Jejak Misteri

Kepada sahabat- sahabat blogger yang singgah melawat dan mahu penulis melakukan lawatan balas, tersangatlah besar hati penulis jika kalian dapat meninggalkan nama pena beserta url kalian di sini. Melalui cara ini, jika berkesempatan di kemudian hari, dapatlah penulis melakukan lawatan balas kepada kalian pula. =)

Saturday, October 09, 2010

Itu bukan HAK kamu!! DURHAKA!!

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,
Pembaca yang budiman sekalian. Suka sekali penulis membawa pembaca untuk meneliti dan menelusuri tajuk PERBINCANGAN kita pada kali ini. Apakah yang cuba penulis sampaikan melalui tajuk tersebut? Mari kita ikuti dengan lanjut perbincangan kita. Hangat atau tidak, mari kita hayati bersama. Fikir- fikirkan, renung- renungkan.

Mengimbau kembali peristiwa yang berlaku hampir lima tahun setengah yang lampau. 4 Julai 2005 merupakan tarikh keramat bagi hampir 2000 orang anak muda seluruh negara lepasan SPM, Matrikulasi dan beberapa orang anak muda yang mengambil keputusan keluar dari pengajian mereka di beberapa institusi pengajian tinggi tempatan (permohonan adalah berdasarkan keputusan SPM). Hari tersebut merupakan tarikh pendaftaran P****P di kampus sebuah institusi pengajian tinggi (Institusi ini mempunyai banyak kampus) seluruh negara yang mana sebermula hari tersebut, secara tidak rasminya mereka bergelar ****  pelatih (rasmi hanya apabila surat perjanjian ditandatangani). Penulis yakin, peristiwa yang sama turut berlaku kepada ambilan- ambilan yang seterusnya. Hanya tarikh yang membezakan peristiwa- peristiwa tersebut.

Sebelah petang hari pendaftaran tersebut, telah diberikan taklimat berhubung surat perjanjian kepada semua pelatih dan juga penjaga yang hadir (ada pelatih yang tidak ditemani oleh penjaga). Antara isu yang telah
diajukan kepada inividu berpangkat paling tinggi bahagian pengurusan pelajar sewajarnya ditukarkan kepada istilah pelatih) pada ketika itu termasuklah persoalan elaun **** pelatih.

Sekarang, penulis ingin menarik perhatian pembaca kepada surat perjanjian yang perlu ditandatangani oleh pelatih berkenaan dalam tempoh 3 bulan bermula dari hari pendaftaran. Surat perjanjian ini merangkumi beberapa syarat yang telah dikemukakan di atas surat tersebut dan perlu ditandatangani oleh 2 orang penjamin (salah seorang penjamin dibenarkan dari kalangan ibu bapa/ penjaga pelatih. Sementara seorang lagi penjamin hendaklah dari kalangan kakitangan kerajaan berpangkat DG41 dan; atau setaraf) dan seorang saksi kepada penjamin- penjamin tersebut berserta lima keping setem hasil yang harus dimatikan untuk lima salinan surat perjanjian kemudiannya di LHDN. Jelas ditulis di situ, bayaran ganti rugi sebanyak RM110 000- RM130 000 jika pelatih keluar/ meninggalkan pengajian dan beberapa sebab lain yang mana pelatih tidak lagi bergelar pelatih di mana- mana kampus institusi pengajian tinggi berkenaan pada ketika itu.
*Untuk maklumat lanjut, sila rujuk salinan surat berkenaan.

Persoalannya di sini, apa rasionalnya denda sedemikian disertakan pada surat perjanjian? Tidakkah surat perjanjian sedemikian (penjamin dan saksi serta setem hasil yang harus dimatikan) hanya wujud sekiranya melibatkan perjanjian pembiayaan kewangan (atas sebab- sebab tertentu) dan perkara- perkara yang melibatkan kewangan? Perlukah penuntut institusi pengajian tinggi lain membayar denda jika mereka meninggalkan pengajian mereka melainkan mereka mendapatkan pembiayaan kewangan dari pihak- pihak tertentu yang memerlukan bayaran semula (sudah tentunya kepada pihak yang memberikan pembiayaan dan bukan kepada pihak kampus atau badan induk kampus)?

Kita tinggalkan dahulu persoalan tersebut. Pada suatu seminar yang diadakan di salah sebuah kampus, beberapa bulan selepas pendaftaran dan penyerahan surat perjanjian tersebut, seorang individu berpangkat tinggi dari bahagian pusat ada menyatakan, "Elaun pelatih adalah isu sensitif. Jangan main- main dengan isu elaun pelatih." Mengapakah individu berkenaan membuat kenyataan sedemikian? Apakah signifikannya kepada pihak yang berkenaan dan mereka yang disebut pelatih berkenaan?

