Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Thursday, December 17, 2009

Apakah nasib Bumi kita akhirnya??

Apabila duduk di rumah sewa berhampiran kampus, segala maklumat mengenai perkembangan global tertutup.. Ketiadaan televisyen secara tidak langsung menyumbang kepada perkara ini.. Jarang sekali dapat menonton berita di telivisyen.. Apabila berada di rumah ibu- bapa di kampung, pelbagai maklumat mengenai perkembangan dunia dapat dihadam..

Sebenarnya saya agak terperanjat apabila menonton rancangan National Geographic di saluran RTM1 beberapa hari yang lepas.. Ia memaparkan mengenai krisis pencairan ais dan peningkatan air lautan dunia yang teramat serius! Perubahan iklim global yang tidak menentu juga amat membimbangkan. Tidak hairan mengapa baru- baru ini pemimpin dunia berkumpul di Denmark bermula 7hb Disember hingga esok, 18 Disember untuk membincangkan mengenai isu ini..

Malah, filem 2012 yang diilhamkan daripada ramalan kaum purba mayan juga mengambarkan pada tahun tersebut, bumi akan menemui kiamatnya.. Ia digambarkan seperti banjir besar dunia kedua seperti yang pernah dialami oleh Nabi Nuh as. dan kaumnya dahulu..

Sekarang saya ingin menarik perhatian anda kepada program dokumentari yang telah saya sebutkan sebelum ini, National Geeographic.. Dalam dokumentari tersebut, dikatakan berjuta- juta tahun dahulu, permukaan Bumi diliputi oleh jumpah karbon yang sangat banyak.. Seperti yang kita tahu, karbon menyebabkan kesan rumah hijau yang mana ia memerangkap haba di permukaan Bumi. Hidupan di dalam laut yang dikenali sebagai alga telah menyedut sumber karbon yang banyak ini sebagai makanan mereka.. Apabila mereka mati, alga akan termendap ke dasar lautan bersama- sama lumpur dan mendapan laut yang lain.. Setelah berjuta- juta tahun, hasil tekanan dan haba yang berterusan daripada kerak bumi, alga ini kemudiannya membentuk oil crude ataupun petroleum mentah..

Terima kasih kepada alga- alga ini. Disebabkan mereka, permukaan bumi menjadi sejuk dan ketulan- ketulan ais mula terbentuk di beberapa kawasan di permukaan Bumi terutamanya di kawasan pergununga tinggi, Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Seterusnya, manusia menyedut minyak mentah ini ke permukaan bumi dan menggunakan minyak mentah ini dalam pelbagai industri terutamanya permotoran dalam kehidupan seharian. Pembakaran bahan api ini seterusnya membebaskan semula karbon ke udara dan menyebabkan Bumi kembali panas seperti berjuta- juta tahun dahulu!


Gmbar sumber daripada http://news.nationalgeographic.com/news/2009/12/photogalleries/091215-environmental-losses-2009/index.html

Kita harus sedar, pemanasan global dan perubahan drastik cuaca dunia bukan sahaja disebabkan oleh penebangan hutan. Penebangan hutan dan beberapa aktiviti lain hanya merupakan peratusan kecil yang menyumbang kepada pemanasan globan dan perubahan drastik iklim global. Sumbangan terbesar sebenarnya disumbangkan oleh penggunaan sumber berasaskan petroleum yang berleluasa. Malah apa sahaja yang boleh membebaskan karbon ke udara mampu menyumbang kepada perkara- perkara tersebut!!

Saya tidak boleh menulis panjang di sini. Ia hanya akan melumpuhkan perhatian dan minat pembaca.. Dokumentari mengenai petroleum tersebut sepatutnya diulang- tayang supaya pembaca akan lebih faham.. Malah, banyak lagi perkara- perkara yang boleh menyumbang kepada isu ini tidak dapat saya sertakan.. Anda semua akan benar- benar terkejut jika anda tahu!! (sepatutnya anda mengambil berat dan tahu)Kerana ribut taufan yang kerap berlaku beberapa tahun kebelakangan ini juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan isu ini!!

Persoalannya, adakah kita benar- benar mengambil berat mengenai Bumi yang kita huni??

4 comments:

ainShahajar said...

bila baca ni.. mula2 tak sedar sgt

rupanya macam flashback pulak.. bumi nk jd mcm dulu.. ish... tp tu semua kerja Allah.. kita teruskan je hidup...

rasa aman.. tp tak tahu ape yg jd kat luar kan

Ariff Putera Tun Tuah said...

Malaysia tak terasa sangat impak ni.. Maksud saya di sini, impak yang dirasai Malaysia tidak begitu ketara..

Yang betul- betul memberi kesan kepada masyarakat Malaysia adalah banjir yang tidak menentu, hujan yang berubah- ubah polanya dan beberapa kesan lain..

Malah, tsunami yang pernah melanda Acheh tidak lamu dahulu jika ditelusuri secara teliti juga ada mempunyai kaitan dengan semua ini..

Saya percaya, banyak lagi peristiwa yang terjadi kepada Bumi kebelakangan ini sangat berkait rapat dengan perkara yang sebutkan di atas.. Pihak yang berkenaan cuba merahsiakan sesuatu daripada kita.. Namun ia wajar didedahkan. Bukan untuk menimbulkan kekecohan.. Sekadar memberi kesedaran kepada betapa pentingnya memelihara alam sekitar dan perkara- perkara yang menyumbang kepada kemusnahan alam yang secara tidak sedar kita lakukan.. Walaupun cuma sedikit, namun ia tetap menyumbang..

NORIZAN ZAKARIA said...

pembentukan fenomena pulau haba dah pun berlaku di bandar-bandar manusia seperti di Kuala Lumpur.Pulau Haba berlaku apabila karbon dioksida dan beberapa gas-gas lain memrangkap haba di atmosfera lalu bertindka sebagai selimut yang memerangkap haba menyebabkan peningkatan suhu.
percaya atau tidak,sekecil-kecil Kuala Lumpur,kita adalah pembebas karbon dioksida kedua tertinggi di Asia!
asap kenderaan,kilang,perindustrian,pembakaran terbuka dan sebagainya,kita adalah perosak dunia!

Ariff Putera Tun Tuah said...

Wah, kajian dan fakta yang cukup mantap dari Iechan!! Huhuh~
Bagosla..