Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Tuesday, December 15, 2009

Tidak!! Tidak sama sekali!!

Tidak!!
Mengapa harus dikaitkan diriku ini dengan guru disiplin?? Apakah sinonimnya perwatakanku ini dengan guru disiplin yang secara psikologinya ditakuti oleh para pelajar? Nama guru disiplin secara sinonimnya amat ditakuti dan digeruni oleh pelajar sekolah.. Apabila mendengar sahaja nama guru disiplin, perasaan mereka akan menjadi gentar dengan serta- merta.. Ini tidak boleh jadi..

Diriku ini lebih suka digandingkan dengan perkataan kaunselor.. Ya, guru kaunseling adalah lebih sesuai.. Pelajar tidak perlu takut kepada guru kaunseling.. Nama guru kaunseling tidak segerun nama guru disiplin.. Dengan menjadi guru kaunseling, aku boleh psiko pelajar2 bermasalah!! Hahah~~

Apa jua hakikatnya, suatu hari dengan izinNya, aku tetap akan menjadi seorang guru.. Seharusnya menjadi seorang guru yang dihormati kerana kredibilitiku dan bukan kerana kegerunan mereka terhadapku.. (=_=')V

5 comments:

ainShahajar said...

budak skang maybe tak ramai lg yg gerun kot..

sesetgh je kot..

Anonymous said...

guru disiplin??sy tak penah takut ngan guru disiplin..malahan dorang jadi guru yang rapat dgn sy...

Ariff Putera Tun Tuah said...

Ain:: Urm.. Tidak keterlaluan jika saya katakan ramai murid- murid sekarang agak kurang ajar terhadap guru- guru mereka.. Tidak semua.. Segelintir..

Fariha:: Pendekatan yang bagos.. Mungkin awak boleh kongsi dengan kami mengenai pendekatan yang telah digunakan oleh guru tersebut.. =_=

Anonymous said...

hehehe...pendekatan??entah..die cikgu matematik sy....sangat baik..n mase program mentor mentee die jd mentor sy...

skieyn said...

mungkin pengalaman ko sbg ketua pengawas harus di aplikasi kan sbg guru disiplin