Beberapa ketika selepas acara tersebut diadakan, satu perhimpunan telah diadakan. Seorang individu dari bahagian pengurusan pelajar telah menghamburkan beberapa perkataan yang agak kurang enak didengar. Antaranya, "Itu bukan HAK kamu!!" "DURHAKA!!" "Jangan samakan kamu dengan pelajar u********i!!"
Persoalannya, mengapakah hamburan dan selaran sebegitu diberikan kepada mereka yang bergelar pelatih ini? Malah, pernyataan "Jangan samakan kamu dengan pelajar u********i" juga dilihat sebagai suatu ayat pesongan. Pesongan?

Kita tinggalkan dahulu persoalan tersebut. Mari kita teliti beberapa perkara yang berkaitan dengan pelatih. Senario di negara kita menyaksikan, barangsiapa yang bergelar pelatih, layak, wajar, berhak untuk mendapat bayaran kerana mereka DILATIH. Penulis tidak pasti bagaimana senario seumpana ini di negara lain. Namun begitu, senarionya di negara kita adalah sebegitu layaknya. Persoalannya sekarang, apakah HAK individu berkenaan untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian? Tidakkah meletakkan sesuatu perkara itu bukan ditempatnya (HAK) adalah ZALIM?? Zalimkah individu berkenaan?

Kita tinggalkan dahulu persoalan tersebut. Dalam suatu situasi, anak- anak p******a layak untuk mendapat imbuhan dalam jumlah tertentu jika melanjutkan pelajaran di mana- mana institusi pengajian tinggi mengikut tahap pengajian mereka, KECUALI beberapa institusi termasuklah institusi pengajian tinggi tersebut yang mana mereka yang melanjutkan pengajian di sana layak menerima elaun menyebabkan mereka tidak layak menerima imbuhan berkenaan. Persoalannya, mengapakah mereka yang mendapat elaun ini tidak layak menerima imbuhan tersebut? Diskriminasi?

Malah, anak- anak kelahiran sebuah negeri, juga layak menerima imbuhan permulaan pengajian dari suatu perbadanan perbendeharaan* jika melanjutkan pengajian di mana institusi KECUALI beberapa institusi termasuklah institusi pengajian tinggi tersebut yang mana mereka yang melanjutkan pengajian di sana layak menerima elaun menyebabkan mereka tidak layak menerima imbuhan berkenaan. Persoalannya, mengapakah mereka yang mendapat elaun ini tidak layak menerima imbuhan dari badan tersebut? Adakah juga kerana diskriminasi?

Ini kerana, perkara yang saya sebutkan di dalam dua perenggan dia atas melibatkan istilah elaun. Elaun itu merupakan asbab yang menghalang kepada keistimewaan berkenaan. Kerana ia merupakan HAK dan HAK itu adalah sesuatu yang jelas diterima oleh mereka yang berHAK. Tidakkah begitu?

Beberapa persoalan lain yang tidak berjawab, penulis tinggalkan kepada pembaca untuk menilainya. Penulis tidak boleh nyatakan di sini atas sebab- sebab tertentu yang tidak boleh penulis jelaskan.

Harus ditegaskan di sini, PERBINCANGAN atau entri ini diterbitkan BUKAN atas dasar untuk menjatuhkan/ menyelar/ mengaibkan/ memFITNAH mana- mana pihak. Ia hanyalah sekadar suatu PERBINCANGAN ILMIAH dan pencerahan minda atas dasar keprihatinan penulis di atas beberapa isu yang tidak mencerminkan professionalisme pihak- pihak tertentu yang telah bertindak mengaburi dan menafikan beberapa perkara yang sewajarnya daripada pihak tertentu.

Jika terdapat mana- mana petikan daripada entri ini yang tidak menepati fakta berkaitan, sila maklumkan kepada penulis secara ilmiah dan rasional untuk pembetulan di kemudian hari. Penulis hanyalah insan biasa yang juga cenderung melakukan kesilapan. Keprihatinan daripada pihak anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 


**PENAFIAN HAK**
Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas mana- mana bahagian penulisan di atas untuk apa- apa tujuan sekalipun. Sebarang isu berbangkit adalah tanggungjawab anda sendiri.

4 comments:

bab said...

0ooo,
maap sy kureng pngetahuan bab2 ni,
tp bt0l gak ea,
hurm...

Ariff Putera Tun Tuah said...

Badge bawah kami jarang didedahkan mengenai isu ni. Setiap tahun ada perjumpaan Perwakilan Kampus SeMalaysia. Kampus kita x terlibat pun. They worries for leak i=of information.

Azie said...

oh.. ade ea?

Ariff Putera Tun Tuah said...

Ader la. Hahahah~