Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Saturday, August 07, 2010

Tawaran Baru Professionalisme Perguruan Malaysia Ep. 2

Sebelum ini, saya telah menerbitkan mengenai tawaran baru yang telah ditetapkan untuk professionalisma keguruan di Malaysia melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK- 10). Di sini, saya mengambil peluang untuk menyambung serba sedikit maklumat tersebut. Sebenarnya, di dalam RMK- 10: Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia, telah ditetapkan beberapa perancangan untuk professionalisme keguruan. Bab lima secara keseluruhannya diperuntukkan untuk bidang pendidikan di Malaysia sepanjang tempoh pelaksanaannya. Juga ditetapkan mengenai kriteria- kriteria bakal guru yang diingini oleh negara untuk membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Sila ikuti sambungannya di bawah.



Tawaran Baru bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
Dalam tempoh rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profession keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan professionalisme kerjaya ini. Di samping itu, Kerajaan akan meningkatkan guru berijazah di sekoah menengah daripada 89.4% pada tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar ini akan ditingkatkan kepada 28% dalam tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015.

Tawaran baru ini mengandungi tiga elemen:
  • Peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi.
  • Meningkatkan pembangunan professional berterusan (CPD) secara sistematik kepada semua guru dan;
  • Kaedah pengurusan prestasi baru yang lebih mantap.

Kemajuan Kerjaya Lebih Cepat Berasaskan Kompetensi
Kemajuan kerjaya yang perlahan merupakan antara sebab siswazah di Malaysia tidak memilih kerjaya perguruan. Sepanjang tempoh 30 tahun perkhidmatan, kebanyakan guru menikmati hanya satu atau dua kali kenaikan pangkat sahaja. Mengikut dasar kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan, pada kebiasaannya guru mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada gred permulaan ke gred jawatan yang seterusnya. Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru berprestasi tinggi adalah penentu untuk menjadikan profession keguruan lebih menarik terutama kepada calon guru yang berpotensi tinggi. Pendekatan ini juga membolehkan lebih ramai gguru berpeluang mencapai gred yang lebih tinggi dalam masa yang singkat dan dengan ini boleh membimbing guru baru lebih awal.

Melalu inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yang lebih cepat berasaskan kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat untuk kenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistrm laluan kerjaya baru dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2015.


p/s- sampai di sini sahaja dahulu update saya. Setiap kali update, saya akan cuba sertakan 2 sub- topik yang berkaitan. Teruskan mengikuti perkembangan ini. Saya juga berharap rakan- rakan guru dan bakal- bakal guru dapat memberi komen yang membina dalam perancangan yang telah ditetapkan ini. Penerbitan semula Bab 5 di dalam RMK- 10 melalui blog saya ini juga adalah untuk memberi pendedahan kepada anda mengenai bidang pendidikan dan keguruan kepada para pembaca secara tidak langsung setelah saya dapati maklumat ini tidak tersebar secara menyeluruh sedangkan ia menarik dan penting untuk pengetahuan kita. Harap maklum. =)

No comments: