Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Thursday, June 18, 2009

Intan.. Oh Intan..!! Intan ke??

Beberapa klip polaroid yang diambil dari drama tersebut

Intan ke?? Pasti kipas- susah- mati drama bersiri ini tidak akan melepaskan peluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang bakal hamba perkatakan mengenai drama ini.. Hehe..=) Sebenarnya, hamba tidaklah meminati drama ini. Jauh sekali untuk menjadi peminat fanatik ataupun kipas- susah- mati drama ini. Hamba pasti ramai yang setuju jika hamba katakan bahawa drama ini cukup melemaskan jiwa dan perasaan..

Kepada yang masih tertanya- tanya siapa Intan, silakan terus membaca.. Huhu.. Sebenarnya Intan lakonan Naysila Mirdad adalah merupakan sebuah drama bersiri yang disiarkan di kaca televisyen saluran 105 Astro. Bersiaran dari pukul 11 malam sehingga 12 tengah malam dari Isnin sehingga Jumaat. Siaran ulangan boleh didapati pada pukul 11 pagi dan pukul 4 petang di saluran yang sama!

Sebagaimana kebanyakan drama bersiri yang dihasilkan oleh produksi di Indonesia, drama ini juga merupakan adaptasi atau juga disebut sebagai ciplakkan dari siri drama Korea yang berjudul Go Strong Geum Soon!! Sebenarnya telah menjadi seperti suatu trend produksi di sana untuk menciplak drama- drama dari Jepun, Korea dan Taiwan!! Peminat drama Korea jangan marah ye.. Hehe.. Hamba hanya memetik petikan dari beberapa sumber rujukan yang boleh dipercayai.. Bukan senang untuk menghasilkan artikel sebegini tanpa membuat homework terlebih dahulu..

Drama ini telah bersiaran sebanyak 260 episod pada hari ini, 17 Jun 2009!! Dan masih berbaki 4 episod untuk melengkapkan 264 episod kesemuanya.. Selasa depan drama ni tammat!! Yahoo!! Haha.. Tamatlah penderitaan hamba selama ini.. Dah 11 bulan weh!! Bayangkan betapa terseksanya jiwa dan perasaaan hamba selama ini!!

Jika diselidki dari awal, drama ini bermula dengan bibit percintaan ibu Intan, Kasih dan bapanya, Fajar. Seterusnya Kasih hamil dan Fajar bersedia bertanggungjawab waima perhubungan mereka tidak mendapat restu orang tua kedua- dua belah pihak.. Sebenarnya Intan ni adalah anak luar nikah Kasih dan Fajar!!

Kemudian, nak dijadikan cerita, Fajar pun menemui yang Maha Pencipta- meninggal dunia.. Sebenarnya dorang salah sangka Fajar ni meninggal.. Setelah Fajar disalah- sangka meninggal dunia, Kasih meninggalkan anaknya dibawah jagaan ibu mertuanya dan menikah dengan Dr. Frans!! Ces!!

Setelah Intan dewasa, dia terlibat pula dengan konflik cinta beberapa segi.. Bermula dengan pernikahan dengan Ello.. Bersama Ello, Intan mendapat seorang anak luar nikah bernama Rangga yang kemudiannya meninggal dunia akibat kemalangan.. Sedih plak ai..

Setelah Ello ditakdirkan meninggal dunia (Keputusan drastik yang diambil oleh pengarah, penerbit dan penulis skrip untuk lebih mengharu- birukan perjalanan cerita!!), Intan bertemu jodoh dan menikah pula dengan Dr. Rado yang baik hati.. Sebenarnya, perhubungan mereka berdua dari awal lagi tidak mendapat restu daripada orang tua Dr. Rado.

Bersama Dr. Rado, Intan memperoleh seorang cahaya mata bernama Bintang yang cacat pada mulanya. Ini dijadikan punca oleh kedua orang tua Rado untuk memecah- belahkan pasangan ini terutamanya ibu Rado..

Setelah dewasa, Bintang ditakdirkan untuk menghadapi sebuah kemalangan dan hilang dari jagaan kedua orarng tuanya yang tersayang.. Bintang dipelihara oleh keluarga yang telah melanggarnya dan diberikan nama Intan bersempena loket (buah rantai) kepunyaan ibunya- tertulis nama intan pada loket tersebut..

Di sini terjadi beberapa koflik lagi. Konfilik- konflik ini ckup melemaskan jiwa dan perasaan penonton seperti hamba yang terpaksa menontonnya!! ~Apalah nasib diriku yang malang, oh tuhan~.. Antara konflik ini termasuklah trauma yang dialami intan atas kehilangan anaknya, Bintang yangmenyebabkan dia buta, dimasukkan ke rumah sakit beberapa kali serta ditipu oleh suaminya, Dr. Rado- Dr. Rado telah mengupah seorang anak kecil bernama Desi untuk menyamar sebagai Bintang setelah Intan buta untuk mengurangkan penderitaan Intan.. Namun hati seorang ibu dapat mengenal anaknya dengan baik.. Huhu..

Intan juga telah ditakdirkan untuk menjadi seorang pengemis bersama anaknya Bintang!! Perkara ini terjadi setelah bintang berusaha untuk menyelamatkan ibunya yag pada ketika itu diculik dan dipaksa mengemis oleh satu sindiket pengemis..

Penat da nak taip.. Apa kata tuan hamba sekalian tonton sendiri di kaca televisyen kesudahan drama ini.. Ada 4 episod lagi selepas hari ini.. Selamat menonton!!=)

7 comments:

Ariff Putera Tun Tuah said...

Syukur alhamdulillah, siri drama sesak- jiwa- perasaan ini akan tamat selasa depan setelah 11 bulan bersiaran- kurang sebulan cukup setahun!! Selepas ini mintak2 xdek la lagi drama yang panjang menjela mcm ni.. Lomeh den!! xsanggup den nak nuntun eh laie.. Soba yo selamo ni..

ainShahajar said...

pergh..nati update lg..sebab tak tgk.

jeles ngan intan.begitu mudah mendpt kekasih..haha

Ariff Putera Tun Tuah said...

Sabtu ni balik kampus.. So, xyah tgk.. Haha.. Yeeha!! Erm.. t kalau TERtengok, hamba update.. Umah sewa xdek astro.. Hamba ni student yang serba x mampu.. Hehe..=)

ainShahajar said...

ooo......intan ni kat astro ke...

sy usahkan umah sewe..umah sendiri pun takda astro

tp skang kat tenet pun leh tgk..hhaha

Ariff Putera Tun Tuah said...

Internet ke?? Lambat lor.. Gune celcom broadband j neh..

ainShahajar said...

nak seribu daya..takmo seribu dalih..hehe

you tube kot

Ariff Putera Tun Tuah said...

Alamak.. Tajamnye.. Jauh menusuk ke dasar kalbu.. Uhuk2..

Herm.. T la hamba cuba cari website die.. Hehe.. Tp x janji.. Kalau jumpe t hamba update..=)