tidak boleh memberi apa- apa kepada kau.
"Moga Allah mengembalikan keadaan tuan yang asal,” balas malaikat yang menyerupai pengemis itu.
Selepas malaikat beredar, Si Sopak menjadi seperti dahulu. Kulitnya kembali menjadi sopak. Ternakan untanya semakin hari semakin susut kerana mati. Akhirnya, habislah semua harta kekayaannya.
Malaikat pergi menemui Tuan Botak pula untuk meminta sedekah, Tuan Botak memberi alasan yang sama dengan Tuan Sopak. Maka malaikat pun berdoa agar Allah menjadikan Tuan Botak seperti dahulu.
Kepalanya pun menjadi botak kembali. Lembu si botak juga mati seekor demi seekor. Maka si botak pun kembali menjadi miskin.
Malaikat menemui Tuan Buta pula. Lelaki itu sentiasa bersyukur kepada Allah. Apabila malaikat meminta agar diberikan seekor kambing, Tuan Buta pun berkata, “Dulu aku seorang buta. Allah telah menyembuhkan mataku. Oleh itu, kau ambil mana- mana kambing yang engkau sukai untuk dibuat bekalmu.”
Mendengar jawapan itu, malaikat pun berkata, “Jagalah hartamu baik- baik. Sebenarnya Allah hanya ingin mengujimu. Allah telah meredhaimu, sedangkan saudara- saudaramu telah mendapat kemurkaan.”
Si Buta pun menadah tangan lalu mengucapkan syukur.

Sunday, July 25, 2010

Manusia yang berakal

"Dan sesungguhnya Kami isikan dalam neraka Jahanam itu sebahagian dari golongan jin dan manusia. Mereka itu terdiri daripada golongan yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat- ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda- tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ayat dan nasihat Allah. Mereka tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Merekalah orang yang lalai." (Surah al- A'raf: 179)