Baru- baru ni heboh diperkatakan mengenai Majlis Belia FELDA Malaysia.
Majlis ini dikatakan bakal mencorak aktiviti- aktiviti bermanfaat kepada belia- belia dan beliawanis- beliawanis FELDA seMalaysia.
Apa yang ironisnya di sini, setakat mana penglibatan belia- beliawanis FELDA? Adakah MBFM hanya terbuka kepada belia- beliawanis yang menetap 356 hari/ 12 bulan setahun/ 30 hari sebulan/ 7 hari seminggu/ 24 jam sehari di tanah gugusan FELDA?
Malah, MBFM ini hanya diketahui oleh masyarakat setelah berita tersebut diperkatan ooleh media massa seperti televisyen dan akhbar- akhbar harian utama. Berita baik untuk anak- anak FELDA ini tidak disebarkan secarra meluas nampaknya. Hanya berkisar di kalangan KRONI dan KELUARGA terdekat mereka sahaja!
Harapan saya janganlah MBFM ini hangat- hangat tahi ayam sahaja! Cukuplah masyarakat FELDA "DITINDAS" selama ini. Maklumlah, rata- rata masyarakat FELDA tidak berapa nak celik ilmu. Mungkin ini juga yang menyebabkan keahlian MBFM hanya disebarkan kepada mereka- mereka yang saya perkatakan di atas. Tidak tersebar di kalangan belia- beliawanis FELDA yang melanjutkan pelajaan di IPTA/ IPTS..
Harus diingatkan di sini, apa yang saya coretkan di sini adalah dari pandangan kaca mata saya sendiri dan tidak dipengauhi leh mana- mana pihak. Malah, perkara ini berlaku di gugusan FELDA saya sendiri. Sedih mengenangkan apabila seorang rakan saya, anak FELDA (generasi kedua) bertekad untuk mengubah nasib keluarga dan keluar- pergi jauh dari tanah FELDA tempat dia membesar kerana kecewa dengan sikap, layanan masyarakat FELDA sendiri selain 'penindasan' yang dilakukan oleh pihak pengurusan FELDA kepada masyarakat FELDA! Wallahualam..
p/s- di sini saya lampirkan juga laman web MBFM yang ketika saya lawwat sebulan yang lepas, masih dalam tahap pembinaan.http://blog.mbfm.org/wp-login.... og.mb fm.org/wp-admin/index.php
No comments:
Post a Comment