Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Saturday, June 19, 2010

Hatiku Di Harajuku

Hatiku Di Harajuku merupakan sebuah novel karangan Ramlee Awang Murshid. Ia diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn. Bhd. pada tahun 2006.

Novel ini dihadiahi oleh seseorang. Mak angkatku menghadiahinya bersempena hari jadiku yang ke- 20. (Entah macam mana aku buleh ada mak angkat. Setakat ni ada 2 orang. Tidak bercadang untuk menambah mak angkat lagi.)

Ryu Watanabe merupakan seorang pemuda Marei Jin yang merasai hidupnya tidak dirahmati. Dia lahir di penjara dan dibesarkan di rumah kebajikan. Dia seterusnya menjadi seorang yakuza yang digeruni. Malah, seorang samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat kepada permainan maut ini adalah MAUT!

Sabrina, seorang gadis Melayu, tertarik mendengar kisah cinta yakuza- Ryu Watanabe dan Noriko (Noriko adalah merupakan cucu kepada pewaris sah sebuah kumpulan Yakuza di Jepun.) Ia bagaikan sebuah mitos yang tidak pernah terungkai. Tersimpan menjadi sebuah rahsia yang tidak pernah terbongkar. Terpengaruh dengan kisah itu, Sabrina bersetuju menerima pelawaan Murni untuk melancong ke Tokyo. Di Harajuku, mereka mencari Ryu Watanabe. (xdek keje + carik penyakit neh)

Dan, bagaikan kebetulan, saat inilah Ryu Watanabe muncul. Benih cinta tumbuh subur walaupun ia bukanlah pandangan kali pertama. Noriko menjadi cemburu dan berdendam. Akhirnya cinta tiga segi itu menjadi cinta berdarah. Tou Aii atau pedang cinta bertukar menjadi Kogure atau kepala serigala (kalau x silap. Kene semak semula yek)san menjadi saksi kepada pertumpahan berdarah yang berlaku itu. Cinta tidak selalunya indah, ia kadangkala berkalang noda.

Hatiku di Harajuku adalah debaran mengasyikkan sentuhan Ramlee Awang Murshid. Diwarnai cerita cinta yang menggugah hati. Pertarungan yang mencemaskan, suspens, konflik jenayah serta sebuah kisah keluarga menyayat hati. Sayonara- ungkapan yang tidak akan anda gemari.

Ikuti kisah selanjutnya. Pasti anda tidak akan kecewa dengan jalan ceritanya yang menarik.


Mina hito wa
Edo e yukuramu
Aki no kure
Ukiyo kara
Nanri Arouka
Yamazakura

-Yamamoto Tsunetomo-

4 comments:

Ariff Putera Tun Tuah said...

p/s- kalau nak tau kisah selanjutnya, sila beli/ pinjam/ dapatkan di mana- mana buku terebut. Hehehe..

Azie said...

pinjam pd ko bleh??? huhuhu

Ariff Putera Tun Tuah said...

Tebal kot novel tuh.
Caish, aku baru nak mengosongkan aset kat umah sewa tuh, anta balik kampung beransur2. x lame lagi nak blah da dari umah sewa tuh. Yippie!! hahah.. nak abes study dah.

Ariff Putera Tun Tuah said...

p/s- Sedikit pembetulan. Pedang tersebut ialah Tou Aii yang diterjemahkan sebagai pedang cinta. Juga dikenali sebagai Koguchi yang bermaksud kepala harimau melalui teknik pembacaan kanji yang berbeza dan tidak dapat dijelaskan di sini.