Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Wednesday, June 17, 2009

Banci penduduk pertengahan 2010

Salam Sejahtera.
Bangun pagi- pagi tadi hamba telah melawati laman maya berita harian.. Satu artikel di laman tersebut telah menarik perhatian hamba.. Artikel yang hamba maksudkan tersebut ialah mengenai bancian peduduk..
JabatanPerangkaan Malaysia akan melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 pertengahan tahun depan bagi mengemas kini pangkalan data penduduk dan perumahan di negara ini. Ia akan menyediakan perangkaan yang relevan dan lebih tepat untuk dijadikan sumber bagi penyediaan model ekonomi baru negara, dan input kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang akan bermula pada 2011.
Sebelum ini hamba ada tertanya- tanya mengenai bancian penduduk ini. Tidak hairanlah mengapa data mengenainya tidak dikemas kini buat sekian lama dengan pengkaji merujuk kepada data- data lama.. Rupanya banci penduduk di negara kita diadakan setiap 10 tahun sekali! Harus diingatkan, ini bukan banci pekebun kecil getah yang dilaksanakan oleh RISDA atau sebagainya.
Apa yang menariknya di sini, banci ini yang akan dilaksanakan selama dua bulan pada pertengahan tahun depan membabitkan kos keseluruhan RM212 juta. Banci seumpama itu pernah dilaksanakan jabatan itu pada 1970, 1980, 1991 dan 2000. Jadi, tidak hairanlah mengapa ia dilaksanakan setiap 10 tahun sekali.. Hehe..=)
Mesti ada di kalangan pembaca yang tertanya- tanya mengapa hamba berminat untuk membicarakan perkara ini. Harus diingatkan, data yang dipungut daripada banci peringkat kebangsaan setiap sepuluh tahun sekali itu digunakan kerajaan bagi membentuk pelbagai dasar ekonomi negara sebelum ini. 10 tahun merupakan satu tempoh yang lama sebenanya. Kemungkinan untuk data yang diambil digunakan pada tahun- tahun terakhir tidak relevan adalah sangat tinggi. Perkembangan dan pembangunan negara dewasa ini berlansung dengan pesat.
Berita baik kepada yang mencari pekerjaan, banci berskala besar itu juga akan menyediakan kira-kira 29,000 peluang pekerjaan kepada mereka yang menganggur dan dibuang kerja akibat kemelesetan ekonomi untuk diambil sebagai pegawai pembanci sambilan. Permohonan untuk menjadi pegawai pembanci boleh dibuat menerusi laman web rasmi jabatan.
p/s- Sesaper yang nak buat krja sambilan, jangan lepaskan peluang. Terutama students yang nak cari duit saku lebih dan kebetulan sedang bercuti time tu. Tidak lupa juga kepada yang sesedang menunggu panggilan kerja.. Kerja tak boleh memilih sangat zaman ni. Asal rezeki halal, on jek.. =)

2 comments:

ainShahajar said...

a ah la...memang banci penduduk di adakan 10 thn sekali..

kamu ni...mesti tido mase org banci dtg kat umah 9 thn dlu

hehe..jgn marah =P

Ariff Putera Tun Tuah said...

Uiks.. Hehe.. xpasan sbnrnye.. Time tu xdek kesedaran sivik lg agknye.. Huhu..