Penulis ingin higlight tajuk di atas kepada pembaca sekalian. Ia bukanlah seperti mana yang pembaca sekalian sangkakan. Mungkin hanya satu salah faham ataupun silap mata yang berlaku secara tidak sengaja kepada roommate penulis awal pagi tadi.
Ketika itu jam di dekstop komputer riba penulis telah melepasi jam empat pagi. Sedang penulis leka bermain dengan permainan video farmville di laman sosial popular pestbox, tiba- tiba roommate penulis bangkit dari duduknya dan menuju ke dapur. Tidak dapat dipastikan apakah tujuannya pada ketika itu. Kurang lima minit berlalu, beliau kembali semula ke bilik. Dengan muka yang sedikit pucat, beliau memanggil nama penulis,
"Corp!! (nama saintifik penulis di kalangan rakan- rakan rapat)
"Hah, kenapa kau?" (Tanya penulis acuh tak acuh sambil terus menghadap laptop.
"Tadi time aku bangun pukul 2, aku pergi jerang air lepas ke bilik air."
"Lor.. Kau jerang air ke?" Tanya penulis untuk mendapatkan kepastian. (Harapan cerah nak celur megi)
"Tadi aku ke dapur nak jenguk air. Heater tu kosong. Tataw mana pergi air tu!!" Jelas beliau kepada penulis. (Hancus harapan nak celur megi)
"Kau yakin ke? Biar betul kau, perasaan kau je kot?" Tanya penulis meminta kepastian.
"Aku yakin. Lepas gi bilik air tadi, aku tuang air dalam heater tu dalam jug. Lepas tu aku jerang air. Tadi aku jenguk, da tak ada!!" Jelas beliau panjang lebar.
Sekonyong- konyongnya, beliau bangkit semula dari tempat duduk dan terus berlalu keluar dari bilik. Tidak lama kemudian, beliau kembali ke dalam bilik dan terus berselimut di tempat pembaringan beliau sambil mulut terkumat- kamit membaca doa. Tidak dapat dipastikan doa apa yang dilafazkan oleh beliau. Kurang lima minit, penulis menoleh semula ke arah tempat pembaringan beliau. Kelihatan beliau sudah hanyut ke alam mimpi.
Setengah jam berlalu, penulis beredar ke dapur untuk memeriksa. Memang benar seperti dakwaan beliau, heater itu sememangnya kosong. "Ke mana perginya air di dalam heater tersebut?" Tanya penulis kepada diri sendiri.
Setelah menimbangkan sebarang kemungkinan, penulis membuat satu kesimpulan. Berkemungkinan, air di dalam heater tersebut telah disalin oleh salah seorang teman serumah kami. Tempoh air tersebut dijerang dan pemeriksaan keadaannya berselang selama dua jam lebih. Ada masa yang cukup panjang untuk air tersebut sejuk ataupun sekurang- kurangnya menjadi suam sebelum ia disalin oleh teman serumah kami yang lain ke dalam botol (untuk dibawa ke kuliah). Sudah menjadi kebiasaan untuk kami serumah sejak kebelakangan ini, tidur agak lewat kerana sibuk menyiapkan tugasan.
Namun begitu, ada kemungkinan yang tinggi juga hipotesis penulis tadi silap. Alamak.. Wallahualam..
3 comments:
roomate kamu mamai kot.. tuang air dlm jug, pastu ingat jerang semula.. tapi x jerang..
Ada kemungkinan juga. Hahah~
hang mengigau kot...mn ada sape jerang air mlm tu...aku p tandas mlm tu, mn ada air dimsk....
Post a Comment