Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Wednesday, July 28, 2010

Tawaran Baru Professionalisme Perguruan Malaysia

Menjadikan Profession Keguruan Pilihan Utama
Menarik siswazah cemerlang menyertai profession keguruan adalah kritikal. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang keguruan sebagai profession yang berprestij.

Kerajaan akan menjadikan profession keguruan sebagai kerjaya pilihan dengan menekankan empat perkara berikut:


  •  Ganjaran Kewangan: Profession ini sebenarnya merupakan antara profession awam yang menyediakan gaji permulaan yang tinggi;
  • Pembangunan Kerjaya: Melalui Tawaran Baru untuk guru, prospek kerjaya guru akan menjadi lebih menarik dengan peluang pembangunan professionalisme yang lebih luas selain daripada peluang kenaikan pangkat yang lebih cepat kepada guru yang cemerlang;
  • Berprestij: Sebagai kteria pemilihan dan proerjaya elit, profession keguruan akan menggunakan kriteria pemilihan dan proses penilaian yang ketat. Hanya calon cemerlang akan diterima dalam profession ini; dan
  • Pembangunan Nusa Bangsa: Profession keguruan bertanggungjawab membentuk generasi pemimpin masa depan dan penting dalam membawa Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.

Pengukuhan Latihan Perguruan Melalui Latihan Praktikum
Pengalaman praktikum merupakan elemen pentiing dalam latihan perguruan kerana dapat memberi pengalaman pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Dalam sistem persekolahan terbaik seperti di Finland dan New Zealand, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari segi kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan. Oleh itu, Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum, dan meningkatkan kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia guru pelatih.

Dalam tempoh Rancangan, latihan praktikum kepada guru pelatih akan dipertingkatkan melalui langkah berikut:
  • Kursus Perguruan Lepasan Ijazah akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada satu tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih;
  • Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang layak melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing;
  • Guru berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing untuk meningkatkab kebolehan membimbing mereka; dan
  • Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing.

Penghapusan Jaminan Penempatan Guru Pelatih
Pada 
masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru.

Peralihan Kepada 'Sistem Terbuka' Dalam Latihan Guru
Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding hanya daripada IPG dan IPTA. Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada 'sistem terbuka' bagi menambah sumber guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah. Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan.

Tawaran Baru Untuk Semua Guru Bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profession keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan professionalisme kerjaya ini, Di samping itu, kerajaan akan meningkatkan..

Sumber: Rancangan Malaysia Kesepuluh: Bab 5 Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia

8 comments:

Azie said...

kejamnye mreka ni.... T_T

Ariff Putera Tun Tuah said...

Kejam?? Sebab?

Unknown said...

dalam paper ade kate cikgu boleh join politik ...

hoho~

Peeka Syuhada said...

pemilihan dan proses penilaian yang ketat
*sangat perlu!!!! terutama minat..

Ariff Putera Tun Tuah said...

Seragam Hitam:: Urm.. Yang tu kene dapat pengesahan jawatan dulu kan? Lg, kene buat permohonan untuk berpolitik.

Cik Peeka:: Betol3.. Pasneh x ley pandang lekeh kat profession neh.. =)

Admin said...

i like that...juz go on with it..

Ariff Putera Tun Tuah said...

Well, thanks up there.. Huhu.. =)

Anonymous said...

i dont like this...
ingat student lepasan IPG n IPTA senang cari kerja ke sbb kat ijazah terang2 tulis Ijazah Sarjana Muda PERGURUAN/ PENDIDIKAN.

CTH: pemilik ISMP Akauntan/ Matematik
atau ISMP Pendidikan Jasmani dll..

Ingat boleh minta kerja kat bank, jadi akauntan? sbb title ijazah dia perguruan/ pendidikan.

What's the point of KPLI yg dah ada ijazah tu tetiba nak jadi cikgu..What's the point GSTT diserapkan masuk? dan byk lagi la.

Program perguruan di IPG x sama dgn Uni...cuba tanya mn2 sek...bezakan lepasan IPG n Uni

Menteri Pelajaran pula asyik tukar dasar je... x sempat sesuatu dasar nak tunjuk impak dah tukar dasar lain...

Mangsa: Murid, guru, ibu bapa and bakal guru.