Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Saturday, December 19, 2009

Apakah nasib Bumi kita akhirnya?? Part 2.

Kita hanyalah peminjam.. Tetapi tidak ramai yang menghargai nikmat pinjaman yang diberikan.. Malah ramai pula yang lupa diri dan menganggap nikmat pinjaman itu adalah hak milik mutlak mereka sehinggakan mereka turut mengheret orang disekeliling mereka terhadap kemudaratan yang telah mereka lakukan..

Pelepasan karbon yang tinggi melalui pembakaran bahan bakar merupakan penyumbang utama kepada pemanasan dan perubahan iklim global.. Selama ni barat telah mengaburi penglihatan dan minda kita dengan menguar- uarkan penebangan hutan adalah punyumbang utama kepada isu ini. Namun adakah kita sedar bahawasannya penebangan hutan hanya menyubang peratusan yang kecil berbanding pelepasan karbon??

Oleh kerana pelepasan karbon yang rakus, maka barulah diuar- uarkan penebangan hutan merupakan punca pemanasan dan perubahan iklim.. Tumbuhan hijau diharap dapat menutup kesilapan ini.. Namun jumlah tumbuhan hijau di dunia sekarang sememangnya tidak mampu menampung semua itu..

Persoalannya, apakah kita hanya mengharapkan tumbuhan hijau untuk menutup kesilapan ini?? Tidak adakah jalan lain?? Negara- negara maju, anda bertanggungjawab terhadap segala kekusutan ini!! Kurangkan pelepasan bahan berunsurkan karbon ke udara. Jalankan R&D untuk penghasilan produk- produk yang tidak berasaskan karbon dengan lebih meluas. Hentikan perang!! Wujudkan dan rangka sistem yang lebih mesra alam!!

Sememangnya usaha ini akan membabitkan kos yang mahal. Tetapi untuk kesan jangka masa panjang, usaha ini memang berbaloi. Bumi kita ini tiada galang gantinya. Bumi hanya 1. Tidak perlu melakukan eksplorasi angkasa untuk mencari planet serupa bumi sedangkan kita boleh menggunakan dana itu untuk menyelamatkan Bumi kita. Jikalau jumpa pun, adalah mustahil untuk jasad manusia menampung jangkamasa perjalanan yang lama ke sana. Malah kita tidak akan mampu memindahkan semua umat manusia di Bumi ke sana..

Selamatkan Bumi kita.. Kita mampu melakukannya.. =_=

2 comments:

NORIZAN ZAKARIA said...

SAYA SUKA ENTRY INI...............!!!!!!!!!!!

Tun,tahniah atas entry ini.ini tandanya kamu punya kesedaran. biarpun sekadar melalui penulisan.inilah sumbangan kita kepada alam.

setiap dari kita punya kesedaran.

Peeka Syuhada said...

love our mother earth~
*blogwalking on senoir's blog..ahahahaha~