Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Tuesday, April 06, 2010

Good Morning Sir!! Part 5

Minggu tersebut merupakan cuti sekolah bersempena sambutan Chinese New Year. "Huh, betol ke aku kene dudok sorang kat umah sewa cuti CNY neh?" aku bertanyakan soalan itu kepada diriku sendiri. Seminggu sebelum itu..

"Weh, minggu depan cuti taun baru, skolah ko cuti bape hari?" tanya roommate ku di suatu petang.
"Sekolah aku cuti sampai Selasa jek. Skolah ko cuti sampai hari apa? Tanyaku pula.
"Skolah aku cuti sampai Jumaat!" Balasku roommate ku lagi.
"Wah, mane aci weh, nak cuti sampai Jumaat gak~" protes diriku.
"Jom pindah sekolah aku. Dapat cuti sampai Jumaat! Hahahah~" Dia tertawa sambil berkira- kira tentang aktiviti yang bakal dilakukannya sewaktu cuti seminggu tersebut.

Cuti CNY pada tahun ini aku tidak balik ke kampung halaman. Cuti empat minggu itu kurasakan seperti terlalu singkat. Aku ada agenda tersendiri. Berjalan- jalan mencari angin di sebelah utara. Meninjau ke tempat orang.

Cuti empat hariku itu berlalu dengan amat pantas. Rabu berjalan dengan biasa. Khamis pula, aku ada raptai merentas desa. "Mampos aku. Aku nak buat apa raptai esok neh?" aku kembali risau.

"Hello, Assalamu'alaikum!" Izad menyapa melalui corong telefon di sebelah sana.
"Wa'alaikumussalam. Weh, esok kita nak buat apa neh?" Soalku tanpa memberi ruang untuk Izad menyatakan tujuannya menelefonku dahulu.
"Haa, sobab tu la den call kau ni ha. Malam ni ekau datang umah den. Bawak lapop skali. Kito bincang samo- samo," cadang Izad kepadaku.
"Okeh, malam ni den datang. Kau x poie mano- mano kan?" aku bertanya pula untuk mendapatkan kepastian.
"Den nak poie mano pulak? Kau datang yo. Jangan lupo tu. Assalamu'alaikum," perbualan ditamatkan di situ.

Aku membuka mata. "Aik, pasal apa hari dah cerah je neh? Hari ni, hari ape ye? Dah pukol berape neh?" Aku bertanya kepada diriku. Masih terpisat- pisat sambil mmeraba- raba telefon bimbit yang entah di mana.

"Ya Allah, da pukol 7.35 am!! Aku da lewat nak pergi sekolah neh. Hari ni raptai pulak tuh! Jahanam masa depan aku!" aku memarahi diri sendiri di atas keculasanku pada pagi itu. Nasib baik aku hanya perlu memakai seluar dan baju sukan pada pagi itu.

Setelah bermandian ala- ala koboi tidak cukup air dan menyarung pakaianku, aku terus menghidupkan enjin motor kesayanganku dan memecut laju seperti Velentino Rossi (beza jenis moto dengan trek jek. Hahahah) ke arah sekolah. Hampir semua lampu isyarat aku langgar pada pagi itu. (Datok, tolong jangan saman saya. Saya berada di luar paras sedar pagi itu.)


Sampai sahaja di depan pintu pagar sekolah, beberapa cikgu sekolah menegurku, "Hang terlajak tidoq pa?"
"Aah cikgu, tinggai sorang minggu ni," Sapaku pula.
"Naseb bek ang, GB dok tunggu depan pintu pagaq td. Dia baru p ja sat sat ni," lapor guru tersebut.
"Betoi noh? Naseb bek saya. Terima kaseh cikgu!" Ucapku sambil terus berlari- lari anak menuju ke padang sekolah.

Samapi di tepi padang, aku terus menyuakan CD- R lagu untuk senamrobik kepada Izad. Kami terus melakukan setting untuk PA System dan bersiap- siap untuk melakukan senamrobik pada pagi itu. Mulut kami masih bercerabih mengenai peristiwa kelewatanku pagi itu. "Huh, abesla aku kene bahan jap lagi neh. Ni pun da terbahak- bahak dorang gelak. Hampeh boto korang sumo," Aku memprotes di dalam diriku.

"Weh jat, lepas ni nak wat ape weh? Aku da blur neh. Mamai lagi weh," kataku kepada Izad sambil menyuruh murid- murid menukar arah gerakan.
"Kau taram je kop. buat je ape yang terlintas," balas Izad.
"Err.. Saya serahkan aktiviti seterusnya kepada cikgu Izad," umumku di situ menggunakan pembesar suara.
"Ampeh kau koperal! kono den," Izan memprotes tindakanku.
"Aku blur da weh. xleh wat ape da neh," aku memberikan alasan.

Izad meneruskan senamrobik sehingga habis. Sementara aku hanya menemani dia di atas pentas sambil mengikut gerakan- gerakan aerobik yang harus dilakukan. Aku hanya sempat melakukan aktiviti memanaskan badan dan beberapa langkah atau gaya aerobik sebelum menyerahkan acara itu kepada Izad.

Setelah melepaskan budak- budak berlari masuk ke dalam trek, aku mengekori dari belakang sambil berlari juga sambil memerhatikan pergerakan murid- murid. Izad telah lama hilang bersama BGCnya menjaga check point di hadapan dan mengawal arus perjalanan acara dari sana. Acara berakhir pada waktu tengah hari.

Pejam celik, pejam celik, hari rabu pun menjelma. Hari jadi untuk acara merentas desa sekolah. Acara memanaskan badan dan senamroobik pagi itu berjalan dengan lancar. Aku dan Izad turut ditemani oleh PK Koko dan juga seorang guru PJ vateran di atas pentas. Bermacam- macam gaya muncul. Empat orang instructor, 4 gaya muncul di atas pentas! Murid- murid pening kepala mengikut arah gerakan kami pagi itu. Cukup 45 minit ditemani lagu- lagu yang rancak dan gerakan- gerakan yang seiring dengan tempo lagu, kami berempat menyukat peluh di belakang pentas. Habis lenjun pakaian kami ketika itu.

Seterusnya, acara merentas desa pagi itu berjalan dengan lancar seperti mana raptai khamis sebelumnya. Hanya satu kemalangan jiwa dicatatkan apabila seorang murid perempuan melanggar sebuah motorsikah di atas permatang sawah! Juara keseluruhan pula disandang oleh Pasukan Hijau.


Acara merentas desa tahunan sekolah diadakan merentasi beberapa bendang.


Isnin berikutnya, kami diberikan cuti peristiwa bersempena acara tersebut. Aku menarik nafas lega kerana acara senamrobik tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada Izad, PK Koko dan cikgu Salim.

Sebelom balik, kami diperingatkan kepada 1 agenda penting yang bakal berlaku Isnin berikutnya. "Alamak, cuti aku weh~" Jeritku di dalam hati..


Bersambung dalam Good Morning Sir!! Part 6.

2 comments:

Anonymous said...

weh ang x solat subuh ka pagi tu?

Ariff Putera Tun Tuah said...

Subuh Gajah.. Ehehe..