Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Saturday, June 20, 2009

Intan.. Oh Intan.. Intan ke?? Intan lagi..


Sinetron kipas- susah- mati kaum hawa Malaysia dewasa ini- Intan!

Adalah diceriterakan pada episod 262, keluarga Intan telah ditakdirkan untuk mengetahui kedudukan salah seorang anggota keluarga mereka yang mereka cari selama ini.. Kisah disebalik pertemuan ini adalah atas pertolongan bapa kandung Intan, Fajar yang pernah menjadi permastautin sementara salah sebuah penjara di Indonesia.. Fajar telah menghubungi rakannya semasa dia memegang permastautin di sana. Melalui rakannya itu, keluarga intan telah berjaya mengesan kedudukan Bintang di Sukabumi, Indonesia.. Maka dengan itu, rombongan tiga beranak- Intan, Dr. Rado dan kasih pun bergerak mengesan kedudukan Bintang berdasarkan alamat yang telah mereka terima..

Setelah berjaya menemui rumah tersebut, maka terjadilah pergelutan antara keluarga angkat Bintang vs keluarga kandung Bintang. Pergelutan ini berpunca daripada ketakutan yang hadir dari dalam diri keluarga angkat Bintang. Mereka takut dipenjarakan atas tuduhan menculik Bintang.- Bapa angkat Bintang pernah menjadi rakan sepermastautin tetap Fajar suatu ketika dahulu.

Hendak dijadikan ceritera, semasa Bintang cuba menyelamatkan diri itu berlakulah satu peristiwa yang mana beliau hampir dilanggar oleh sebuah trak pikap. Namun dia ditakdirkan untuk dilanggar oleh kenderaan beroda empat buat kali kalinya. Beliau semat diselamatkan oleh neneknya, kasih.

Justeru akibat dari kemalangan itu, Bintang dan kasih telah dikejarkan ke unit kecemasan. Seterusnya kasih telah dimasukkan ke bilik operasi aka operation room. Sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, kasih telah mewasiatkan kedua bola matanya kepada anaknya yang diaksihi, Intan..

Sedikit epilog untuk episod 262. Sebelum kejadian yang disebutkan di atas, Intan telah bersemuka dengan Bintang. Namun Intan ragu dengan kesahihan Intan kecil (Bintang) sebagai anak kandungnya. Dia telah menuduh Intan kecil sama juga seperti Desi yang mengaku sebagai anak kandungnya semata- mata kekayaan yag dimilikinya..

Sekian sahaja ceritera sinopsis untuk episod ini. Untuk maklumat lanjut, segeralah berkejar ke kedai video berhampiran untuk mendapatkan DVD Intan sementara stok masih ada.. (Itupun kalau da kuar kat pasaran.. Huhu..) Diingatkan juga, DVD tersebut tidak dijual di pasar tani ataupu pasar malam ye.. belilah yang original, hapuskan cetak rompak! Farewell..=)

2 comments:

ainShahajar said...

uish.............

rasanya bwang putih bwg mereh pun tak sepanjang ini

ade zoom..zoom tak

Ariff Putera Tun Tuah said...

Zoom?? Ntah.. Hehe.. xtaw la hamba.. =]