Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Sunday, October 24, 2010

Dilema Produk Sulung IPG KPM

Assalamu'alaikum,
Bertemu lagi kita di halaman ini. Kali ini, penulis ingin meyatakan beberapa dilema yang telah dan sedang dialami oleh produk sulung Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di keseluruhan 27 (tidak termasuk kampus induk di Nilai, Negeri Sembilan) kampus di seluruh negara terutamanya kampus penulis sendiri. Sebelum anda meneruskan pembacaan, anda dinasihatkan membaca penafian atau disclaimer yang telah disediakan penulis.

Harus diingaatkan juga, tujuan penerbitan entri ini bukan lah bertujuan untuk menempelak atau menyelar mana- mana pihak. Hanya sekadar pendedahan terhadap kelemahan yang telah ditunjukkan. Harapan penulis, perkara sebegini dapat diatasi dengan berkesan dan tidak berulang lagi di masa hadapan. InsyaAllah.

Dilema kami sebagai produk sulung IPG KPM,
  1. Tikus makmal. Sebagai produk sulung, kami merasakan program ini seperti tidak matang. Ia merupakan lumrah kepada mana- mana program baru. Namun, sewajarnya ia diatasi dengan professional agar tidak timbul sebarang isu yang membebankan pelatih seperti yang kami alami. Program ini dilihat tidak dirancang dengan baik/ sempurna/ kemas sebelum dilaksanakan. Seperti dilandaskan pada dratf semata- mata. Kami bagaikan tikus makmal yang diuji sana- sini.
  2. Pemantapan Maktab Perguruan ke arah IPG. Dengan title maktab perguruan, pihak maktab hanya boleh mengeluarkan produk yang degan taraf diploma. Produk  berijazah hanya boleh dikeluarkan apabila maktab perguruan dinaik taraf kepada IPG. Namun begitu, pengambilan produk pra ijazah (dijanjikan pengajian peringkat ijazah) telah mula diambil sebelum maktab perguruan dinaik taraf kepada IPG. Bacaan pertama di dewan rakyat hanya dibuat setelah kami berada di peringkat ijazah. Ia sedikit sebanyak merisaukan kami pada ketika itu jika bacaan tidak diluluskan. Namun, ia tidak lagi menjadi isu setelah maktab perguruan telah dinaik taraf kepada IPG.
  3. Elaun sering lewat. Kata- kata seperti, "Itu bukan hak kamu!!" dan "Durhaka!!" sering menjadi halwa telinga. No comment.
  4. Pekeliling terbaru menyatakan, "TIADA KISSM" untuk produk sulung IPG!! Produk sulong IPG tiada KISSM?? Ada sumber yang menyatakan, geran untuk KISSM prodduk sulung IPG telah dikeluarkan oleh JPA. Namun, setelah IPG berpisah daripada BPG, BPG insist untuk menyerahkan geran tersebut kepada IPG. Jadi, tiadalah KISSM untuk produk sulung IPG (sebelum ini, produk sulung IPG dan IPG sendiri bernaung di bawah BPG). *Tidak termasuk KPLI kerana KPLI masih dinaungi oleh BPG.
  5. Arahan untuk mengosongkan kolej kediaman. Atas alasan, bumbung asrama perlu dibaiki kerana banyak yaang bocor, paras 3 harus dikosongkan. Justeru itu, pelatih senior perlu beralah/ beransur- pindah keluar kolej kediaman, menyewa di luar. Setelah bumbung selesai diperbaiki (hampir setahun), semua pelatih dipanggil masuk semula. Namun, apabila memikirkan kemungkinan untuk diarahkan keluar semula, ramai yang mengambil keputusan untuk terus menyewa di luar.
  6. Tiada temuduga JPA untuk produk sulung IPG. Temudugga JPA tahun ini hanya untuk KPLI. Sebab? Sebab program masih belum lulus MQA!!
  7. Audit MQA. Sebagai produk sulung untuk program yang baru, wajib kena audit MQA. Hat ni antara yang memeningkan kepala sehingga menyebabkan stress dan burnout!
  8. Format laporan kajian tindakan akademik yang tidak selaras. Banyak sangat mazhab.
  9. Nak jilid laporan kajian tapi tak berduet!!
  10. Banyak lagi. Malas plak nak taip. Buat sakit ati jek.. Dilema.. Oh.. Dilema..

3 comments:

ishiko said...

ouhh... singguh membimbangkan... ape la naseb kami yg baru sem dua neh...adeyh.. -_-"

Ariff Putera Tun Tuah said...

Kesan kepada batch selepas kami mungkin berkurangan memandangkan kami telah 'menyerap' semua kesan tersebut.

Ariff Putera Tun Tuah said...

**Pembetulan**
Kesan kepada batch selepas kamu mungkin berkurangan memandangkan kami telah 'menyerap' semua kesan tersebut.