Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Saturday, April 03, 2010

Good Morning Sir!! Part 3

Hurm.. Minggu pertama memang galak ganti kelas. Makluman awal, aku bakal mengajar sains dan bahasa penjajah ingeris tahun 5. Di pagi yang hening sesudah perhimpunan pagi rutin di dewan perhimpunan, aku terlihat kelibat dua orang murid perempuan yang memandangku seperti muka wanted. Kemudiannya, aku disapa oleh salah seorang murid perempuan yang kelihatannya takot- takot. Macam malu- malu kuceng pun ader. Haish! Apa mahunya budak neh?

Murid: Assalamu'alaikum cikgu.
Aku: Wa'alaikumussalam. Ya, boleh saya bantu?
Murid: Cikgu ni, cikgu Mu'izzuddin ka?

Aku melihat bahagian atas poket bajuku. "Aku x pakai tanda nama ke pagi ni?" bisik hati kecilku.

Aku: Ya, saya.
Murid: Tahniah, cikgu dapat satu cabutan bertuah pagi ni! Hehehe..

"Cabutan bertuah?? Bior bebenor yeop, bila mase aku participate?" bisikku lagi.

Aku: Cabutan bertuah?
Murid: Ya, kelas ganti!

Aku terkesima. "Padan la pun. kelas ganti rupanya. Hehehe.." Aku menyeringai di dalam hati sambil mengambil cebisan kertas yang dihulurkan oleh murid perempuan tadi.

Terasa sungguh malas untuk masok mengganti kelas pada pagi itu. "Aku x sarapan lagi neh!" Protesku di dalam hati. Aku pun melangkah mencari bilik darjah yang tertera pada cebisan kertas tersebut. Darjah 4B. "Hurm, aku nak ngaja ape kat kelas ni jap lagi?" fikiranku melayang sebentar. Aku bercadang untuk masok santai dan berbual- bual tentang persekitaran mereka pada pagi itu. Aku mematikan langkah dan merenung papan tanda darjah di sudut penjuru pintu. "Hah, sampai dah," bisikku kegembiraan.

Aku melangkah masok ke bilik darjah yang bagaikan pasar pagi itu dengan muke cengey bak kata seniorku. Pada awal kemasukan ke sesuatu darjah, kami bakal guru sememangnya digalakkan masok dengan muka yang serius dan garang. Tujuannya agar murid- murid tidak pijak kepala dan buat perangai.

"Ketua darjah," soalku dengan suara yang agak macho. (Hahahah..)

Ketua darjah: Saya cikgu.
Aku: Silakan.
Ketua darjah: Silakan? Silakan apa cikgu?
Aku: Apa yang patot kamu buat apabila seorang guru masok ke dalam kelas?
Ketua darjah: Beri salam dan hormat cikgu.
Aku: Bagos, silakan.
Ketua darjah: Semua bangon~ Assalam'ualaikum cikgu!
Darjah: Assalamu'alaikum cikgu!
Aku: Wa'alaikumussalam wbt. Baca doa penerang hati dan mudah hafal.
Darjah: Membaca doa.
Aku: Amin. Silakan dudok.
Darjah: Terima kaseh cikgu!


Ketua Darjah 4 Bestari


Aku pun memulakan rencana yang sudah tersemat di kotak fikiranku sebentar tadi. Berbual- bual mengenai kehidupan seharian dan persekitaran mereka serta membuat lawak. Sesi suai kenal la katakan. Aku terpandang senarai nama murid di dinding darjah. Tergerak di hatiku untuk memanggil nama mereka satu- persatu. Sehinggalah sampai pada satu nama, hatiku gatal untuk melawak.

Aku: Muhammad Asyraf Basaruddin!
Murid: Saya cikgu.
Aku: Betol kamu Muhammad Asyraf Basaruddin?? Bukan Asyraf Sinclair??
Murid: Bu.. Bukan cikgu.
Darjah: Tergelak terbahak2..

Perkara yang sama berulang pada nama- nama yang agak sinonim dengan dunia hiburan dan tokoh- tokoh terkenal.

Hendak dijadikan cerita, minggu berikutnya, PK1 memaklumkan jadual akan berubah. Aku tidak mengambil pusing sangat. Apabila mendapat jadual baru, tertera di situ darjah empat. Aku membelek jadual yang baru ku terima dengan lebih jelas. "Ya Allah, 4B! Rosak aku!" jeritku di dalam hati. kelas ni aku da melawak. Comfirm dah dorang buat perangai lepas neh.


Nantikan kisah selanjutnya di dalam Good Morning Sir!! Part 4.

2 comments:

Azie said...

haha!! citer sket2.. cube citer bnyk2 skali..

Ariff Putera Tun Tuah said...

xley cite bebanyak. x suspen la nanti.. Hahahah~