Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Monday, June 28, 2010

Pecah!!

Alhamdulillah, setelah bermusafir sejak 7.30 pagi pada hari tersebut, aku akhirnya sampai ke Kem Desa Kelubi, rumah ibu saudaraku yang bongsu. Melayan telatah sepupu- sepupuku yang masih kecil, Nur Farah Izzati, Nur Farah Izani, Mohd Fariszuwanbermain. Turut membantu Nur Fayah Ayu dan Mohd Faris Iskandar menyiapkan tugasan sekolah mereka. Nur Farah Ain pula sedang menyibukkan diri menonton televisyen. Tepat jam sepuluh, aku memohon diri untuk masuk tidur. Keletihan barangkali.
Selesai bersarapan pagi keesokannya, aku duduk termenung di luar rumah ibu saudaraku sambil menikmati suasana pagi. Aku sempat merancang perjalanan balik ke rumah sewa pada hari itu sebelum aku menerima panggilan telefon daripada teman serumah.

“Assalamu’alaikum! Weh, rumah kita kena pecah masok” lapor Fahmie tenang. Seperti redha dengan ketentuan yang telahpun berlaku.
“Wa’alaikumussalam! Bior bebenor kome, ape yang hilang?” soalku cuba mendapatkan maklumat lanjut.
“Barang aku takde yang ilang. Barang orang lain aku x pasti” balas fahmie pula.
“Ok, kejap lagi aku gerak” aku memberikan kata putus.

Sesudah menamatkan perbualan, aku terus masuk ke rumah ibu saudaraku dan bersiap. Sesudah bersiap- siap, ibu saudaraku masuk ke ruang tamu rumah dan terperanjat dengan persiapanku pada pagi itu.

“Hai, kata nak balik petang. Tak jadi balik petang ke?” soal ibu saudaraku kepelikan.
“Tak jadi balik petang bu, rumah along kene pecah masuk. Budak rumah telefon tadi, beritahu rumah kene pecah” jelasku kepada ibu saudaraku yang ku panggil dengan gelaran ibu.
“Astagfirullah.. Ada barang-  barang yang hilang?” soal ibu saudaraku untuk mendapatkan kepastian lanjut.
“Tak pasti pula bu. Nak kene balik, check dulu” beritahuku kepadanya pula.
“Tak sempat ibu nak masak, buat bekal untuk Mu’izz” ibu saudaraku menyatakan kekesalannya.
“Tak mengapalah ibu, buat susah je. Tak ada rezeki la tu” aku cuba memujuk kekesalan tersebut.
“Baiklah. Bawa moto tu berhati- hati. Jangan bawa moto laju- laju. Dah sampai nanti telefon ibu” pesanan yang biasa ku terima dari ibu saudaraku ini diperdengarkan buat sekian kalinya kepadaku.
“Baik bu. Dah sampai nanti along telefon” aku menyatakan kepastian kepada beliau.

Aku mengambil masa kurang dua jam untuk sampai ke rumah sewaku di Mengkuan Titi, Bukit Mertajam. Sampai sahaja di rumah sewaanku, aku terus menjenguk ke dalam rumah tanpa mematikan enjin motorsikalku. Alhamdulillah, tidak ada barang- barang dan dokumen- dokumen penting yang hilang. Di tepi dinding bilikku, terdampar sekeping papan siling yang telah dipecahkan. Aku melihat ke arah lubang yang terbentuk di siling rumah tersebut. Terlihat beberapa keeping genting yang telah dialihkan oleh penceroboh. Sesudah itu baruku sedar yang bahawa lantai bilik itu basah. Sekonyong- konyongnya suatu bau yang kurang enak menusuk ke hidung.

“Sudah lama rumah ni kena pecah nampaknya” bisik hati kecilku.

Berdasarkan keadaan yang ditinggalkan penceroboh dan motor teman- teman serumah yang masih di tempat asalnya sebelum rumah ditinggal, aku yakin itu adalah kerja budak- budak sekolah menengah. Menengah rendah barangkali. Hanya duit syiling salah seorang teman serumahku yang berjumlah RM 500 yang hilang.
Tidak lama kemudian, teman serumah yang menelefonku pulang dari rumah sewaan kawan- kawan yang berhampiran. Setelah berbincang, aku segera memaklumkan kejadian tersebut kepada tuan rumah sewa. Genting rumah yang telah dialihkan oleh penceroboh tersebut harus diletakkan di tempatnya semula. Setelah berbincang sekali lagi dengan teman serumahku tadi, kami bersetuju untuk membersihkan bilik tersebut setelah makan tengah hari. Sementara itu, tuan rumah sewa tersebut berjanji akan hadir pada sebelah petang untuk meninjau kerosakan yang berlaku dan melakukan tindakan yang sewajarnya.
Ternyata hari tersebut sangat memenatkan. Kami redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Semoga ia akan menguat dan mendekatkan kami kepada Maha Pencipta.

2 comments:

Unknown said...

ow...
kire brg abg xdo kne amk la nih...
hurm..
apo nak jd la bdk2 nih..
o_0

Ariff Putera Tun Tuah said...

Ontah la piqa.. Takroti nak koba an mcm mano