"Betol wei, aku x bohong. 12 inci, satu kaki panjang die!" Cerita seorang rakan ketika penulis sedang dan rakan- rakan sedang melepak menjamu makan malam di sebuah kedai siam.
"Kau biar senonoh sket Anep, ni bukan main- main. Kalau 12 inci, aku pun nak!!" Tanya seorang rakan yang lain.
"Lor.. Betol la. Tak caye, kau cube tanye Corp. Die pun ader time tuh!"
Tegas Anep pula sambil menjuihkan bibirnya ke arah penulis.
"Betol ke Corp?" Tanye rakan itu lagi.
Penulis yang tidak ambil pusing sangat mengenai cerita yang dibualkan oleh rakan- rakan pada malam itu, hanyya menganggukkan kepala. Mata penulis telah melekat di kaca televisyen berdekatan kaunter pembayaran di bahagian belakang kedai. Maklumlah, di rumah sewa tiada televisyen. Ketika itu sahajalah penulis dapat meluangkan masa untuk menonton televisyen.
Tambahan lagi, penulis sememangnya jarang melibatbatkan diri dengan perbincangan mereka. Hanya sekali- sekala penulis mencelah sekiranya perkara yang dibincangkan mempunyai isi yang bagos. Selebihnya, penulis hanya tersengih dan tertawa melihat dan mendengar cerita dan lawak mereka.
"Huh, kau cakap dgn Corp, fikiran die bukan ada kat sini. Asik tengok tv!" Gurau seorang rakan yang laen.
"Yela, aku ni org miskin, umah sewa aku xdek tv. Tak macam umah sewa korang." Usik penulis pula.
"Ni, betol ke si Boy tu punye, panjang 12 inci?" Tanya seorang rakan lagi untuk mendapatkan kepastian.
"Apanye yang 12 inci?" Penulis pura- pura bertanya.
"Alaa.. Yang *tuttt* tu la!" Rakan yang laen pulak bertanya, kurang sabar.
"Oh, betol la tuh. Si Boy tu punya, panjang 12 inci." Jelas penulis.
"Panjangnya. Die pakai minyak Dhob ke hape?" Seloroh seorang rakan lagi.
"Alaa.. Engkau pun ada time tuh. Tak kan x perasan kot? Tu la, tak habis- habis dengan Dhob die!!" Penjelasan penulis diikuti oleh gelak ketawa dari rakan- rakan.
"Ha, kan aku da kata," Anep mencelah setelah lame membisu.
"Tak kan lah," protes rakan yang diketawakan tadi.
"Kalau kau tak percaya jugak, sekarang kita gi beli kat Boy! Betol, hotdog die panjang, 12 inci! RM3.50 jek! Berbaloi- baloi.." Anep meyakinkan lagi.
Perbualan pada malam itu berlarutan lagi sehingga beberapa ketika. Sememangnya hotdog yang dijual oleh Boy Burger di simpang Penanti berukuran 12 inci. Malah, harganya juga berpatutan, hanya RM3.50 seunit.
2 comments:
cess!!
hapa la lawak..
Hahahah~
Time kaseh
Cite tu x lengkap. Hehe..
Post a Comment